Thursday, January 26, 2012

SenjaKalaMalam I (Malam yang penuh kegelapan menyimpan pelbagai rahsia)

00.Permulaan

  Semenjak sebulan yang lepas,aku sering bermimpi terdapat seorang budak perempuan berdiri di atas titi.Dia hanya memerhatikanku dengan pandangan yang tajam.Begitu juga denganku yang memerhatinya dari seberang.Mulutku tidak boleh berkata apa-apa.Begitu juga dengan tubuh badanku.Sepertinya seluruh angota badanku dikunci.Namun,pada setiap akhir mimpiku budak tersebut akan terjun ke dalam sungai dan aku melihatnya meronta sehingga mati kelemasan.
 Ayahku merupakan seorang seorang tentera.Beliau meninggal dunia semasa berkhidmat di Afghanistan setahun yang lepas.Kini,ibuku pula pergi meninggalkanku.Opah mengambilku untuk tinggal bersamanya.Sekarang,opahla satu satunya ahli keluarga yang aku ada.Opah tinggal di sebuah pedalaman yang tidak dikenali ramai di negeri Melaka.Di situlah ibuku dibesarkan.Namun,ibu tidak pernah menceritakan padaku kisah hidupnya di situ.Inilah merupakan pertama kalinya aku menjejakkan diri di kampung ibuku dan sejak pada mulanya lagi aku sudah merasakan sesuatu mengenai kampung ini.
 
   "Nak opah tolong kemaskan?"
Aku terkejut apabila mendengar suara opah yang menegurku di dalam bilik.Aku hanya angguk.Sebelum ini,kami sekeluarga hanya menyewa rumah kerana pekerjaan ayah yang sering berpindah randah.
 "Memang pelik mengapa ibu tidak pernah menceritakan pada Fiqa akan tempat ini."
"Mungkin ibu Fiqa tidak ingin mengingati semula kisah silam yang berlaku pada dirinya"Suara opah sungguh lembut.Sepertinya beliau sedang berbisik.
 "Apa yang berlaku pada dirinya,opah?"
Opah terkaku seketika.Raut wajahnya berubah dengan sungguh cepat.Sepertinya beliau sedang menyembunyikan sesuatu daripadaku.Opah kemudian kembali tersenyum."Boleh tolong tidak Fiqa?pergi ke restoran En Hasshim dan belikan makan malam untuk hari ini.Opah rasa penat selepas lama memandu.Ini kuncinya"
 "Restorannya dekat mana opah?"
"Dekat kawasan pantai"
Aku mengambil kunci kereta serta wang daripada opah dan kemudiannya keluar rumah.

  Kawasan pedalaman ini tidak kelihatan seperti kawasan pedalaman.Ianya kelihatan sebuah pekan kecil.Aku memandu sehingga ke kawasan pantai.Tetiba sesuatu sepertinya menolakku dan aku menekan brek dengan mengejut.Kepalaku terhentak di stereng kereta.Perasaan pedih dapat dirasai di kepalaku.Aku mengusap kepalaku beberapa kali dan memandang kehadapan.Permandangan tersebut sepertinya aku pernah lihat sebelum ini.Sebuah titi usang yang berada di seberang laut.Kemudian aku teringat semula akan mimpi yang sering aku alami semenjak sebulan yang lalu.
     Mungkin ianya sekadar kebetulan.Aku meneruskan perjalanan.Aku memerhatikan titi tersebut dengan pandangan tajam sehingga ia hilang di pandangan mata.
      Aku memberhentikan keretaku dan mematikan enjin.Permandangan di sini tidak kurang cantiknya.Laut yang indah disambut pula dengan angin sepoi sepoi bahasa memang memukaukan.Aku turuni kereta dan menguncinya.Sejurus aku memalingkan badanku,kelihatan dua wanita sedang berdiri di hadapanku.Kedua duanya kelihatan seperti sebaya denganku.
 "Kau anak kepada Hayati,kan?"Perempuan yang berambut lurus bertanya padaku.Mereka berdua kelihatan orang yang berada dan high class.Aku hanya mengangguk.
 "Hye.Aku Auni dan ini Syazwani"Perempuan yang berambut kerinting menghulurkan tangannya kepadaku untuk berjabat tangan.Perempuan yang berambut lurus hanya memerhatikanku dengan senyuman yang sinis dan pandangan yang tajam.Aku memperkenalkan diriku.
 "Aku ada dengar pasal ibu dan bapa kau.Maaf"Auni sememangnya lebih sopan berbanding Syazwani.Aku hanya angguk."Jomlah masuk."Auni menariku masuk ke dalam restoran tersebut.Aku hanya mengikut.Syazwani mengikuti dari belakang sambil matanya memerhatikanku.Ianya memang agak menjengkelkan.

"Selamat datang,boleh aku ambil pesanan?"
   "Saya mahu sup tomyam dua.Bawa balik ye."
"Kalau tidak silap saya,kau ni anak kepada Hayati kan?"Seorang pak cik menegurku setelah selesai mengambil pesanan.Aku hanya angguk.Nampaknya ibuku memang amat dikenali ramai di sini."Saya simpati dengan apa yang terjadi pada ibu kau.Ibu kau dengan pak cik memang rapat"Pak cik itu kemudiannya duduk menghadapku.Auni dan Syazwani sudah lama terpisah denganku.
  "Ibu tidak pernah cerita pun pasal pak cik kepada saya"Aku cuba untuk menjaga pertuturanku sebaik yang mungkin.
 "Mungkin ibu kau memang nak memulakan hidup baru."Suaranya seperti bisikan dan mukanya kelihatan sedih.
"Sudah la ayah,jangan kacau penduduk baru bandar kita ni"Pelayan yang mengambil pesananku mempimpin pakcik tersebut untuk berdiri.
   "Nampaknya rupanya tak ubah seperti Hayati"Pakcik tersebut memberikan senyuman yang sinis kepada anaknya dan masuk ke dalam dapur restoran.
 "Maaf pasal tadi.Itu ayahku.Hasshim namanya.Dia la pemilik restoran ni.Dan aku pula anaknya,Adam."Aku hanya tersenyum.Wajahnya kelihatan bersih.Tiada sebarang parut yang terdapat di wajahnya."Syafiqa,kan?Mmm~kau akan sekolah dekat sini bukan?"
 "Nampaknya macam itulah.Aku akan mula bersekolah esok."
"Baguslah kalau macam itu.Ramai pelajar sekolah itu melepak di sini selepas waktu sekolah.Saja bersantai.Oh ya,ini dia pesanan awak."Adam menyerahkan plastik yang berbungkus dua sup tomyam yang kelihatan amat sedap.
 "Berapa?"
"Enam ringgit"
Aku menghulurkan wang enam ringgit dan kemudiannya beredar.Nampaknya ibuku meninggalkan tempat ini dengan penuh misteri.Aku masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kemudian beredar.

 Setelah selesai makan malam,aku terus masuk ke dalam bilik dan membuat persiapan untuk persekolahan esok.Di dalam kesibukan tersebut,aku terjumpa sepucuk surat yang terselit bersama diari ibuku yang aku ambil daripada kotaknya sewaktu berpindah untuk mengubat rindu.
   Bau surat itu memang terlekat bau ibu.Aku membuka sampul surat tersebut dan menarik keluar surat yang terdapat di dalamnya.
  Kehadapan anakku,
Nampaknya masa ibu untuk berada di dunia ini sudah sampai pada penghujungnya.Ada sebab mengapa ibu menyembunyikan kehidupan ibu di kampung kepada Syafiqa.Ibu hanya inginkan yang terbaik untuk Fiqa.Namun,takdir memang susah untuk kita halang.Pesanan ibu,berhati hati lah kerana hidup Syafiqa tidak seperti dahulu lagi.Ibu sudah tiada untuk melindungi Syafiqa.Hanya Syafiqa yang boleh melindungi diri sendiri.Ramai orang akan cuba mendapatkan sesuatu daripada Fiqa.Lindungilah ia.

                                                       Hayati

 Surat ini memang menimbulkan 1001 persoalan kepadaku.Kemudian,aku baru perasan terdapat seutas rantai yang bercorak bulan dan bintang di salah sehelai muka surat di diari ibu.Mungkin inilah yang dimaksudkan ibu.Tapi,kenapa orang ingin mendapatkan rantai ini?Ianya memang menimbulkan persoalan padaku.Namun,aku akan tetap pegang kepada amanah ibu.Aku akan menjaga rantai ini dengan nyawaku...



















01.Kebenaran

 Hari ini merupakan hari pertama persekolahanku di Kampung Pantai Serasih dan ayah selalu berpesan padaku 'jangkakan apa yang tidak dijangkakan'.
   "Fiqa,cepatla.Nanti terlambat"Opah mengetuk pintu bilikku lalu beredar.Aku hanya bersiap.Sebelum terlupa,aku memakai rantai yang telah ibu tinggalkan kepadaku.Sepertinya terdapat sesuatu mengenai rantai ini yang aku tidak dapat huraikan.Aku mengambil begku dan turuni tangga.
 "Tak nak makan dulu ke?"
Aku berpaling ke arah opah yang berada di dapur dan pergi ke arahnya.Aku mengambil sekeping roti dan mencium pipinya.
"Jangan tidur dalam kelas"Kedengaran suara opah yang ketawa kecil.Aku hanya senyum dan keluar rumah.

   "Engkau ada lesen ke hendak memandu kereta?"Auni menerpaku dari belakang bersama Syazwani di kaki lima sekolah.Aku hanya angguk.
 "Seronok la kan,boleh bawa kami bersiar siar nanti"Syazwani memberi senyuman sinis.
"Girls,please jangan kacau kawan baru kita boleh tak?"Kedengaran suara perempuan di tepi koridor.
   "Oh great!Here comes Amylea.The smart one"Syazwani dan Auni mengeluh.
"Well,Fiqa.Kami berdua kena masuk kelas.Harap kau boleh survive dengan Amylea"Auni dan Syazwani menaiki tangga.Aku hanya senyum malu sambil memerhati Amylea.
"Well,aku amylea.Rakan sekelas kau."Sepertinya Amylea kelihatan lebih mesra berbanding dua sahabat tersebut.
"Syafiqa"
  "Jom aku tunjuk arah ke kelas kita"Senyuman Amylea amat indah dan cantik untuk dipandang


  "Kau percaya akan sihir tidak,Fiqa?"
Aku hanya keliru seketika.Bagiku sihir hanyalah mitos semata mata.Ianya tidak wujud.Sebelum aku sempat menyuarakan jawapanku,Syazwani,Auni,Adam dan pelajar yang sering aku dengari sejak pagi tadi,Farid wakil sekolah dalam permainan sepak takraw datang dan duduk bersama kami di meja bulat pada waktu rehat.
 "Ooo,engkaulah Fiqa.Aku Farid"Farid melemparkan senyuman padaku sambil menghulurkan tangan untuk dijabat.Aku hanya tersenyum malu.Farid memang merupakan idola setiap wanita.Rupa parasnya yang kacak ditambah pula badan seorang athlete,dia adalah idola setiap wanita di kawasan ini.Di dalam pemerhatianku terhadap Farid,aku perasan bahawa dia memakai rantai yang serupa denganku.Cuma ianya adalah bulan dengan matahari.Aku kemudiannya melihat Adam.Dia juga mempunyai rantai yang serupa.
 "Jadi,Fiqa.Apa yang sudah kau boleh buat?Keluarkan api?Memanggil hujan?Terapung?"Syazwani bertanya padaku sambil memakan sebatang keropok lekor dan menjilat sos di lengannya.Aku hanya diam sambil membuat raut wajah yang keliru.
    "Jangan pedulikan dia,Fiqa.Jom masuk ke kelas.Rehat sudah habis."
……………………………………………………………

"Macam mana sekolah hari ini?"Opah bertanya sejurus aku masuk ke dalam rumah dengan wajah yang riang.
   "Macam biasa.Just SPM sudah dekat.Tu je."
"Lagi beberapa hari saja lagi kan?sabar la.Lepas ni,Fiqa akan menjadi penganggur bebas"
  Aku hanya naik ke biliku dan menukar pakaian.Aku kemudian turun dan pergi ke dapur.Opah menghidangkan nasi goreng.
"Tadi Amylea telefon rumah.Katanya ingin ajak kau lepak di tepi pantai pukul 2.30 nanti."
   Aku berhenti menjamah selera buat seketika. "Amylea?Macam mana dia dapat no rumah opah?"
Opah hanya senyum"Rakyat kampung ini semuanya hidup seperti keluarga.Jadi,semua contact mengenai penduduk di sini harus ada di setiap rumah.Kita punya ada di atas meja sana.Sebelah telefon"Aku memerhati ke arah buku merah yang berada di penjuru dinding bersebelahan dengan telefon rumah."Bagus juga kau sudah ada kawan,Fiqa.Fiqa bukannya hidup berpindah randah lagi.Inilah rumah Fiqa yang sebenar."
 Aku hanya membisukan diri.

 Aku ke tepi pantai seperti yang diminta.Kelihatan Amylea sudah berada di sana bersama yang lain.Aku menuruni kereta dan menguncinya lalu menuju ke arah mereka.Mereka membawaku kedalam sebuah hutan di atas sebuah bukit.Hatiku mula rasa tidak sedap hati.Mungkinkah mereka ingin menganiaya aku?Kami berjalan sehingga ternampak sebuah rumah usang.Mereka mengajakku masuk ke dalam rumah tersebut.
   Pada mulanya aku berasa sangsi untuk masuk.Namun,mereka ini adalah penduduk kampung ini dan menurut opah,penduduk kampung ini semuanya baik belaka.Aku harap kata kata opah benar.Aku memberanikan diri untuk masuk.Di dalam rumah tersebut terdapat pelbagai tanaman pokok dan bunga serta lilin lilin yang dilekatkan di atas meja dan lantai.Terdapat juga beberapa buah buku yang mempunyai pelbagai lambing yang amat mencurigakan.
"Sesiapa boleh explain pada saya apa semua ini?"Perasaan sangsi aku sudah tidak boleh dikawal lagi.
   Kemudian Amylea mengeluarkan rantai yang serupa denganku daripada poketnya.Diikuti dengan Auni,Syazwani,Adam dan Farid.Aku hanya berdiri terkaku.
 "See,Fiqa kitorang semua mempunyai rantai yang sama seperti kau.Bulan dan bintang untuk kaum hawa manakala bulan dan matahari untuk kaum adam."Amylea cuba menerangkan padaku.Aku amat keliru sehingga tidak boleh mengeluarkan sepatah perkataan daripada mulutku.
 "Susah betul,see Fiqa,kau adalah ahli sihir.Kami semua pun sama."Syazwani tampil ke hadapan dan kemudian berpaling muka kepada Amylea "There,bukankah senang kalau straight to the point"
 Amylea hanya memandang Syazwani dengan pandangan sinis.
"Apa yang korang merepek ni?Ahli sihir?"
  "Ya Fiqa.Engkau adalah ahli sihir.Sama seperti kitorang"Adam mula bersuara.Adakah ini merupakan cara mereka untuk memperkenakan aku?Namun,aku tidak mudah percaya.Aku mula melangkah setapak demi setapak ke belakang.Tanpa disedari,aku telah terlanggar sebuah kerusi yang di atasnya terdapat balang ikan dan dua ekor ikan emas didalamnya.Aku menjangkakan bahawa aku akan jatuh bersama balang tersebut namun aku kembali berdiri seperti biasa.Lebih mengejutkan,balang tersebut terapung di udara.Aku melihat ke arah mereka dan kelihatan Syazwani menghalakan tangannya ke arah balang tersebut.Aku melihat tangan Syazwani bergerak seiring dengan balang tersebut dan ia dengan sendirinya diletakkan semula diatas kerusi tersebut.
 "Nampak Fiqa?"
Soalan Amylea dihiraukan olehku.Aku hanya berdiri dengan kakunya sambil melihat balang yang baru sahaja diterapungkan itu.Kemudiannya Farid memegang bahuku membuatkan aku memandang kearahnya.Ini semuanya sudah pasti merupakan hanya mimpi ngeri bagiku.Aku cuba untuk melepaskan diri daripada Farid.
 "Fiqa!Fiqa!Dengar sini!"Farid cuba menenangkan diriku.Aku tidak boleh bertahan sesaat lagi berada di sini.Suasananya amat berlainan.Sepertinya terdapat suatu aura yang aneh berkeliaran di kawasan ini.Aku bergelut untuk melepaskan diri daripada Farid dan secara tanpa disedari,rantai aku bercahaya dan Farid diterbangkan ke penjuru dinding.Aku terkejut dan takut pada waktu yang sama.Tanpa berfikir panjang,aku keluar daripada rumah tersebut.Kedengaran suara memanggilku.
Fiqa!Fiqa!Tunggu!
 Aku berhenti di sesuatu tempat berdekatan dengan kawasan pantai.Di kaki bukit.
"Kau tidak boleh menafikan apa yang ada pada diri kau!"Apa yang ada pada diriku?Aku berpaling ke arah Adam.
 "Kita semua adalah senasib,Fiqa!"
"Tidak!Ini hanyalah mimpi"
"Tidak,Fiqa.Inilah realitinya.Engkau adalah seorang ahli sihir.Kitorang semua sama."
   Aku berpaling badan dan berlari ke arah keretaku.
"Kau ingat kenapa ibu kau tinggalkan tempat ini tapi akhirnya engkau berada juga disini?"Aku berhenti.Adakah dia tahu akan kehidupan ibuku di sini pada suatu masa dulu?Mungkin En Hasshim ada menceritakan padanya suatu masa dulu."Sebab ibu kau juga merupakan seorang ahli sihir!"
 "Apa yang kau tahu mengenai ibuku?"
"Bapa aku selalu bercerita mengenai ibu kau kepada aku.Beliau adalah cinta pertamanya."
Jantungku bagai ditusuk.Encik Hasshim merupakan cinta pertama ibu?Aku berpaling semula ke arah Adam.
  "Boleh kau ceritakan mengenai perihal ibuku?"
Adam mengangguk"Tapi bukan di sini.Mari,hujan sudah turun.Mari kita masuk semula ke dalam rumah"
 Aku melihat awan gelap sambil dituruni hujan renyai renyai.Aku hanya mengikuti perintah Adam.
……………………………………………………………………..

   Nampaknya aku merupakan seorang ahli sihir.Begitu juga dengan ibuku.Ibuku melarikan diri semenjak 16 tahun yang lalu bersama abah kerana ingin menyelamatkanku.Penggunaan sihir telah diharamkan dan mereka akan membunuh sesiapa sahaja yang disyaki melakukan sihir.Oleh itu,semua orang berhenti melakukan sihir.Namun,menurut Amylea,dia telah menjumpai buku yang dimiliki oleh keturunannya.Tercatat di situ bahawa di masa hadapan apabila dunia sedang bergolak kuasa disebalik enam bakal dilahirkan.Dia membuat andaian kuasa enam merupakan kuasa aku,dia,Adam,Auni,Syazwani dan Farid.Mereka juga memaksa aku berjanji supaya menyimpan rahsia ini daripada sesiapa termasuk opah.Hanya aku sahaja yang tahu betapa merontanya hatiku untuk memberitahu opah akan hal ini.Amylea percaya bahawa jikalau rantai kami disatukan,ianya bakal mewujudkan suatu kuasa yang amat luar biasa.Nampaknya usaha ibu untuk menyimpan rahsia ini tidak kesampaian.Takdir memang susah untuk kita melarikan diri daripadanya...






























02.Kelebihan


Syafiqa...Syafiqa...
 Siapakah yang memanggilku?
"Syafiqa?Ada yang tidak kena ke?"
Cikgu Harsiah?aku memandang sekeliling.Sejak bila aku berada di dalam kelas?
   "Fiqa?Awak tak apa apa ke?"Suara Amylea tidak aku hiraukan.Mataku hanya memandang pada papan hitam.Terlukis seekor burung gagak sedang memerhatikanku di atas pohon yang disinari dengan cahaya bulan. Di sebelah lukisan tersebut terdapat satu simbol yang aneh.Dengan tetibanya,burung tersebut muncul keluar daripada papan hitam dan menyerangku.

"Syafiqa!?"Aku membuka mataku dan kelihatan opah berada dihadapanku lalu memelukku.
"Opah?"Suaraku seperti tidak pasti.
   "Itulah.Opah suruh basuh kaki sebelum tidur.Tak mahu dengar.Mari,fiqa tidur dengan Opah hari ini."Aku tanpa berfikir panjang mengambil bantal dan ikut opah ke biliknya.

 "Tak naik kereta harini?"Farid merupakan orang pertama yang menegurku.
"Tak.Opah nak pergi ke bandar Melaka hari ini."
Farid mengangguk "So,camne?masih susah menerima hakikat?"
   Aku hanya senyum."Maaf sebab aku yang menyebabkan kau terbang"
"Tidak perlu risau la,aku faham"
   "Awal engkau datang hari ini"
"Hari ini aku ada tournament dengan sekolah lain.So,kenalah pergi sekolah awal untuk warm up"
    "Bapa kau tak marah ka?Almaklumlah tahun ini kan kita akan menduduki SPM"
Farid ketawa kecil "Mao kasi relax"

 "Fiqa,apa kata kita main satu game.Nak?"
Sebelum aku sempat berkata apa apa,Amylea datang menghalang Syazwani daripada melakukan sebarang sihir.
 "Mana Adam dan Auni?"Aku memerhati sekeliling.
"Auni ambil cuti ikut ibubapanya pergi ke Kuala Lumpur.Katanya minggu hadapan baru balik.As for Adam,dia bangun lewat hari ini.So,dia ambil cuti"
 Syazwani beredar kemudiannya sambil membuat muka kepada Amylea.Aku hanya senyum melihat gelagatnya.aku dan Amylea duduk berduaan di kafeteria sekolah selepas itu.Tidak banyak yang ingin dibualkan.Kami hanya menghabiskan masa dengan berbual kosong.

  Kehidupanku tidak banyak berubah.Aku juga tidak pernah cuba untuk melakukan sihir.Mungkin aku masih belum bersedia untuk menerima hakikat akan siapa diriku yang sebenar.Aku juga tidak boleh menceritakan Opah mengenainya yang mengakibatkan aku berasa lagi perit kerana terpaksa berbohong kepadanya.
 "Biar fiqa bantu opah."Aku mengambil span pencuci pinggan daripada tangan opah dan mengambil alih tugas mencuci pinggan.Opah hanya senyum dan berjalan ke ruang tamu dan menonton buletin utama.

  Berita Seterusnya
Dato Rashid beserta isteri pada hari ini telah melawat pantai serasih untuk mengingati kehilangan anaknya Nur Alysa yang dipercayai mati lemas di sini pada dua bulan yang lepas.Namun,mayat adik Nur Alysa masih belum ditemui sehingga hari ini.

Aku hanya membasuh pinggan mangkuk sambil mendengar berita yang ditonton opah.Kasihan sungguh adik Alysa.Mati lemas.Di laut.Pantai Serasih.Aku termenung seketika.Air mengalir dicelah jariku.
   Ianya tidak ubah seperti...Tiba tiba aku sepertinya menjadi sesak nafas.Udara yang disedutku tidak sampai ke peparu.Sepertinya ada sesuatu yang menghalang laluan udara dari memasuki peparuku.Aku mendongakkan kepalaku keatas dan kelihatan seorang budak perempuan berada di luar rumah sedang memerhatiku dari luar tingkap rumah.Dia memakai blouse berwarna putih.Mukanya kelihatan pucat serta rambutnya kelihatan basah.Dia kemudiannya berlari menuju ke arah jalan raya.Pernafasan aku kembali normal sejurus budak itu hilang dari pandangan.Aku bergegas melihat Opah yang berada di ruang tamu sedang asyik menonton television.Sepertinya tiada apa yang berlaku.Mungkinkah aku seorang yang dapat merasainya?
  "Kenapa Fiqa?"Opah memandangku dengan raut wajah yang keliru.
Aku hanya menggelengkan kepala dan senyum.Aku tidak mahu Opah berasa risau.
……………………………………………………………………………..

 Keesokan harinya,aku ke rumah usang tersebut.Mungkin mereka mempunyai jawapan apa yang telah terjadi padaku semalam.
  "Boleh seseorang terangkan padaku apa yang terjadi pada aku semalam?"Aku bertanya kepada mereka secara rawak tentang kejadian yang menimpaku semalam sejurus aku memasuki rumah usang.
 "Terangkan apa?"Amylea bertanya dengan kekeliruan.Aku menceritakan apa yang berlaku padaku semalam.
         "Entahla.Mungkin ia ada kena mengena dengan budak yang mati lemas itu kot."Adam menyuarakan pendapat.
   "Mungkin kau boleh berkomunikasi dengan si mati"Syazwani sengaja menakutkan aku sambil menghisap lolipop 
"Ada kemungkinan juga,Fiqa.Sebagai seorang ahli sihir,ada kemungkinan seseorang itu mempunyai kuasa sampingan yang orang lain mungkin tiada.Contohnya sepertiku.Aku mempunyai kuasa untuk menghidupkan pokok yang telah mati dengan hanya menyentuhnya sahaja."
 "Jikalau begitu,kemungkinan besar mayat Nur Alysa masih berada di situ dan rohnya mencari Fiqa untuk membantunya menjumpai mayatnya semula_"Syazwani membuat kesimpulan"_Wah!Aku sudah pasti akan turut serta"Terdapat keghairahan di dalam suaranya.
 "Kita akan ke tempat Fiqa selalu bermimpi pada malam ini.Telefon Farid untuk turut serta."Amylea memberi arahan.Syazwani dengan bangganya mengeluarkan blackberrynya lalu menhantar pesanan kepada Farid."Ooo guys.my mom text me to get home.Malam ni jumpa dekat restoran la ye"Syazwani kemudiannya keluar.Adam juga turut beredar tidak lama kemudian tinggalkan aku dan Amylea berduaan.


   "Mari aku tunjukkan kau sesuatu."Amylea mengeluarkan sebuah buku daripada almari.Aku dapat merasakan kuasa disebalik buku tersebut."Inilah buku yang aku jumpa di rumahku sewaktu aku sedang mengemas dulu.Buku mengenai segala ilmu sihir keturunanku dan salasilah keluargaku."
   Aku membelek setiap muka surat tersebut dengan penuh keghairahan.
Namun,satu muka surat telah menarik perhatianku.
Tertulis di situ simbol ini menunjukkan bahawa sesuatu malapetaka bakal berlaku.Inilah simbol yang aku lihat bersebelahan dengan lukisan burung gagak yang aku mimpikan.Mungkin ianya hanya kebetulan
…………………………………………………………………………….

 Matahari kian terbenam dan bulan kian menjelma,kami semua berkumpul di restoran Adam sebelum berjalan ke titi tersebut yang memakan masa setengah jam berjalan kaki.
"Kau tidak pernah beritahu aku pun bahawa kau ada kuasa untuk lihat si mati?"Farid begitu teruja.Begitu juga dengan Syazwani.Aku hanya senyum.Ianya juga menjadi satu tamparan yang hebat bagiku.
"Gelapnya.Wani,kalau boleh nyalakan lampu lagi,please."Adam merungut.
"What?tak cukup ke satu obor tu?"
   "Tak mahu tolong tak pa."Adam berhenti seketika dan mengambil kayu yang berada di tepi pantai.
  Api!
Api kemudiannya membara di kayu tersebut.
 "Terang lagi pon tak apa."Farid memerli Adam.
 Kami berjalan hingga ke atas titi tersebut.
"Kita sudah sampai."Aku dapat merasakan kehadiran budak tersebut di sini.Kelihatan budak tersebut berada dalam kesedihan.Amylea mengeluarkan barang barang yang disediakannya dari dalam beg dan menyusunnya di atas titi.Kami berlima kemudiannya membaca mantera yang terkandung di dalam buku Amylea.
 Mayat si mati,
 Yang lemas tidak diketemui,
  Timbullah engkau dari dasar bumi.
 Kelihatan budak tersebut berdiri di penghujung penjuru titi sambil melihat ke bawah.Kami mengulangi mantera tersebut beberapa kali.Rantaiku kemudian dengan tetibanya mula rasa bergetar dan mengeluarkan cahaya malap.Begitu juga dengan rakanku yang lain.Awan bertukar menjadi gelap.Bulan semakin menghilang dilitupi oleh awan.Kedengaran guruh dan kilat menyusul tidak lama kemudian.Hujan turun dengan lebatnya secara tiba tiba.Api yang dinyala dipadamkan satu demi satu oleh angin yang bertiup kencang.
 Tidak lama kemudian,terdapat sesuatu keluar daripada dasar laut dan terapung di penghujung titi.Ia merupakan mayat Nur Alysa!Jasad tersebut kemudiannya secara perlahan mendekati kami dan menjejak bumi.Hujan berhenti sejurus selepas itu.Begitu juga dengan ribut.Bulan kembali cerah dan cahaya bulan menyinari jasad adik Nur Alysa.
   Kelihatan roh adik Nur Alysa tersenyum padaku sambil berdiri bersebelahan jasadnya.Aku turut tersenyum gembira.Aku melihat ke arah mereka.Mereka juga turut tersenyum gembira.
 "Nampak?!"
"Ya,kami juga nampak roh adik Alysa"Syazwani yang kali pertamanya menitiskan air mata kegembiraan.Kami semua melihat roh adik Alysa bertukar menjadi abu dan dibawa angin.
Setelah semuanya selesai.Kami mengemaskan semua barang-barang sihir.
    "Mengapa korang juga boleh nampak roh adik Alysa?"Aku bertanya kepada Amylea
"Ianya kerana gabungan kuasa kita sebentar tadi"Amylea senyum kegembiraan.Setelah selesai berkemas,kami pulang ke rumah masing masing.Opah juga sepertinya sudah tidur dengan nyenyak di biliknya.Aku masuk ke dalam bilik,menukar pakaian dan tidur dengan tenang dan gembiranya kerana telah menolong seseorang.

 Keesokan harinya,jasad adik Alysa ditemui oleh para nelayan.Mungkin sihir bukanlah sejahat yang disangka.Ia juga boleh digunakan untuk kebaikan.Ianya hanya bergantung pada bagaimana hendak menggunakannya sahaja...



















03.Rahsia


 Minggu ini merupakan minggu peperiksaan dan kelihatan semua pelajar sedang asyik mengulangkaji matapelajaran.Mungkin tidak semua.Kelihatan Syazwani sedang asyik mendengar mp3nya manakala Auni sedang kusyuk membaca majalah.Mereka sepertinya tidak begitu kisah akan pelajaran.

Sejurus pulang,aku menaiki ke bilikku dan menukar pakaian lalu turun ke opah yang sedang mengadun tepung di dapur.
 "Opah dengar baru baru ini mayat anak Dato Rashid dijumpai di atas titi usang dekat seberang laut sana."
Aku hanya senyum sambil menolong opah mengadun tepung untuk dibuat kek.Opah kemudiannya memberhentikanku."Fiqa tahu ke pasal ini?"Opah mengambil kedua tanganku dan memegangnya dengan erat.Pandangan opah tepat pada mataku dan membuatkan aku berasa cemas.
 "Memanglah opah,bukankah sudah tersebar di media."Suaraku sepertinya serak serak basah.Opah melepaskan tanganku dengan perlahan."Fiqa tahu kan yang fiqa boleh ceritakan apa sahaja kepada opah."Pandangannya seperti cuba membaca fikiranku.Aku hanya angguk kekeliruan.
 "Ingat fiqa,jangan lakukan kesilapan yang sama seperti ibu fiqa telah lakukan.Ibu fiqa menyimpan banyak rahsia sehingga memakan diri fiqa sendiri._"Suaranya kedengaran sedih.Mukanya juga kelihatan sedih."_Fiqa buatla apa yang patut dulu ye.Opah nak rehat sekejap."
 Mengapa Opah kelihatan sangat berlainan?Adakah rahsia dimaksudkannya merupakan rahsia ibuku seorang ahli sihir?Hatiku amat meronta untuk mencari jawapan dan hanya seorang sahaja yang aku pasti dapat membantuku merungkaikan peti misteri ini.Aku meneruskan kerja kerja Opah yang ditinggalkan.Setelah selesai,aku membasuh segala perkakas yang telah digunakan.
 "Opah,fiqa sudah selesai semuanya.Cuma tinggal untuk opah masukkan ke dalam oven sahaja."
Opah tidak memaling mukanya kepadaku.Hanya suara ucapan terima kasih dikeluarkannya sambil mengait sesuatu.
 "Fiqa keluar kejap ye Opah"Aku kemudiannya keluar dari rumah.

  Pekan yang cantik ini memang indah untuk dinikmati jikalau berjalan kaki.Aku berjalan kaki ke restoran En Hasshim.Agak jauh juga jikalau berjalan kaki namun,bagus juga kerana aku sudah lama tidak bersenam semenjak tiba di sini.

 "Fiqa?cari Adam ke?Maaflah.Adam ada di rumah.Almaklumlah minggu ini kan minggu peperiksaan.Malas nak kacau dia."En Hasshim kelihatan terkejut dan gembira pada masa yang sama apabila melihatku.Restoran En Hasshim pada hari ini kelihatan sedikit lengang berbanding hari hari sebelumnya.
 "Nak makan apa hari ini?"En Hasshim mengeluarkan pen dan sebuah buku nota kecil.
"Saya datang sini bukan untuk membeli makanan.Saya datang di sini untuk bertanyakan perihal ibu saya,Hayati"Raut wajah En Hasshim berubah daripada gembira ke muram dalam sekelip mata sejurus aku mengatakan nama ibuku.Beliau kemudiannya menarik kerusi dan duduk menghadapku.
  "Ibu kau memang seorang yang sangat baik hati orangnya.Kami serta empat orang sahabat yang lain memang begitu rapat.Seperti yang engkau sudah tahu dan mungkin tidak tahu,ibu kau merupakan seorang ahli sihir.Begitu juga dengan pakcik serta opah kau.Kita semua bagai disatukan dalam satu ikatan.
 "Namun,ibu kau percaya bahawa illmu sihir ada kesan sampingannya.Dimana ada kuasa,di situ akan ada kejahatan untuk merampasnya.Itulah yang selalu disebutnya.Oleh itu,kami menyatukan kuasa kami berenam ataupun dikenali sebagai kuasa 6.Dengannya,kuasa kami menjadi terhad.Namun,kuasa yang luar biasa bakal terlahir jika bersatu.
   "Apabila kuasa jahat menyerang bandar kecil ini,kami menggunakan seluruh kuasa untuk menyelamatkannya.Beberapa ahli sihir turut tampil untuk memberi bantuan dan ramai juga yang terkorban.Selepas tamatnya peperangan tersebut,kami diminta untuk berhenti daripada melakukan sebarang sihir bagi mengelakkan kuasa hitam daripada berulang.Sesetengah menurut perintah dan ada juga yang membantah.Oleh itu,mereka mula mengupah pemburu sihir untuk membunuh sesiapa yang melakukan sihir.Ibu serta ayah kau berasa lebih selamat jikalau mereka berpindah dari sini.Oleh itu,mereka berpindah dan memulakan hidup baru.”
 En Hasshim mengeluh seketika kemudian melihatku dengan penuh sayu.
 "Lihat Fiqa,Ibu kau hanya mahu engkau selamat dan tidak mahu mengingati semula peristiwa yang telah berlaku pada dirinya serta masyarakat setempat di sini.Oleh itu,dia menyimpan rahsia identiti engkau dan dirinya yang sebenar.Namun seperti yang selalu disebutnya takdir memang susah untuk kita lari daripadanya."
 Aku hanya memandang ke bawah dan cuba memahami cerita En Hasshim.Nampaknya ilmu sihir tidak ada tempat di muka bumi ini.Mungkin itu sebabnya Opah dan ibu tidak pernah menceritakan salasilah keluarga kami kepadaku.Aku hanya menahan sebak apabila membayangkan kedaan ibu pada masa itu.
 Aku beredar dari restoran En Hasshim dengan perasaan lega.Lega kerana rahsia ibu akhirnya aku dapat rungkaikan.Dadaku terasa lapang sekarang dan ianya sudah pasti memudahkanku untuk menjawab soalan peperiksaan yang bakal menyusul.Sejurus aku pulang,opah menyambutku dengan riang.Wajahnya bertukar ceria.Nampaknya opah memasak Sambal sotong pada malam ini.

 Aku berjaga sehingga lewat malam untuk mengulangkaji pelajaran.Hujan mula turun dengan lebatnya serta diikuti dengan guruh dan kilat.Angin bertiup begitu kencang.Aku melihat di luar tingkap dan kelihatan pokok yang sepertinya sudah hampir bersedia untuk ditiup angin.Bunyi angin didengari dari dalam rumah.Bunyinya agak menakutkan bagiku.Kedengaran telefonku berbunyi tidak lama kemudian.
 Fiqa!Lekas buka televisyen.Buletin tengah malam.
 Ianya suara Auni sepertinya sedang menjerit.
"Ada apa?Bukankah ribut ni."
  Buka je la...!
Aku segera menuruni tangga dan membuka television.
   Alangkah terkejutnya aku apabila melihat lambang yang sama seperti dalam mimpiku membara di dalam ribut yang kuat di sebuah pulau berhampiran dengan Pantai Serasih.Apinya membara dengan kuat walaupun hujan turun dengan lebat.Gambaran itu di ambil melalui satelit.
 Kau lihat?
"Ya,aku lihat."
   Esok Amylea hendak membuat perjumpaan di rumah usang selepas sekolah.Nampaknya ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku.
 "Aku tahu.Aku juga dapat merasakannya."Suaraku sepertinya sedang berbisik dan tanganku mula bergetar.Auni  menamatkan panggilan tidak lama kemudian.Adakah tragedi yang menimpa ibuku akan berulang?Mungkinkah kuasa hitam telah mengesan bau sihir sewaktu kami menyelamatkan adik Alysa.
Adakah kami sudah tersilap langkah?
    Perhatian aku terhadap lambang tersebut berterusan sehinggalah ia ditukar kepada berita seterusnya.
 Nampaknya rahsia ahli sihir sudah terbongkar oleh kuasa kegelapan.Sepanjang malam aku tidak dapat tidur.Fikiranku asyik memikirkan perkara tadi.Sudah pastinya hidup kami tidak akan seperti hari hari biasa mulai sekarang...






















04.Kuasa


 Matahari yang terbit indah dari arah timur amat memukau sekali setelah apa yang telah berlaku semalam.Ribut semalam telah menyebabkan tali elektrik terputus dan semua bekalan terputus.Nampaknya satu hari ini,penduduk Pantai Serasih tiada bekalan elektrik.
 Amylea tidak hadir ke sekolah pada hari ini.Begitu juga dengan Adam.Peperiksaan akan mula berlangsung esok tapi nampaknya aku memang tidak boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya pada pelajaran yang diajari oleh cikgu.Sepanjang hari,isu yang aku dengari hanyalah pasal ribut semalam serta simbol yang muncul di pulau berhampiran Pantai Serasih.
 "Kau rasa apa maksud disebalik simbol itu,ek?"Syazwani menujukan soalan itu kepadaku.Aku hanya menggelengkan kepalaku.
"Well,Amylea kata simbol itu ada kena mengena dengan ilmu hitam."Auni menerangkan kepada Syazwani.
    "Dowh,kalau sudah mempunyai tengkorak serta simbol ilmu hitam,memang komfem la itu lambang ilmu hitam"
 Aku hanya menghiraukan perbalahan mereka.Simbol itu bermaksud sesuatu malapetaka bakal berlaku.Aku hanya memerhati gelas kaca yang mengandungi air.Sepertinya terdapat sesuatu sedang memanggilku di dalamnya.
   Dengan tetibanya,muncul wajah makhluk halus berkeliaran di dalam air tersebut.Makhluk halus tersebut berambut panjang,memakai jubah hitam serta mempunyai muka yang amat menyeramkan.Badanku terus tersentak dan aku terus bangun lalu berlari meninggalkan kantin.Kelihatan wajah cuak Syazwani dan Auni melihat gelagatku.Aku berlari menuju ke dalam kelas dan cuba untuk melupakannya.
……………………………………………………………………………..

  Bayangan tersebut terus menghantui aku.Setelah selesai sekolah,aku menumpang Syazwani dan kami terus ke tepi pantai.Kami menaiki bukit dan menuju ke rumah usang.Kelihatan sudah tiba Amylea dan Adam yang sepertinya sedang sibuk mencari sesuatu.
 "Guys.i bought you all lunch."Syazwani menunjukkan plastik yang berbekal nasi bungkus.
"Apa korang buat tu?"Auni bertanya sambil memerhati apa yang dilakukan Amylea dan Adam.Aku hanya memerhati keadaan sekeliling manakala Syazwani sedang berehat di sofa.Mereka hanya mendiamkan diri sambil menyelak sehelai demi sehelai muka surat yang ada di beberapa buah buku.Farid tiba tidak lama kemudian.Akhirnya Amylea mengeluarkan suara yang amat lantang.Kami semua berpusu pusu ke arahnya.
 "Inilah dia.Simbol pemujaan.Sama seperti yang kita nampak semalam.Ianya tertulis bahawa ia merupakan tanda amaran daripada puak sihir yang lain."Amylea cuba membaca sanskrit yang terkandung dalam buku itu.
 "Menurut buku ini,simbol ini pernah dijumpai oleh Q.W Crawsmite pada tahun 1982 di kepulauan Mahata,Hawaii.Menurutnya selepas beberapa bulan kemudian,pulau tersebut mengalami perubahan iklim cuaca yang melampau dan akhirnya pulau tersebut dibiarkan terbiar serta ditelan ombak"
 Kami semua memandang ke arah masing-masing.
"Aku jumpa simbol ini juga dalam buku bayangan keluargaku.Ianya merupakan tanda syaitan.Ilmu hitam.Menurut buku ini,selepas munculnya tanda itu,bakal terlahir iblis yang akan merampas kuasa sihir dan akan menakluki alam."
    "Aku pernah bermimpi akan simbol ini_"Semua mata kini memandang ke arah ku."_Aku bermimpi terdapat seekor burung gagak yang berdiri di atas pohon yang disinari cahaya bulan sedang memerhatikanku dan secara tetiba,ia terbang dan menyerangku.Pada mulanya aku anggap ianya adalah mimpi.Tapi,setelah apa yang berlaku semalam,aku pasti ianya lebih daripada sekadar mainan tidur"
 "Walau apapun yang terjadi kita harus bersiap sedia.Lindungi kuasa enam"Farid mula bersemangat.

 Pada malam tersebut aku dan opah hanya ditemani lilin.Tali elektrik masih belum selesai diperbaiki.Suasana di luar rumah bagaikan sebuah kotaraya yang berhantu.Tiada apa yang boleh dilihat selain kegelapan.
"Nampaknya hari ini kita duduk dalam kegelapan."
Aku hanya mengangguk.
 "Esok Fiqa ada peperiksaan kan?"
"Ya opah."
   "Fiqa..."Opah kembali semula kepada raut wajahnya yang sebelum ini.Raut wajah yang membuatkanku terkaku.Opah kemudian masuk ke dalam biliknya dan keluar bersama sebuah buku lama."Opah tahu apa yang telah Fiqa lakukan sejak Fiqa datang ke sini."Aku hanya diam terkaku.Mulutku bagaikan dikunci.
 Opah kemudiannya menghulurkan buku itu kepadaku.
"Ini adalah buku bayangan keluarga kita.Opah tahu Fiqa dan kengkawan ada melakukan sihir."Aku mengambil buku tersebut.Perasaanya berlainan.Aura buku ini berlainan dengan buku yang dimiliki Amylea.Ianya lebih kuat.Aku menyelak helaian demi helaian muka surat yang ada pada buku tersebut sambil mendengar cerita opah.Cerita opah tiada bezanya dengan cerita En Hasshim tempoh hari.
 "Opah tidak mahu kau menjadi seperti ibu.Ibu Fiqa menyimpan terlalu banyak rahsia sehinggakan beliau sendiri tidak dapat merungkaikan semula rahsia yang dirahsiakannya selama ini."Opah memandang lama ke arahku dengan pandangan yang sayu.Pandanganku hanya tertumpu pada helaian muka surat yang ada pada buku itu.
 "Sudahla Fiqa.Sudah lewat ni.Pergilah tidur."Opah kemudian bangun dan masuk ke dalam biliknya lalu menutup pintu.Aku juga meniup lilin yang berada di ruang tamu dan menaiki ke bilikku sambil membawa sebatang lilin.

Aku meletakkan lilin tersebut di atas pinggan dan meletakkannya di atas meja bersebelahan katil.Aku menyambung semula menyelak buku bayangan.
 Di dalam buku tersebut ada tertulis salasilah keluargaku.Tercatat juga nama opah namun tidak tercatat nama ibu dan juga diriku.Di dalam buku itu juga terkandung pelbagai sihir,binatang jadian serta pemujaan orang zaman dulu.Aku membacanya dengan penuh keghairan sambil baring di atas katil.Terdapat helaian mengenai mengeluarkan api yang menarik perhatianku.
 Aku bangun dari katil dan berjalan ke arah cermin bilik ku.Terdapat sebatang lilin yang sudah terpadam di situ.
 udara yang diberi,
 api yang dikasi...
 Cubaanku yang pertama gagal namun setelah mengulanginya untuk beberapa kali,akhirnya lilin tersebut menyala.Begitu indahnya apabila melihat api yang kecil muncul dihadapanku.Aku mendongakkan kepala ku ke atas dan kelihatan ada sebuah jembalang berdiri di belakang ku.Aku melihat jembalang tersebut melalui cermin dengan penuh rasa takut.
   Mungkinkah ianya pencuri?Tangan dan kakiku bergetar dan aku tidak dapat memikirkan apa apa pada sekarang.Jembalang tersebut sepertinya sedang menghampiriku.Terdapat bunyi angin sejuk sepertinya turut menghampiriku.
     Akhirnya,aku dapat merasakan seperti ada sesuatu memegang bahuku.Aku memejamkan mata ketakutan.Kemudian aku nampak sebotol minyak wangi.Aku dengan pantasnya mengambil minyak wangi tersebut,berpaling badan dan mengetuk ke arah jembalang tersebut.Tanganku sepertinya menimbusi badan jembalang tersebut.Minyak wangi terjatuh dan pecah.
 Aku hanya melangkah setapak demi setapak ke belakang.Jembalang tersebut semakin mendekatiku sehingga ianya betul berada di hadapanku.Rupanya seperti seorang wanita tua yang memakai jubah hitam.Rupanya amat menakutkan dan kukunya amat panjang dan ianya tidak henti menjelir lidahnya padaku.Pandangannya seperti seseorang yang berada di dalam kegelapan.
  Ia mengangkat tangannya seperti ingin melibas sesuatu.Sebelum ianya sempat membuat apa apa,Opah masuk ke dalam bilik dan dengan pantasnya membuka lima jarinya dan menghalakan tangannya pada jembalang tersebut.Jembalang itu terlayang jauh ke hujung dinding.
 udara yang diberi,
 api yang dikasi
Opah mengulangi mantera tersebut.Beliau memandang ke arahku sesaat dan tanpa berfikir panjang,aku menyertai opah dan membaca sihir tersebut.Api kemudiannya membara keluar di seluruh anggota badan jembalang tersebut.
     Kami melihat jembalang itu terbakar hingga menjadi abu dan terbang ditiup angin.Opah memelukku sejurus selepas itu.Kedengaran bunyi gagak hitam bertebangan di luar tidak lama kemudian.Sepanjang malam itu,aku tidur dengan Opah.Nampaknya kami semua sedang berada di dalam bahaya.Kuasa kegelapan sudah menghampiri...
















05.Rantai


Setelah apa yang terjadi pada diriku semalam,Opah mula berasa risau akan keselamatan diriku.Begitu juga dengan aku yang menjadi mangsa keadaan.Opah mengajak seluruh kuasa enam untuk datang ke rumah sesudah selesai waktu sekolah.
 Aku masih blur.
 Bagaimana aku harus menerangkan kepada mereka bahawasanya opah sudah mengetahui rahsia aku?!
   "Kau nampak diam sejak pagi tadi Fiqa.Ada apa apa tak kena ke?Kalau fasal bekalan elektrik,bapa aku kata kita semua akan mendapat semula bekalan elektrik menjelang petang ini."Aku menoleh ke arah Amylea dengan senyuman.Bapa Amylea merupakan seorang pekerja TNB.
 "Peperiksaan sudah hendak mula.Gudluck!"Amylea mengambil buku notanya dan kembali semula ke tempat duduknya.
   Aku menjawab peperiksaan dengan pnuh gangguan di minda.Fikiranku hanya berfikir akan perasaan mereka apabila mengetahui perkara sebenar.

 "Tidak sabar betul untuk cuti semester ni.Aku nak rehat dengan secukupnya"Syazwani berkumat kamit seorang diri.
"Opahku mengajak korang semua untuk datang ke rumah pada petang ini."Aku cuba membuatkan suaraku sebiasa yang mungkin.Sehingga kini,mereka masih tidak mengetahui apa yang berlaku pada diriku semalam.
    "Tapi kita akan berlatih sihir pada petang ni.Kata untuk persiapan?!."Auni cuba mengingatiku serta yang lain.Namun,aku rasa ini lebih penting kerana opah ingin membincangkan sesuatu bersama kami dan ianya mungkin berguna di masa hadapan kelak.
 "Bukan selalu kita dapat melawat opah Syafiqa,bukan?"Adam senyum keriangan.Auni memandang Adam dengan sindiran.
   "Kami setuju untuk datang.Tapi beritahu opah,tidak payahla susah susah hendak menyediakan apa apa untuk kami."Aku hanya senyum.Amylea memang merupakan seorang yang lemah lembut namun amat tegas dan serius apabila melakukan sebarang upacara dan tugas yang diberikan kepadanya.Memang mempunyai sifat kepimpinan.

 Seperti yang disangkakan,opah menyediakan pelbagai juadah untuk dijamu kepada mereka.Aku hanya membantu opah sebanyak mana yang mungkin.Aku menjemput mereka di hadapan pintu rumah.Nampaknya Syazwani mempunyai adab menziarahi orang juga rupanya.Pakaiannya agak sopan berbanding sebelumnya.
 Opah turut datang menyambut tetamu yang hadir.Opah memeluk setiap seorang daripada mereka dan menjemput mereka duduk di ruang tamu sementara menunggu kek dan juadah untuk dimasak.
 "Fiqa.."
"Jangan risau la,Amylea.Memang sudah menjadi niat opah untuk menyediakan hidangan."
   "Sudah lama aku tidak datang ke sini."Adam memerhati sekeliling
"Kau pernah datang ke sini?"
 "A'a.Opah tidak pernah cerita ke?Opah mengasuhku sewaktu aku berusia lima sehingga sepuluh tahun".Opah tidak pernah menceritakan padaku akan hal ini.Mungkin baginya ianya tidak begitu penting.

 Pelbagai juadah telah dihidangkan Opah.Kami semua berkumpul di meja makan untuk bersantap.
"Memang seronok melihat cucu cucu opah sudah besar belaka."Opah senyum keriangan.Masakan Opah sememangnya terbaik.Farid merupakan orang yang pertama untuk menjamah.
  "Opah tahu kamu semua sedang mengamalkan ilmu sihir"Opah dengan tenangnya berkata.Mereka semua tersedak dan Auni yang sedang meminum air dengan tidak sengajanya menyemburkan air keluar daripada mulutnya.
 Syazwani menolak kakiku dan memberi muka yang sinis."Really Fiqa?You must tell?"Kebiadaban Syazwani muncul kembali.
  "Opah tidak kisah kamu semua mengamalkan ilmu sihir tetapi pihak atasan mengambil kisah.Korang semua sudah pasti tahu akan sejarah ibubapa masing masing.Mengapa mereka tidak mengamalkan lagi ilmu sihir.Ianya sangat bahaya.Bukan sahaja untuk kita namun untuk seluruh masyarakat setempat"
 "Tapi kami telah membuktikan sihir boleh digunakan untuk kebaikan.Kami telah menolong adik Alysa menjumpai semula jasadnya yang hilang"Auni cuba mempertahankan ilmu sihir.
 "Dan akibatnya,kuasa hitam muncul untuk mendapatkan kuasa korang semua.Semalam,Syafiqa diserang oleh salah seekor ghoul .Tujuannya adalah untuk mendapatkan rantai yang korang sedang pakai.Rantai tersebut merupakan kunci bagi melepaskan semula ilmu sihir yang dikumpul oleh moyang korang."
 Semua orang melihat ke arahku dengan wajah yang sayu.Mereka kelihatan bimbang akan diriku.Opah kemudiannya bangun dan mengambil sesuatu di atas peti ais.Sepertinya sebuah kotak kayu.Di atasnya terukir perkataan zaman dahulu yang agak sukar untuk difahami tulisannya.
 "Kotak ini menyimpan kuasa sebenar rantai yang kamu semua sedang pakaikan.Kuasa jahat sedang dalam perjalanan ke sini untuk mendapatkan kuasa kamu semua.Kita harus bersedia dari sekarang"
Kami memberikan rantai kepada Opah.Opah menyusun rantai tersebut dan membuat satu bulatan lalu meletakkan kotak tersebut di tengahnya.Kami memerhati dengan kusyuknya akan apa yang sedang dilakukan Opah.
 Opah membaca mantera dengan suara seperti bisikan.Mulutnya tidak berhenti bergerak dan tangannya hnya membuat satu bulatan lutsinar di atas kotak tersebut.Satu persatu gelang kami mula mengeluarkan cahaya  yang agak terang.Getaran dapat dirasai di atas meja.Opah kelihatan tenang sambil membaca mantera.Pandanganku tidak lepas kepada opah.Perkataan di atas kotak kemudiannya bercahaya sehuruf demi sehuruf dan kotak tersebut terbuka dengan sendirinya.Cahaya lurus muncul sehingga ke siling .Perkataan yang bercahaya pada atas penutup kotak mula timbul dan mengelilingi cahaya lurus itu.Kami memandang dengan penuh keterujaan.Huruf yang berterbangan kemudiannya diserap masuk kedalam rantai kami semua.Cahaya lurus dipecahkan kepada enam cahaya kecil dan turut diserap ke dalam rantai.Keadaan menjadi sedia kala tidak lama kemudian.
 "Mulai sekarang,tiada sebarang kuasa yang dapat memisahkan ikatan korang berenam.Rantai ini telah menjadi satu.Jikalau digabungkan,tiada sebarang kuasa yang boleh kalahkannya.Gunakanlah ini untuk menentang kegelapan".Opah menyerahkan semula rantai kami.Memang terdapat kelainan berbanding sebelumnya.
   
 "Adakah Opah akan memberitahu pihak atasan tentang perkara ini?"Amylea bertanya sebelum beransur pulang.
 "Sudah tentu tidak cu.Korang semua tidak berhak untuk dihalang.Ia sudah menjadi takdir korang untuk mewarisi ilmu sihir keluarga korang."Amylea senyum dan memeluk Opah.Mereka semua kemudiannya beredar.Aku membantu opah mengemas dapur.
 Aku dan opah hanya diam membisu sepanjang malam.

 Syafiqa...
Kedengaran suara sedang memanggil namaku sewaktu aku sedang asyik mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan esok.Suaranya sungguh lembut.Sepertinya suara seorang wanita.
 Mereka sudah menghampiri kau dan rakan kau.
Mereka?Adakah mereka yang dimaksudkannya ialah kegelapan?
Cahaya menyinari ruang…
Lampu bilikku dibuka dan kelihatan tiada sesiapa yang berada di bilikku selain diriku seorang diri.
  Lelaki bermata biru akan tiba tidak lama lagi.Jangan biarkan kau dan rakan kau dibutakan dengan sifat manisnya...
Lelaki bermata biru?Siapakah lelaki yang dimaksudkannya.Aku cuba memanggil semula suara tersebut namun hanya kedengaran kipas yang sedang memusing.Memang sungguh misteri dan menimbulkan persoalan.Siapakah lelaki bermata biru yang dimaksudkannya?!...
















06.Pemburu


Hari yang ditunggukan oleh semua pelajar SMK Pantai Serasih akhirnya telah tiba.Cuti semester pertama telahpun bermula.Namun,seperti yang dijangkakan kami ditinggalkan dengan pelbagai latihan untuk dibuat semasa cuti.
  "Kau ada dengar cerita tidak?Ahmad Faris anak kepada pak cik Ariffin nak balik ke sini."Auni kelihatan teruja.
 "Ye ke?Sudah lama betul dia tidak jejakkan kaki dekat sini"Begitu juga dengan Syazwani.
 "Ahmad Faris?"Aku membuat raut wajah yang keliru.Mereka berdua memandang ke arahku dengan ketidakpercayaan.
 "Si Ahmad Faris merupakan seorang lelaki yang amat digilai ramai di sini."
"Bukan aku ke yang digilai ramai?"Farid menerpa dari belakangku dan duduk bersebelahanku.Syazwani hanya membuat muka mual.
  "As I were saying,Ahmad Faris akan melawat kampung kita.Dengar kata esok"
"Apa yang korang bincangkan ni?"Adam datang membawa tiga gelas air yang sudah dipesan oleh kami.
 "Abang hensem,air milo ais satu"Farid membuat suara manjanya kepada Adam.Adam menjerit pesanan kepada pekerja yang berada di dapur.
 "Kami membincangkan pasal Ahmad Faris".Raut wajah Adam berubah menjadi muram.Aku hanya memerhati Adam dengan ekspresi wajahnya.
 "Ops.I almost forgot."Syazwani meletakkan jari telunjuknya ke bibir dengan rasa bersalah.
"Apa yang sudah berlaku?"Aku bertanya dengan kebingungan.
   "Faris pernah merompak ayahnya Adam."
"Dan akibatnya ayah aku terpaksa berada di hospital selama seminggu"Adam melenting sebelum sempat Farid menceritakan apa yang berlaku seterusnya.Adam menutup matanya dan menghembuskan nafas beberapa kali."Bila bedebah itu nak datang?"Suaranya kelihatan tenang sedikit.
 "Dengarnya esok."
Adam kemudiannya beredar.
 "Pyscho~"Syazwani mengeluarkan blackberrynya dan mentaip sesuatu.
"Faris itu sudah banyak berubah tapi Adam mempunyai masalah untuk menerima hakikat."Farid membisik di telingaku.Aku memandang Adam yang mengambil pesanan pelanggan lain dari jauh.Adam memang susah melepaskan kisah silamnya.Mungkin aku faham akan perasaannya.
……………………………………………………………….

Pada malam harinya,aku makan malam bersama opah dan terus memasuki ke dalam bilik selepas membantu opah mengemas.
  Aku meniarap di atas katilku sambil membelek helaian buku bayangan.Nampaknya masih banyak yang aku perlu pelajari.Aku melihat rantaiku seketika.Terdapat simbol yang sama tercatat di dalam buku bayangan.Ianya tertulis bahawa setiap rantai mempunyai kelebihan masing masing.Namun,ianya tidak tercatat apakah kelebihan itu.Aku kemudiannya menyelak helaian yang lain.Helaian yang mengandungi simbol
telah menarik perhatianku.Jantungku dengan tetibanya berdegup dengan kencang.Ia merupakan simbol pemburu ahli sihir.Sebelum sempat aku membacanya dengan lebih lanjut,Opah masuk ke dalam bilikku.
 "Tak tidur lagi Fiqa?Bukankah esok fiqa akan membantu Amylea?"
Aku hampir terlupa mengenainya.Esok merupakan festival nelayan yang dianjurkan oleh penduduk kampung.Dengarnya pelbagai aktiviti yang akan berlangsung seperti pertandingan berenang,bola tampar,permainan kanak kanak dan memacam lagi.Ibu Amylea membuka sebuah gerai dan Amylea meminta pertolonganku esok.
 "Tidak Opah.Fiqa tengah membelek buku bayangan"
"Sudahla Fiqa.Fiqa perlukan tenaga yang banyak untuk esok.Pergilah tidur"
  Aku hanya senyum kepada Opah.Opah keluar dari bilikku kemudiannya.Esok Amylea sudah berjanji hendak menjemputku untuk ke festival tersebut.Nampaknya aku memang banyak bersosial semenjak datang ke sini.Selalunya aku akan menghabiskan masaku melayari internet,membaca buku ataupun menolong ibu.
  Ingatanku mengenai ibu membuatkan aku tersentak.Nampaknya aku masih merindui beliau.

  Pagi yang segar dan cerah muncul menggantikan malam yang penuh kegelapan.Aku membuka tingkap bilikku dan menghirup udara pagi yang amat segar.Nampaknya aku akan hadapi hari yang amat sibuk.Aku bersiapkan diri dan bersarapan.Opah sudah keluar awal pagi lagi ke festival tersebut.Opah merupakan sukarelawati untuk festival tersebut.Kedengaran bunyi ketukan pintu rumah.Sudah pastinya ia Amylea.Aku mengambil begku dan membuka pintu.Kelihatan seorang lelaki yang memakai baju kemeja berwarna hitam berdiri di hadapan pintu rumah.
 "Siapa?"Aku bertanya dengan penuh rasa cuak.Beg yang hendak digalasku jatuh di atas lantai.
"Amylea munyuruhku untuk mengambil kau.Fiqa bukan?"Matanya berwarna biru terang dan bibirnya merah menyala.Aku hanya mengganguk.
   "Jom!Nanti terlambat pula."
Aku mengambil semula beg ku dan mengunci rumah.

 "Boleh aku tanya Siapa kau?"Aku bertanya dengan penuh keraguan.
"Lupa pula untuk memperkenalkan diri.Namaku Ahmad Faris.Amylea merupakan jiranku."Mataku terbeliak luas.Inilah si Ahmad Faris yang disebut sebutkan Syazwani dan Auni semalam.
   "Cantik rantai.Sama seperti yang Amylea pakai.rantai friendship ke?"Faris ketawa kecil.
Aku memegang rantai yang dipakaikanku.
 "Ya.Ianya merupakan rantai persahabatan."Ayat tersebut secara spontannya terkeluar dari mulutku.Faris hanya mengangguk.Suasana kemudiannya menjadi sunyi di sepanjang perjalanan.

 Aku menuruni kereta dan kelihatan Amylea sedang sibuk menyediakan pesanan pelanggan.Kelihatan juga Farid di sana.Adam terpaksa menolong bapanya menjaga restoran.Sudah pastinya hari ini perniagaan En Hasshim amat menguntungkan.Aku berjalan ke arah Amylea dan Faris mengikutiku dari belakang.
 Sejurus Amylea melihatku,dia bergegas ke arahku dan menarikku supaya cepat menolongnya.Kelihatan Farid sepertinya sedang berbual dengan Faris.Namun,aku tidak dapat mendengar perbualan mereka kerana terlalu bising.
  Di dalam kesibukanku menolong Amylea,kelihatan Syazwani dan Auni datang menghampiri gerai kami.
"Nampak tak Faris tadi?Hensem kan dia."Syazwani tidak melepaskan pandangannya kepada Ahmad Faris.
   Aku hanya senyum melihat gelagat Auni dan Syazwani.Begitu juga dengan Amylea.
Banyak aktiviti yang berlangsung pada hari ini sehinggakan tidak sedar bahawasanya hari sudah menjelang petang.
 "Nampaknya kita kena berkemas."
Aku hanya mengangguk.Orang ramai juga turut mula beredar.Ibu Amylea muncul tidak lama kemudian sambil menayangkan piala yang telah dimenanginya."Macam mana perniagaan kita hari ini?"
 "Nampaknya bagus,ma.Kita dapat pulangan modal yang agak memuaskan."
"Mama juga telah mendapat pulangan yang menakjubkan_"Pn Azila ketawa keriangan_”Kemaslah ye.Mama nak tolong sukarelawan lain untuk berkemas"
   Kami memandang ke arah masing masing dengan senyuman.

 Malam tersebut badanku berasa amat lenguh.Namun,aku merasakan ianya amat berbaloi.Aku menerima upah daripada ibu Amylea sebanyak RM50.Aku menghempaskan kepala dan seluruh badanku ke atas katil.Sebelum sempat aku melelapkan mata,telefon bimbitku berbunyi.Ianya adalah daripada Amylea.
 Fiqa?ada nampak Syazwani tak?Auni kata ibunya datang ke rumahnya untuk mencari Syazwani.Nampaknya Syazwani tidak pulang lagi ke rumah.
Aku melihat jam yang berada di dinding bilikku.Ianya sudah jam 0030.Walaupun Syazwani merupakan seorang yang liar,namun aku tahu Syazwani tidak akan keluar lewat malam tanpa pengetahuan ibunya.
 Helo?Fiqa?
"Aa ye ye!"
  Kita jumpa di depan restoran En Hasshim sekarang.
Panggilan kemudiannya di matikan.Kemanakah Syazwani telah pergi sehingga lewat malam sebegini?Aku mengambil jaket daripada almari dan keluar bilik.Aku berlari menuruni tangga dan mengambil kunci kereta.
 "Fiqa,hendak ke mana tu?"
"Syazwani hilang,Opah."Muka Opah kelihatan terkejut.Tanpa menghiraukan Opah,aku keluar dari rumah dan pergi ke restoran En Hasshim.

 Kelihatan kesemua mereka sudah berada di sana.
"Bukankah kau dan Syazwani berjalan bersama sewaktu festival tadi?"
   "Ya.Tapi Syazwani berpisah denganku tidak lama kemudian.Katanya dia ingin melihat pertandingan bola tampar.Selepas itu,kami terus terpisah.Aku cuba menelefonnya namun tiada orang yang angkat."
 "Macam inilah.Kita berpecah.Auni dan Amylea korang cari di kawasan pantai,Farid dan Fiqa cari dekat kawasan rumah usang dan aku akan cari di hutan"Kami semua bersetuju dengan cadangan adam dan berpisah.Sebelum berpecah,Amylea menyerahkan setiap sorang lampu suluh.
…………………………

 "Ke mana agaknya kau fikir Syazwani telah pergi ek?"Farid bertanya kepadaku sambil menyuluh sekeliling.
"Entahla."
   Kami meneruskan pencarian.Pencarian aku dan Farid menyebabkan kami telah masuk jauh ke dalam kawasan hutan bukit.
 Kemudian, aku dapat merasakan angin yang dingin menghembusi diriku.Badanku tersentak kegigilan.
Fiqa...
 Kedengaran suara memanggilku.Aku melihat ke arah hadapan dan terdapat seorang wanita sedang berdiri melihatku.

"Kau lihat tu?"Tanganku mula menggigil.Farid menyuluh ke arah wanita tersebut.Lampu suluh menembusi badannya.
  "Tiada apa pun.Kau jangan takutkan aku Fiqa.!"
Wanita tersebut kemudian berjalan masuk ke dalam hutan.Kakiku sepertinya bergerak dengan sendiri dan  mengejari wanita tersebut.Farid mengejarku dari belakang.Aku mengikut wanita tersebut hingga ternampak sekepul asap dan cahaya di penghujung hutan.Wanita itu berhenti lalu menoleh pandangannya ke arahku.Wanita tersebut kemudiannya menghilangkan diri dibawa angin.Siapakah wanita itu?!.Farid yang tercungap cungap mengetuk kepalaku.
 "Haish minah ni."
"Tengok itu"Aku menunjukkan Farid cahaya unggul api di penghujung hutan sambil mengusap kepala yang diketuk.
   "Mari kita tengok.Tapi kali ini, baik aku jalan dekat sikit dengan kau.Manala tahu kau nak lari lagi,kan!"Suaranya masih kedengaran tercungap cungap.

 Terdapat sebuah unggul api yang masih membara terbiar di situ.Kami menggeledah keadaan sekeliling.
    Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Syazwani terbaring berhampiran unggul api tersebut.Badanku menggeletar dan aku cuba memanggil nama Farid namun suaraku sepertinya tidak kesampaian ke mulut.
   "Fiqa,jaga jaga"Kedengaran suara Farid menjerit kepadaku.Tanganku dengan tetibanya bagai ditarik dan terdapat sebilah pisau berada di leherku.Aku cuba untuk meloloskan diri namun sepertinya seseorang telah memelukku dengan amat erat.
 "Siapa kau?Apa yang engkau mahukan?"Farid cuba menghampiriku dan bertapak ke belakang apabila pisau semakin menekan leherku.Rasa pedih mula dirasa apabila pisau tersebut menekan leherku sedikit menyebabkan aku terluka.
    "Anne!Aku mahukan darah ahli sihir"Suaranya seperti seorang wanita yang gila.Farid hanya cuba untuk mendekatkan dirinya kepada wanita tersebut namun gagal kerana nyawaku menjadi tebusan.
 Kemudian kedengaran satu bunyi yang kuat di belakangku.Tangannya melepaskan pisau dan tanpa berlengah aku terus berlari ke arah Farid lalu memeluknya.Rupanya Adam yang menghentak wanita tersebut dengan sebuah batu besar.
   Kami memanggil yang lain untuk datang ke tempat ini.Kami mengikat wanita tersebut pada sebatang pokok.
 "Nampaknya tidaklah begitu teruk luka kau."Amylea membelek leherku yang ditoreh.Syazwani mula sedar tidak lama kemudian dan Auni memeluknya sambil menangis sejurus Syazwani membuka matanya.Dia sepertinya tidak mengingati apa apa.Adam mengambil sebotol air mineral dari begnya dan mencurahkan kearah wanita tersebut.Wanita tersebut berkelopo kelemasan dan menyedarkan diri.
 "Siapa kau?!"Adam bertanya dengan tegasnya.
"Ahli sihir kolot.Sebab engkau ramai rakyat jelata terseksa"Wanita tersebut menjerit seperti orang gila.Beliau bergelut melepaskan diri.Di dalam kegelutannya,kelihatan seperti tanda pada lengannya.Tandanya sama seperti yang aku nampak di buku bayangan.
  "Dia adalah pemburu sihir"
"Pemburu sihir?"Semua memandang ke arahku.
   "Lihat tanda di lengannya.Ianya merupakan tanda pemburu sihir."
Farid mendekati wanita tersebut dan melihatnya dengan lebih dekat.
 "Siapa engkau sebenarnya?"Farid cuba untuk menjadi sopan.Wanita tersebut meludah ke muka Farid membuatkan Farid berasa bengang dan menampar wanita tersebut.Adam menarik Farid dan cuba menenangkannya.
   "Ahli sihir kolot.Sebab korang kuasa kegelapan muncul dan rakyat jelata menjadi magsa."Beliau tidak henti mengulangi ayat tersebut.
 "Adakah engkau datang sorang?"Kini giliran aku untuk mensoal siasatnya.
"Kami tidak pernah bertindak seorang"Beliau ketawa seorang diri.
  Syazwani kemudian dengan tetibanya menolakku."Kau akan beritahu siapa lagi yang datang bersama kau sebelum aku menggunakan kekerasan.Sudahla kau kidnaped aku!?"Terdapat kemarahan di dalam suaranya.
 "Aku lebih rela mati daripada memberitahu rahsia pemburu sihir kepada ahli sihir yang kolot.Ahli sihir memang tidak layak untuk berada di dunia ini."Beliau kemudiannya menghentakkan kepalanya di batang pokok berulang kali dengan kuat sehingga terdapat kesan darah pada batang pokok tersebut dan kepalanya.
 Syazwani yang terkejut melangkah ke belakang.Kami melihat wanita tersebut menghentakkan kepalanya sehingga mati.Kami menyaksikannya dengan penuh ketakutan.Kedengaran bunyi burung gagak bertebangan tidak lama kemudian.Kami membuka ikatan wanita tersebut dan menanamnya.Kami juga memadamkan api dan pulang ke rumah masing masing dengan ketakutan.Nampaknya hari ini telah berakhir dengan suatu kejadian yang amat mengerikan.Nampaknya kuasa enam harus bersatu dan tidak boleh berpisah.Aku tiba di rumah pada jam 0530.Aku menjenguk Opah di biliknya.Kedengaran dengkuran di dalam bilik.Aku tersenyum dan masuk ke dalam bilikku untuk tidur...





















07.Pembelot


Aku membuka mataku dan melihat hari sudah cerah.Matahari yang terik menyinari bilikku melalui tingkap.Memori semalam memang susah untuk aku lupakan.Ianya terbayang bayang di mindaku tanpa henti.Aku melihat jam di dinding bilikku.Ianya sudah jam 1325.Aku bangun dari katil dan melihat ke cermin.Nampaknya lukaku masih kelihatan merah menyala.Kelihatan darah sudah membeku.Aku melembabkan tisu dan mengelap darah yang kering.Aku membersihkan diriku dan turun ke bawah.Kelihatan Opah sedang membersihkan rumah.Opah melihatku dan menutup suis hampagas.
 "Lambat fiqa pulang semalam.Ibu Syazwani ada telefon opah tadi.Dia ucapkan terima kasih sebab bantu cari Syazwani"
 Aku hanya angguk.Aku masuk ke dapur dan makan juadah yang telah dihidangkan opah.Opah datang menghampiriku tidak lama kemudian.Opah memerhatiku dengan pandangan yang tajam.
  "Apa yang telah berlaku semalam?"Opah akhirnya bersuara.Opah sudah tahu semuanya mengenai rahsia aku dan kawanku.Jadi,apa yang hendak dirahsiakan lagi.Aku menceritakan segalanya kepada opah berkenaan kejadian semalam.Aku juga menunjukkan opah bekas torehan pemburu ahli sihir di leherku.Opah kelihatan terkejut dengan apa yang berlaku ke atasku semalam.
 "Nampaknya korang semua harus lebih berhati hati.Pemburu ahli sihir tidak boleh dibuat main.Mereka akan melaksanakan tugasan yang diberi walaupun terpaksa bergadai nyawa mereka sendiri"
 Mungkin itulah yang dilakukan oleh Anne semalam.Demi menjaga rahsia pemburu ahli sihir,dia sanggup mati.
"Faris ada telefon rumah tadi."
   "Faris?"Aku melihat opah dengan keliru.Kenapa Faris menelefon rumah?
"Katanya cari Fiqa"
  "Apa yang opah kata padanya?"
"Opah kata Fiqa masih nyenyak tidur.Dia kata hendak jumpa Fiqa petang ini di restoran En Hasshim"
   Faris?Hendak berjumpa denganku?Tapi mengapa?!
 Aku menghabiskan masa terluang dengan menolong opah dan menyiapkan separuh latihan yang diberikan oleh pihak sekolah.Masa berlalu dengan amat pantas.Aku melihat jam di dinding bilikku dan ianya sudah jam 1645.Aku bersiap dan bergerak ke restoran En Hasshim.Agaknya mengapa Faris ingin berjumpa denganku?

 Aku meletakkan keretaku di tempat letak kereta dan  masuk ke dalam restoran En Hasshim.Kelihatan Amylea sedang menolong Adam mengambil dan memberi pesanan pelanggan.Mereka berdua kelihatan gembira melihatku.
   "Apa yang kau buat di sini?"
"Saja tolong Adam.Engkau pula?"Aku mendekatkan bibirku ke telinga Amylea.
  Faris nak berjumpa aku di sini Aku membisik ke telinganya.Adam hanya memerhati dari jauh.
"skandal!"Amylea ketawa keriangan.Aku tersenyum malu.
    "Macam mana dengan Syazwani?"Aku mengambil tempat duduk.Amylea turut duduk bersamaku.
"Tadi aku ada melawatnya.Sepertinya dia sihat seperti biasa.Tiada sebarang tanda tanda trauma"
  Aku hanya mengangguk.Amylea beredar selepas mengambil pesananku.Adam pula datang menghampiriku tidak lama kemudian.
 "Macam mana leher kau?"Adam melihat ke leherku.Aku memegang leherku dan mengusapnya.Sebelum aku sempat berkata,Faris muncul di hadapanku.Adam melihat Faris dengan pandangan tajam dan hina.Faris hanya memberi senyuman yang sinis.
 "Adam."Faris menegur Adam dengan teguran yang sopan.
" Faris,sudah lama tidak datang ke bandar ni.Apa cerita?"Adam sepertinya sedang mengawal emosi.
   "Haha.banyak yang berubah.Oh ya,beri aku jus epal"
Adam kemudiannya beredar dengan raut wajah yang jijik.Aku hanya senyum kepada Faris.Begitu juga dengannya.Dia kemudiannya menyeluk tangannya ke dalam poket seluar.Sepertinya sedang mengambil sesuatu.
 "Hari ini ada tayangan twilight eclipse.Jom kita tonton?"Faris menunjukkan 2 tiket wayang kepadaku.Aku hanya tergamam.Mulutku tidak boleh berkata apa apa.
 "Twilight?Best cite tu.Kenapa kau tak ajak aku?"Amylea menerpa kami dengan membuat muka sedih sambil membawa pesananku dan Farid.
 "Bukankah kau terpaksa menjaga datuk malam ini?"
Amylea hanya senyum.
 "Pergilah Fiqa,bukan selalu engkau dapat keluar dengan anak kacukan mat salleh"
Desakan Amylea membuatkanku berkata ya.Akhirnya aku mempunyai janji temu bersama Faris,bekas perompak.Jantungku tetiba berdegup dengan kencang.Mungkinkah dia ingin menganiaya aku?Namun,aku tidak mahu kecewakannya dan Amylea.Lagipun,aku mempunyai kuasa sihir bersamaku.Tiada apa yang harus dirisaukan.

  Tayangan tersebut bermula pada jam 2045 dan sekarang sudah jam 1930.Aku menunggu Faris untuk menjemputku di rumah.
    "Ingat,Fiqa itu masih anak dara.Jaga perlakuan dan gunakanlah segalanya yang Fiqa ada untuk menyelamatkan diri"
 Aku hanya senyum sambil Opah memakaikan kerongsang pada kain selendang ku.Kedengaran bunyi ketukan pintu.Sudah pastinya itu Faris.Aku memalingkan badan dan mencium pipi Opah.Aku mengambil beg tanganku dan segera membuka pintu.Kelihatan Ahmad Faris memakai kemeja merah berlengan panjang dan memakai seluar jeans berwarna biru.Dia kelihatan amat segak.Aku menutup pintu dan kami menaiki kereta ke pekan Melaka.

 Kami hanya mendiamkan diri di dalam perjalanan.Hanya kedengaran bunyi radio sahaja memecah kesunyian.
 "Cantik pakaian kau hari ini."Faris merupakan orang pertama yang bercakap.
"terima kasih.Kau juga.Mata kau sangat cantik.Biru cerah.Bagaikan laut yang tenang"Aku sepertinya bercakap tanpa henti.Farid hanya ketawa.Bermula dengan itu,perbualan kami diteruskan tanpa henti sehingga tiba ke destinasi.
 Kami tiba di panggung wayang pada jam 2030.Faris membelanjaku bertih jagung dan air.Nampaknya perbelanjaanku hari ini semua ditanggung olehnya.Kami masuk ke dalam panggung wayang dan menunggu untuk cerita tersebut dimulakan.


  Cerita twilight memang mendapat perhatian ramai terutamanya peminat wanita.Mungkin kerana watak utamanya yang begitu kacak dan cantik.Di dalam cerita tersebut,watak wanita,Bella terpaksa memilih antara Edward,si pontianak dan Jacob,si serigala jadian.Namun,aku mendapat pengajaran daripada cerita tersebut bahawasanya sesuatu yang mustahil berlaku tidak semestinya kita tidak boleh menjadikan ianya tidak mustahil.Serigala jadian dan pontianak yang tidak sehaluan akhirnya bersatu tenaga menentang musuh.Mungkin begitu juga jikalau semua ahli sihir bersatu tenaga,mereka boleh menewaskan kuasa kegelapan.Namun,ramai yang sudah meninggalkan ilmu sihir.
 Sesudah tamat cerita,Faris menghantarku pulang.
Sejurus pulang,aku menyalin pakaianku dan baring ke atas katil.Mungkinkah tidak mustahil jikalau semua kuasa bersatu tenaga menghapuskan kegelapan?Aku mengambil buku bayangan daripada almari dan membacanya sehingga aku tertidur.

 Fiqa...
Kedengaran seperti suara ibu memanggilku.Sekelilingku hanyalah kegelapan.Sudah pastinya aku sedang bermimpi.Kemudian,aku melihat sepertinya bayangan putih muncul di hadapanku.Ianya adalah ibu.
 "Ibu!"Aku menjerit lalu berlari ke arahnya.Lama aku berlari namun jarak aku dan ibu tidak berubah.
Fiqa,ingatlah pesanan ibu.Lelaki bermata biru tidak boleh dipercayai.
 "Lelaki bermata biru?!Siapakah dia?!"Aku menjerit ke arah ibu.Ibu kemudiannya mula menghilang ditelani kegelapan.Aku terbangun sejurus ibu hilang dari pandangan mata.Aku melihat jam pada dinding.Ianya menunjukkan 0445.Aku menyambung semula tidurku.

  Aku bangun pagi dan melihat peti teks pesanan ringkas di telefon bimbitku.Kelihatan Auni begitu berang berkenaan aku keluar bersama Ahmad Faris.Aku hanya tersenyum.Tanpa membalas SMSnya,aku turun ke bawah.Opah tidak kelihatan.Aku memanggil Opah beberapa kali namun tidak dijawabnya.Agaknya beliau telah keluar.Aku pergi ke dapur untuk mengambil air di peti sejuk.Alangkah terkejutnya apabila melihat Opah terbaring di atas lantai dapur.Aku berlari ke arahnya dan cuba untuk menyedarkannya.Setelah beberapa kali cubaanku gagal,aku bangun untuk memanggil ambulans.Sejurus aku berpaling badan,kepalaku sepertinya dihentak sesuatu.Aku jatuh pengsan sejurus selepas itu.
 Keadaan sekeliling menjadi gelap.Kedengaran suara sedang bergema di sekelilingku.Namun,suaranya begitu perlahan.
 Cahaya!
Seruanku gagal.Hanya terdapat kegelapan di sekeliling.Badanku kemudian berasa sangat pedih.Aku tersedar dari kegelapan.Mataku terbuka.Sepertinya aku berada di sebuah gudang nelayan dengan badanku dililit dengan tali di atas kerusi.Aku melihat keluar tingkap dan sepertinya hari sudah menjelang senja.Namun,bukan itu yang membuatku berasa pedih.Kelihatan Syazwani sedang menoreh lenganku dan mengumpul darah yang mengalir ke dalam sebuah botol.Setelah selesai dia mengambil darahku,baru aku perasan bahawa kawanku yang lain juga turut berada di situ.Mereka juga turut diikat sepertiku.
 "Apa ni Syazwani?"
Wajah Syazwani kelihatan pucat.Matanya bertukar merah.Dia hanya mendiamkan diri sambil mengambil darah mereka yang lain.
 "Syazwani?"Adam merupakan orang selepasku menyedarkan diri.Diikuti dengan Amylea,Auni dan akhirnya Farid.
 tali diikat dilepaskan
Adam cuba untuk melakukan sihir.
  Baru aku sedar bahawasanya rantaiku berada di atas meja.Begitu juga dengan yang lain.
 "Hahaha!Sihir kamu tidak berkesan di bulatan sihir"Terdapat suatu bulatan yang terdapat di sekeliling kami berlima yang sepertinya garam.Suara Syazwani kelihatan amat berlainan.Sesaat Syazwani sedang menangis,kemudian dia kembali senyum dengan senyuman yang amat mengerikan."Sekarang,aku hanya perlukan darah ahli sihir yang terakhir"Dia mengambil pisau lipat dan menoreh lengannya sendiri.Darah yang mengalir keluar disimpan di dalam botol sama seperti kami.
 "Syazwani,kau sudah gila ke!!?"Farid menjerit ke arah Syazwani
"Ya.Memang aku gila.Hahahahahaha!"Gelakan Syazwani amat mengerikan.Dia kemudiannya menyusun botol tersebut dalam bentuk pentagon dan meletak rantai mengelilingi botol masing masing."Dengan ini,kuasa enam bakal menjadi milikku."
   bagabi laca bagabi
   lamchahi achababe
   commodo mihi vestri vox
   unda ego dicovos
   permissum pluit
   Harrahyah!
Api dengan tetibanya muncul mengelilingi kami berlima di atas bulatan garam tersebut.Sepertinya terdapat sesuatu menarik rohku keluar daripada jasad.Kepalaku mula berasa pening.Begitu juga dengan yang lain.Kami menjerit kesakitan.
 Syaitan dan iblis
 kuasa enam sudah kita miliki
datanglah engkau menjelma
Syazwani  kedengaran seperti orang gila.Menjerit seorang diri.Keperitan yang dialamiku sudah sampai pada limitnya.Aku supertinya sudah tidak bermaya lagi.Adakah hidupku akan berakhir di sini?Aku memejamkan mata dengan lemah.Kemudian,kedengaran pintu gudang dibuka.Pintu dihempas dengan kuatnya.Aku membuka mataku untuk melihat siapakah yang datang menolongku.Kelihatan Opah bersama ibu bapa rakanku.Api yang mengelilingi kami hilang selepas itu.Kami semua menarik nafas lega.
 Syazwani memandang ke arah mereka dengan pandangan yang tajam.Begitu juga terhadap ibunya sendiri.Dia medepakan kedua tangannya kehadapan dan barang peralatan gudang beterbangan ke arah opah dan yang lain.
 Opah dan ibubapa Auni mengangkat tangan dan kesemua barang jatuh semula menjejak bumi.En Hasshim dan bapa Amylea berlari untuk memegang Syazwani manakala ibu Farid dan Ibu Amylea sedang mengunci pergerakan Syazwani.Opah membaca suatu mantera membuatkan Syazwani menjerit dan pengsan.Bapa Syazwani hanya memeluk Pn Maimunah,ibu Syawani dengan begitu erat.En Hasshim dan bapa Amylea mengheret Syazwani dan mengikatnya di sebatang tiang.Opah bersama Ibu Farid dan Ibu Amylea datang ke arah kami dan melepaskan kami.
 Ibu Amylea kemudiannya membawa kami keluar daripada gudang tersebut dan membawa kami ke arah vannya.
 "Bagaimana Syazwani?"Suaraku amat lemah dan tidak bermaya.
"Syazwani tidak akan apa-apa"Ibu Amylea cuba menyedapkan hati kami.Kemudian kedengaran jeritan Syazwani yang kuat sehingga didengari di dalam van.Kami semua begitu letih untuk melakukan sesuatu.Mataku terlelap sejurus selepas itu.Mengapa Syazwani bertindak sedemikian?Ianya membuatkanku dan lain tertanya tanya.Mungkinkah iblis telah merasuk ke dalam tubuhnya tanpa disedarinya?!Ianya bakal terjawab juga nanti.Kuasa kegelapan sememangnya amat licik.Nampaknya kami harus lebih berhati hati...



















08.Musnah


Aku tidak begitu pasti sudah berapa lama aku melelapkan mata.Aku membuka mataku dan melihat kipas tidak henti memusing.Kepalaku berdenyut tanpa henti.Aku melihat diriku di cermin dan kelihatan mukaku begitu pucat dan terdapat parut di lenganku.Aku menuruni tangga dengan perlahan-lahan.Sejurus opah melihatku,beliau segera ke arahku dan memimpinku ke ruang tamu.Sepertinya sesuatu telah berlaku pada diriku semalam.Sesuatu yang amat mengerikan.Aku cuba untuk mengingatinya kembali namun kepalaku begitu sakit apabila cuba untuk memikirkannya.

"Apa yang telah berlaku semalam,Opah?"
"Fiqa tidak ingat?"Opah kelihatan terkejut.Aku hanya menggelengkan kepala.Kepalaku berasa amat pening.Sebelum opah menceritakan padaku kejadian semalam,beliau ke dapur dan melembapkan kain lalu meletakkan di atas kepalaku.Kain yang lembap melegakan sedikit kepalaku.
 "Iblis telah merasuk ke dalam tubuh badan Syazwani.Nampaknya ia lagi sedikit sahaja lagi untuk mendapatkan kuasa enam dan membunuh korang semua"
 "Lepas itu?Apa yang terjadi?"Aku sepertinya telah mengingati semula kejadian semalam.
"Selepas mak cik Azila bawa korang semua keluar,kami mengikat Syazwani di sebatang tiang dan cuba untuk mengeluarkan iblis daripada badannya."
   "Berjaya atau tidak?"Aku memandang tepat kearah opah.
Opah hanya mengangguk.Opah kemudian mengeluarkan sesuatu daripada poket kainnya.Ianya adalah rantai sakti ku.Aku mengambil rantai daripada opah dan memakainya.
 "Nampaknya kita sudah mempunyai dua musuh yang amat mengerikan dan kuat.kegelapan dan juga pemburu sihir.Nampaknya korang memang berada di dalam bahaya.Ibu bapa kawan Fiqa akan datang pada malam ini untuk berbincang."
 Aku hanya mengganguk sambil berbaring di atas sofa.Aku menghabiskan masaku pada hari ini hanya dengan berbaring di atas sofa.Kepalaku kelihatan lega sedikit menjelang petang.Aku menolong opah menyediakan juadah untuk disajikan kepada tetamu yang bakal hadir.Aku melihat jam dan ianya sudah jam 2000.
 "Fiqa mandi dulu ye Opah."Opah mengangguk sambil senyum kepadaku.Aku menaiki tangga ke bilik.
  Aku tidak mahu opah risau akan diriku kerana opah juga kelihatan tidak sihat.Tambahan pula usia beliau sudah meningkat.
 Aku bersiap untuk malam ini.Kedengaran suara suara dari luar bilikku.Nampaknya mereka sudah sampai.Aku membuka pintu bilik dan turun ke bawah.Kelihatan Amylea,Adam,Auni dan Farid bersama ibu bapa masing-masing sedang berborak di ruang tamu.Kelihatan juga bapa Syazwani namun tidak lihat kelibat Syazwani di situ.Aku ke ruang tamu dan duduk bersebelehan dengan opah.Wajah Amylea,Adam,Farid dan Auni kelihatan tidaklah sepucatku.
 "Bagaimana Syazwani?"Opah bertanya kepada En Ashmal,bapa kepada Syazwani.
"Nampaknya Syazwani sepertinya tidak mengingati apa apa.Katanya sewaktu di festival,dia diculik oleh seorang yang bertopeng hitam.Selepas itu,dia tidak mengingati apa yang telah berlaku.Ibunya ada di rumah sedang menjaganya."
 Aku dan kawanku saling berpandangan dengan raut wajah yang keliru.Mungkinkah orang yang bersama dengan kami pada malam itu bukannya Syazwani?Namun,tidak kelihatan sepertinya dia telah dirasuk.
   "Mereka juga turut diserang oleh pemburu sihir"Opah menambahkan cerita lalu menunjukkan bekas torehan Anne.
 "Nampaknya kita tiada cara lain selain melaporkan perkara ini ke pihak atasan."
"Engkau tahu kan apa yang pihak atasan akan lakukan kepada budak budak ini?"En Hasshim menentang cadangan ayah Auni.Ayah Auni kemudian diam membisu.Apa yang bakal terjadi kepada kami?
   "Nampaknya kita harus bersatu tenaga untuk menentang ilmu hitam ini."Bapa Amylea mula menyuarakan pendapat.
 "Tapi penduduk di sini sudah lama meninggalkan ilmu sihir."Ibu Auni mengingatkan mereka akan perkara yang telah berlaku 16 tahun yang lepas.
 "Kita harus mencubanya.Kamu juga harus mencari semula buku bayangan kamu semua yang telah lama hilang."Opah dengan tenangnya bersuara.Akhirnya mereka bersetuju dan mengeluarkan kata sepakat.Sebelum beredar,mereka menjamah makanan yang telah disediakan Opah.
   Aku menolong opah mengemas dan mencuci pinggan mangkuk selepas itu.
 "Apa yang pihak atasan akan lakukan kepada kami opah?"Soalan itu bermain di minda ku sejak tadi dan akhirnya aku mempunyai kekuatan untuk menanyakannya.
"Pihak atasan sudah berjanji bagi pihak semua ahli sihir supaya akan meninggalkan ilmu sihir.Namun,sesiapa yang masih melakukannya,mereka diberi pilihan samada untuk mati ataupun dihilangkan kuasa."
 "Apa yang teruknya jikalau kehilangan kuasa opah?"
"Kedua dua pilihan tersebut tiada yang membawa kebahagiaan,Fiqa"Suara opah kedengaran sayu.Setelah selesai mengemas,aku terus ke bilikku dan mengambil buku bayangan.Sedang asyik aku membacanya,telefon bimbitku berbunyi.Sepertinya Amylea menghantar pesanan ringkas kepadaku.
Amylea:adakah kau rasa kita telah menyusahkan orang ramai?
Aku:opah berkata kita tidak boleh lari dari takdir.Mungkin ianya sudah tertulis.
Amylea:esok kita adakan perjumpa di rumah usang.
Aku:k
 Kelihatan hari sudah lewat malam.Cuti juga sudah hampir sampai ke penghujungnya.Dua minggu bercuti bagaikan hanya beberapa hari sahaja.Latihan juga baru separuh yang siap.Nampaknya aku memang tidak boleh menumpukan perhatianku terhadap Spm.Tidak setelah apa yang telah berlaku_dan bakal berlaku.Aku mengeluarkan latihan cuti sekolah dan membuatnya sehingga aku tertidur.
………………………………………………………………………………..

 Aku bangun awal pagi dan menyediakan sarapan.Opah keluar daripada bilik tidak lama kemudian dan terkejut melihatku di dapur.Aku segera  menuju ke opah dan memimpinnya ke meja makan.Aku menarik kerusi keluar untuk opah dan opah duduk dengan raut wajah yang keliru.
 "Iblis sudah masuk dalam badan Fiqa pula ke?"Soal opah.Aku hanya ketawa keriangan.
"Opah sudah lupa ke?Hari ini kan merupakan hari jadi opah"Opah kelihatan agak terkejut.Aku hanya senyum.Aku menyediakan pancake disaluti dengan madu.Opah kelihatan amat menyukainya.Selepas sarapan,aku naik ke tingkat atas dan bersiap untuk ke rumah usang.Aku meletakkan buku bayangan di dalam beg dan kemudiannya beredar keluar rumah.Sudah lama juga aku tidak membawa kereta.Aku membawa kereta dan memberhentikannya di tepi pantai.

 Angin pagi yang dingin menyapa lembut di mukaku.Aku menguncikan keretaku dan berjalan ke rumah usang.Kelihatan semua orang sudah berada di sana.Begitu juga dengan Syazwani yang kelihatannya sudah beransur pulih.
  "Baguslah Fiqa sudah sampai"Amylea menarik nafas lega melihatku di hadapan pintu rumah.Aku hanya senyum dan berjalan ke arah mereka.Aku mengeluarkan buku bayangan dari dalam beg dan meletakkan di atas meja.
 "Bagusla Fiqa juga sudah menjumpai buku bayangannya"Adam juga turut menunjukkan buku bayangan miliknya dan meletakkan di atas meja.Begitu juga dengan Syazwani dan Auni.Farid sepertinya masih belum menjumpai buku bayangan keluarganya.Menurut Farid,keluarganya sedang berusaha untuk mencari semula buku bayangan tersebut.
   "Kita sudah tahu ibubapa kita telah bersetuju untuk turut serta dalam menentang kegelapan.Begitu juga dengan melawan pemburu sihir.Namun,apa kata jikalau kita meringankan sedikit beban mereka dengan melawan pemburu sihir dengan kuasa yang kita ada"Amylea memberi pendapat yang kelihatannya tidak disetujui oleh yang lain.
 "Kau nampak kan apa yang telah dilakukan oleh mereka kepada Syazwani?"Farid mengingatkan Amylea
"Aku tahu.Tapi semalam aku menjumpai peta di dalam buku bayangan aku.Terdapat satu muka surat yang melakarkan sebuah peta dimanakah lokasi pemburu sihir."Amylea mengambil buku bayangannya daripada almari dan menunjukkan kepada kami.

  "Semalam?maksudnya kau datang ke sini semalam?"Adam bertanya terkejut.
"Aku mempunyai salinannya di rumah."Penjelasan Amylea membuatkankan Adam menarik nafas lega.Kami semua berkumpul untuk melihat peta yang terdapat di dalam buku tersebut.Ianya tidaklah jauh dari rumah usang.Sebelum kami sempat memikirkan langkah seterusnya,kedengaran sepertinya bunyi bara api di luar rumah.Kami keluar untuk melihat apa yang telah berlaku.
 Hutan telah terbakar dan ianya telah mengelilingi rumah usang.Kami semua kelihatan panik.
"Apa yang patut kita buat ni,Farid?"Auni memandang ke arah Farid dengan cemas.Farid pula memandang ke arah Adam.Adam juga kelihatan kaku.Api begitu marak untuk kami meloloskan diri keluar daripada hutan.Sepertinya seseorang dengan sengajanya telah membakar hutan ini.
 "Cepat,aku rasa kita boleh memadamkannya"Amylea segera bertindak
udara disekat
api dihalang
 Kami turut serta membaca sihir bersama Amylea.Api makin marak membara.
"Kita harus menukar sihir"Amylea menjerit panik.Api sudah mula menjilat ke tangga rumah.Tiba-tiba,rantai kami berenam bercahaya dengan sendirinya.Dengan sekelip mata,kami sudah berada di kaki bukit.Kami memandang ke arah bukit dan kelihatan hutan sudah dijilati api bersama dengan rumah usang.Segala benda yang berada di situ terbakar bersamanya.Nasib baiklah kami masih menyimpan buku bayangan bersama kami.
 Bomba datang tidak lama kemudian.Kelihatan Ahmad Faris juga berada di tepi pantai sambil melihat keadaan.Dia kemudiannya berlari ke arah kami.
 "Korang tidak apa apa ke?"Raut wajah Faris kelihatan risau.Aku hanya mengangguk.Adam pergi tanpa menghiraukan Ahmad Faris.
 "Nasib baik tidak jadi apa apa.Apa yang korang buat dekat atas sana?"Faris memeluk kami semua.
"Kami hiking"Farid menjawab soalan Faris dengan tenang.
   "Kau datang dari mana?"Amylea bertanya kepada Faris.
"Baru lepas ke jeti.Teman mak cik Saraswathy ke pasar nelayan."Suara Faris kelihatan tercungap cungap.Mungkin kerana penat berlari ke arah kami.Selepas disoal siasat oleh pihak bomba,kami dibenarkan pulang.Menurut laporan bomba,pembakaran sengaja dilakukan.
 Aku pulang ke rumah dan kelihatan opah sudah berada di hadapan pintu rumah.Opah segera menerpa ke arahku sejurus aku keluar dari kereta lalu memelukku.
 "Opah tahu rumah yang menjadi tempat kamu semua melepak telah terbakar"
Kami masuk ke dalam rumah.
 "Bomba kata kebakaran itu berpunca daripada tumpahan minyak petrol.Sepertinya disengajakan"
"Mungkinkah pemburu sihir?"Opah membuat andaian.Aku hanya menggelengkan kepalaku.Aku naik ke tingkat atas dan mandi.Seluruh tubuhku berbau asap dan bau petrol.
  Petrol?!Bauan petrol membuatkanku tersentak.Pihak bomba mengatakan bahawa kebakaran berpunca daripada tumpahan minyak petrol dan orang yang mendekatiku dengan rapat hanyalah opah dan Faris sewaktu mereka memelukku.Ianya menimbulkan syak wasangka.
 Pada waktu malamnya aku hanya berbual panjang dengan opah.Sudah lama kami tidak berbual dan banyak yang perlu diperbualkan.
  "Opah buat apa petang tadi?"
"Opah hanya mengemas rumah.Kenapa?"Opah memandangku dengan keliru.Aku hanya senyum.Tidak mungkin ianya Opah yang berbau petrol.Sebelum aku sempat membuat andaian ku yang seterusnya,telefon bimbitku berbunyi.Ianya peti simpanan ringkas daripada Farid .
 Amylea mengajak kita ke rumah usang.Katanya ingin menyembuhkan semula hutan.Berkumpul di tepi pantai,ASAP!
 "mesej daripada siapa?"
"Daripada Farid opah.Katanya ingin berjumpa di tepi pantai.Amylea ingin menyembuhkan hutan"Opah hanya mengangguk.Aku menaiki ke tingkat atas dan mengambil jaket lalu beredar keluar rumah.Malam ini bulan purnama terang menyinari bumi.

   Aku meletakkan keretaku di tepi pantai.Kelihatan mereka sudah berada di sana sedang menungguku.
"Selalunya mesti Fiqa yang datang paling lewat."Farid ketawa memerliku.Aku hanya senyum tersipu sipu malu.Dengan berbekalkan lampu suluh,kami berjalan masuk ke dalam hutan.Kedengaran bunyi cengkerik dan bunyi katak di sekitar kawasan hutan amat menakutkan.
 Kami berhenti di hadapan rumah usang.Rumah usang sepertinya sudah menjadi abu.Semuanya musnah dijilat api.Aku memandang rumah tersebut dengan penuh kesayuan.Rumah inilah merupakan tempat pertama aku menggunakan ilmu sihir sewaktu aku menolak Farid terbang ke hujung dinding.Banyak kenangan di sini yang aku tidak akan aku lupakan.
 Amylea mengeluarkan buku bayangan keluarganya dan lilin putih sebanyak enam batang dan menyusunnya secara bulatan dan dia berdiri di dalamnya.Adam membantu Amylea dengan menyalakan lilin lilin tersebut.Dia membaca mantera dengan penuh kesayuan.
 tumbuhan yang mati
 dilanda malapetaka
 hiduplah kau semula ke bumi yang nyata
 Aku menyeru tuhan semesta alam
 Kembalikanlah keindahan alam
Kami hanya memerhati tindak tanduk Amylea.
  Dengan tiba-tiba,hujan turun dengan renyainya dan tumbuhan yang terbakar kembali menjadi hijau segar.Kami memerhati dengan penuh keterujaan.Rantai kami berenam juga turut bercahaya.Auni kemudiannya melangkah ke hadapan.Setapak demi setapak sehingga dia berada jauh dihadapan Amylea.Kami tidak menghiraukan Auni kerana terpukau dengan keadaan sekeliling.Begitu indah sekali alam semulajadi.Cahaya rantai kami mula malap dan hilang tidak lama kemudian.Hujan juga turut berhenti.Namun,masih kelihatan cahaya di rantai Auni.Kami semua berlari ke arahnya.Dia sepertinya bukan kelihatan seperti dirinya sendiri.Matanya bertukar putih dan hanya berdiri di hadapan sebuah pokok besar sambil meletakkan tangannya ke batang pokok tersebut.
 Syazwani menjerit namanya beberapa kali namun Auni sepertinya tidak menghiraukan panggilan rakannya itu.Beberapa minit kemudian,cahaya di rantai Auni mula malap dan hilang.Matanya juga kembali seperti sedia kala.Mukanya kelihatan pucat.Farid menyambut Auni apabila dia kelihatan sepertinya hendak jatuh pengsan.
 "Faris adalah pemburu sihir..."Kata kata tersebut keluar daripada mulut Auni.
"Apa yang kau merepek ni?"Amylea sepertinya agak berang.Begitu juga dengan Syazwani.
  "Aku melihat dengan mataku sendiri Faris yang telah membakar hutan ini pada siang tadi.Bagaimana aku dapat melihat aku tidak pasti tapi aku melihatnya dengan mataku sendiri.Dia juga mempunyai tanda pemburu sihir di lengannya sama seperti Anne".Auni menerangkan keadaan sebenar.Jika difikirkan balik,memang masuk dek akal.Faris selama ini tidak pernah memakai baju lengan pendek dan bau petrol menambahkan lagi syak wasangkaku padanya.Kemudian,baru aku sedar akan suara yang selalu datang padaku menyebut berhati hati akan lelaki bermata biru.Mungkin lelaki bermata biru yang dimaksudkannya itu adalah Ahmad Faris?!














09.Serangan


  Sungguh tidak kusangka bahawasanya Ahmad Faris merupakan seorang pemburu sihir.Adakah layannya terhadapku selama ini mempunyai maksud yang tersirat?Namun,kami semua telah bertekad untuk menjatuhkan pemburu sihir dengan kuasa yang ada pada kami berenam pada malam ini juga.
     Aku bangun pagi dan segera melihat Opah untuk memberitahunya akan kejadian semalam.
"Opah tahu tidak Ahmad Faris adalah salah seorang pemburu sihir?"
Opah kelihatan terkejut.Tangannya yang memegang cawan hampir terjatuh."Apa yang Fiqa merepek ni?"
  "Betul Opah,semalam Auni nampak sendiri dengan matanya.Sepertinya hutan telah berkomunikasi dengannya"
Opah mendengar ceritaku dengan kusyuk.
  "Nampaknya Fiqa dan kawan kawan sedang berada di dalam bahaya terutamanya Amylea kerana Faris adalah jirannya."Opah kelihatan risau.
"Amylea juga ada jumpa peta di dalam buku bayangan keluarganya.Peta di mana pemburu ahli sihir berkumpul"
  "Fiqa,pemburu ahli sihir tidak boleh dibawa main."raut wajah opah bertukar serius.
"Jangan risau opah,Fiqa tidak akan melakukan perkara yang berbahaya.Fiqa hanya ingin memberitahu opah tentangnya sahaja."Aku terpaksa tipu pada opah.Aku tahu opah pasti akan menghalangku dan rakan rakanku yang lain jikalau beliau tahu apa yang telah kami rancangkan.
 "Opah,Fiqa akan tidur rumah Amylea pada malam ini."
"Mana ibu bapanya?"
   "Kata Amylea ibu bapanya terpaksa ke Kedah.Ada urusan keluarga"
Opah hanya mengangguk.Sebenarnya,aku tidak akan bermalam di rumah Amylea.Kami akan menyerang kubu pemburu hantu pada malam ini.Kami akan berkumpul di rumah Amylea.Auni dan Syazwani akan menjemputku pada malam ini.
 Menjelang malam,aku bersiap untuk dijemput oleh Auni dan Syazwani.Telefonku berbunyi tidak lama kemudian.Ianya merupakan Sms daripada Syazwani.Nampaknya mereka sudah berada di hadapan rumahku.Aku menjenguk ke tingkap bilikku dan kelihatan kereta wira milik bapa Auni berada di hadapan rumahku.Aku mengambil beg dan menuruni tangga.
 "Sudah nak pergi ke?"
Aku hanya angguk.Aku mencium pipi opah dan meninggalkan rumah.
…………………………………………………………………………………………….

  "Bawa buku bayangan?"Auni kelihatan serius.Aku hanya mengangguk.Perasaanya seperti ingin pergi ke medan perang.Rasa gementar dan takut datang dengan serentaknya di dalam hati.
  Di dalam perjalanan,aku menerima mesej daripada Adam.
Datang cepat!Rumah Amylea kena rompak! Amylea juga telah hilang
 Aku tergamam selepas membaca mesej daripada Adam.Syazwani melihatku dengan pandangan yang pelik.Syazwani mengambil telefon bimbitku setelah beberapa kali aku tidak menyahut panggilannya.Raut wajah Syazwani bertukar pucat selepas membacanya.
 "Auni,cepat.Amylea kena rompak!"Kedengaran suara Syazwani menjerit dengan lantangnya kepada Auni.Auni yang terkejut  membawa dengan lajunya ke rumah Amylea.Auni juga hampir hampir melanggari kenderaan yang lain.

   Kelihatan kereta Adam serta motor Farid berada di hadapan rumah Amylea.Auni meletakkan keretanya di belakang kereta Adam dan kami berlari memasuki ke dalam rumah Amylea.
 Keadaan rumah Amylea amat berselerak.Sepertinya seseorang telah memecah masuk ke dalam.
"Apa yang telah berlaku?"Syazwani bertanya kepada Farid.
"Kami juga tidak tahu.Setibanya kami berdua di rumah Amylea,pintu rumahnya sudah pun terbuka.Kami masuk ke dalam dan terkejut melihat keadaan rumahnya yang berselerak.Aku terus menghantar mesej kepada Fiqa sejurus selepas itu"
 Kami menggeledah keadaan sekeliling untuk mencari petunjuk dimananya Amylea telah pergi.
"Mungkinkah Faris ada terbabit dalam hal ini?"Auni membuat andaian.
   "Adam sudah ke rumahnya tadi.Kelihatan tiada orang"
"Guys!come and see this!"Syazwani menjerit daripada tingkat atas.Kami semua berlari ke arahnya.Terdapat tulisan di dinding yang telah ditulis dengan darah.
Amylea akan mati menjelang tengah malam
 "Macam mana ni?"Auni kelihatan panik.Begitu juga dengan yang lain.
"Faris sudah pastinya bawa Amylea ke kubu pemburu sihir"Adam menyuarakan pendapatnya.
   "Tapi kita tidak tahu arah hendak ke sana"
"Tunggu sekejap.Amylea ada kata semalam bahawasanya dia mempunyai salinan buku bayangan.Jikalau kita dapat mencarinya,sudah pasti kita akan dapat tahu dimana lokasi pemburu sihir"Aku teringat akan kata kata Amylea semalam.
 "Nampaknya kita tidak perlu."Syazwani dengan sayunya berkata.Dia kemudian menutup matanya.
Buku bayangan
generasi ke genarasi
muncullah pada kami
di saat ini
 Rantai Syazwani kelihatan bercahaya.Kemudian terdapat suatu cahaya datang daripada bilik Amylea.Kami berlari untuk melihat apakah cahaya tersebut.Ianya buku bayangan.
 "Aku menjumpai sihir ini di dalam buku bayanganku"Syazwani kelihatan agak megah.
Adam membuka buku tersebut dan menyelak helaian demi helaian sehinggalah terjumpa peta lokasi pemburu sihir.
 "Inilah dia!"Adam menjerit dengan lantang.Lokasinya tidak jauh daripada rumah usang.
 Kami semua bergegas ke hutan dimana kubu sihir berada.Tulisan tersebut berkata Amylea akan mati tepat pada jam 0000 dan sekarang ianya sudah 2230.Nampaknya kami sudah tidak mempunyai banyak masa lagi.
 Kami tiba pada jam 2245.Kami meletakkan kenderaan masing masing di kaki bukit.Nampaknya pemburu sihir sudah bertindak lebih awal daripada kami.Kami berjalan menaiki bukit tanpa membekalkan lampu bagi tidak menarik perhatian mereka.Kelihatan cahaya api dan kepulan asap tidak jauh di hujung hutan.Kami berlari dengan senyap dan pantasnya ke arah api tersebut.Kami menyorok di sebalik sebatang kayu besar yang sudah tertumbang..
 Kelihatan Amylea telah terikat pada sebatang kayu yang dibawahnya dipenuhi dengan kayu dan daun kering.Kelihatan juga beberapa pemburu sihir berkumpul di sana.Sepertinya mereka bercadang ingin membakar Amylea hidup hidup.
  Amylea sepertinya tidak menyedarkan diri.Aku melihat keadaan Amylea dengan penuh kemarahan dan ketakutan.
 "Apa yang kita harus lakukan sekarang?"Kedengaran suara Syazwani berbisik pada Adam."Takkan kita nak biarkan Amylea dibakar hidup hidup?"Adam sepertinya sudah mati akal.Begitu juga dengan Farid dan Auni.Sepertinya tiada apa yang kami boleh lakukan.
 Tanpa disedari,kedengaran bunyi di atas pokok.Aku melihat ke atas dan kelihatan suatu jembalang berada di atas batang pokok sedang melihat kami dari atas.Jembalang tersebut kemudiannya terjun kebawah dan membuatkan kami semua berdiri dan bersedia untuk mempertahankan diri.Pemburu sihir juga turut sedar akan kehadiran kami.Kami hanya berdiri dengan kakunya di situ.Tanpa disedari,kepalaku bagaikan diketuk oleh satu objek yang amat keras.Aku terjatuh lantas pengsan.
 Tiada apa yang aku dapat lihat kecuali kegelapan.Tiada apa yang dapat aku dengarkan kecuali suara hatiku sendiri.Adakah ini merupakan pengakhiran riwayat hidupku?Aku hanya duduk meraung kesedihan.
 Lawan nak!
Kedengaran suara sepertinya sedang bercakap denganku.Kelihatan ayah muncul dan berdiri di hadapanku.
 "Ayah?"
"Fiqa,lawanlah pemburu sihir dengan kuasa fiqa."Suara ayah kelihatan tenang.
   "Tapi fiqa tidak kuat ayah"Aku menangis teresak esak.
"Fiqa lebih kuat daripada apa yang fiqa sangkakan"Ayah kemudiannya hilang dari pandangan mata.Aku tersedar kemudiannya.Kelihatan tangan dan kakiku telahpun diikat pada sebatang kayu.Begitu juga dengan yang lain.Kami disusun sebaris.Aku cuba untuk meloloskan diri namun gagal.Walaupun dengan menggunakan sihir.
 "Nampaknya riwayat ahli sihir muda tamat di sini" Kedengaran suara dari arah dalam hutan yang gelap.Ia kemudian berjalan ke arah kami.
 "En Ariffin?"Auni menjerit ketidakpercayaan.En Ariffin merupakan bapa kepada Ahmad Faris.Nampaknya darah pemburu sihir Faris turun daripada generasinya."Selepas ini,apa yang tinggal hanyalah ahli sihir yang sudah melupakan ilmu sihir sahaja.Sudah pastinya ia akan menjadi kerja mudah"En Ariffin ketawa dengan bangganya.Begitu juga dengan pemburu sihir yang lain yang berkumpul mengelilingi kami.
 "Betul itu ayah."Faris kemudian muncul bersama buku bayanganku dan juga yang lain.
"Apa yang kau mahu buat dengan buku bayangan kami?"Adam menjerit kemarahan.
  "Nampaknya korang tak perlukan lagi buku ini jikalau korang semua sudah mati!"Faris ketawa dengan bangga dan kejamnya.Dia kemudian ke unggul api dan membaling semua buku kami ke dalamnya.Kami semua menjerit dengan lantangnya….
 Buku bayangan telahpun berada di dalam unggul api dan dijilati api.
Aku melihat buku bayangan berubah menjadi abu.Badanku dengan tetiba berasa seperti suatu kuasa telah merasuk ke dalam tubuh badanku.
 "Selepas ini,giliran ahli sihir muda pula"En Ariffin memberi obor kepada anaknya,Faris.Pemburu sihir yang lain hanya berteriak dengan gembira.Kelihatan yang lain sedang sibuk cuba untuk meloloskan diri.Mangsa pertama yang dilihat Faris ialah Adam.Dia mendekatkan dirinya pada batang kayu yang Adam telah diikat.
 "Akhirnya aku yang dapat membunuh kau!"Faris memberi senyuman yang sinis dan jijik kepada Adam.Adam sepertinya kelihatan sudah berputus asa.Dia memejamkan matanya dan menunggu untuk dibakar oleh Faris.Kedengaran suara yang lain sedang menjerit ketakutan.
 "TUNGGU!"Mulutku sepertinya bergerak dengan sendiri.Faris yang sedikit lagi untuk membakar Adam berhenti dan melihatku.
 extinguish incendia
Api pada obor dipadamkan.Perasaan marah dan dendam menyelubungiku.Rantai yang dipakaiku bergetar dan bercahaya dengan terang.Sepertinya ada sesuatu yang telah merasuk ke dalam jasadku.Aku dapat merasakan sepertinya terdapat kuasa kegelapan membantuku.
 permoveo absentis
Faris kemudiannya diterbangkan dengan kuat pada sebatang pokok lalu jatuh pengsan.En Ariffin memandang ke arahku dengan perasaan marah.
 "Bunuh yang ini dulu!"
Seorang pemburu sihir mengambil obor yang terjatuh dan menyalakannya.
 inferno
Tubuh badan pemburu sihir tersebut diselebungi api dan mati rentung.Adam,Amylea,Auni,Syazwani dan Farid melihat ke arahku dengan ketakutan.Aku juga dapat merasakan sepertinya aku bukan diriku yang sebenar.Sihir yang aku tidak pernah pelajari dan dengari keluar dengan sendirinya daripada mulutku.
 "Bunuhnya walau apa cara sekalipun!"En Ariffin kelihatan amat berang.
Pemburu sihir yang lain  mengelilingiku.Mereka mengeluarkan pisau pemburu sihir dan sedia untuk menikamku.

 inferno
Pemburu sihir yang lain juga turut dijilati api sehingga hanya En Ariffin dan Faris berdua sahaja yang masih hidup.Kelihatan sepertinya roh ayah muncul dihadapan En Ariffin dan merasuk ke dalam tubuh badan beliau.En Ariffin meraung kesakitan dan beliau jatuh pengsan tidak lama kemudian.
     Ayah keluar daripada tubuh badan En Ariffin setelah lama En Ariffin mendiamkan diri.Ayah kemudiannya berjalan ke arahku.
 "Nampaknya kuasa kegelapan di dalam diri Fiqa sudah terlahir"
"Kuasa kegelapan?"Aku bertanya ayah dengan keliru.Ayah hanya senyum.Senyuman ayah sepertinya mempunyai rahsia tersendiri.
  solvo thy funis_Ayah membisik ke telingaku dan tali yang terikat pada kaki dan tanganku terputus.
"Fiqa harus belajar mengawal kuasa Fiqa mulai sekarang.Jangan sampai ianya memakan diri Fiqa."Ayah kemudiannya hilang dibawa angin.
 Kedengaran suara menjerit memanggilku.Ianya adalah mereka yang lain.Aku segera menolong melepaskan mereka daripada ikatan.
 "Apa yang telah berlaku Fiqa?Kau sepertinya berubah menjadi seperti Syazwani sewaktu dia dirasuk tempoh hari"Farid bertanya padaku.Aku hanya mendiamkan diri.Badanku berasa amat lemah dan aku sepertinya hendak jatuh pengsan.Adam menyambutku dan menyandarkanku pada sebatang pokok.
 Aku melihat Syazwani,Amylea dan Auni sedang menyalakan semula api manakala Farid dan Adam sedang melemparkan mayat yang rentung serta Farid dan jasad En Ariffin ke dalam api yang membara.Aku melihat dari arah jauh kesemua jasad beserta Faris dijilat api.Aku melelapkan mataku kemudiannya.
 Apa yang telah berlaku pada diriku?Apakah yang dimaksudkan oleh ayah bahawasanya kuasa kegelapan di dalam diriku terlahir?Mungkinkah aku mewarisi kuasa kegelapan?Jikalau benar,aku tiada bezanya dengan kuasa kegelapan yang lain...







10.Masa

Aku membuka mataku dan kelihatan Syazwani,Auni dan Amylea berada di sebelahku sedang dibuai mimpi.Aku melihat keadaan sekeliling.Sepertinya aku berada di dalam rumah Amylea.Mungkin mereka telah membawaku ke sini semalam setelah selesai membakar jasad pemburu sihir serta Encik Ariffin dan Ahmad Faris.
 Nampaknya buku bayanganku telahpun musnah.Kini hanya tinggal buku bayangan Farid sahaja yang tinggal dan masih tidak diketemui.Bagaimanakah aku harus memberitahu opah tentangnya?Persoalan tersebut membuatkanku mati akal.
   Aku bangun dari atas katil dan menuruni tangga menuju ke arah dapur.Nampaknya bekas ikatan masih melekat pada tangan dan kakiku.Aku menjenguk ke luar tingkap dapur dan rumah En Ariffin kelihatan sunyi.Aku membuka peti sejuk dan mengambil air sejuk untuk diminum.Aku juga menyediakan sarapan.Mereka bertiga turun tidak lama kemudian dan kami bersarapan bersama.
 "Nampaknya buku bayangan telahpun musnah."Amylea kelihatan sedih.
"Hanya Farid sahaja yang mempunyai buku bayangan sekarang.Harap dia dan keluarganya temui buku tersebut kerana buku bayanganya sahajalah menjadi sumber panduan kita!"Syazwani berkata dengan tegasnya.
 "Kau ok Fiqa?"Auni melihatku dengan wajah yang risau.
"Aku ok,kenapa?"
   "Kau semalam sepertinya telah dirasuk oleh iblis.Sihir apa yang telah engkau gunakan?"
Aku hanya menggelengkan kepala.
   Setelah bersarapan,kami membantu Amylea mengemas rumahnya yang bersepah akibat serangan semalam.Auni menghantarku pulang ke rumah pada jam 1030.Bagaimanakah aku harus memberitahu opah akan kejadian semalam?Aku juga mempunyai soalan kepada Opah.Apakah yang dimaksudkan ayah kuasa kegelapanku sudah terlahir?
 Aku membuka pintu rumah dan kelihatan opah sedang berbual dengan seorang pak cik yang hampir seusia dengannya di ruang tamu.Pak cik tersebut bangun melihatku dan aku berjabat tangan dengannya.
 "Fiqa,ini pak cik Arshad.Kawan opah.Arshad,ini cucu aku,Syafiqa"Aku hanya senyum dan naik ke bilikku untuk mandi.Jarang aku lihat kawan opah datang untuk melawat.
 Setelah bersiap,aku turun ke bawah.Kelibat pak cik tersebut sudah tidak kelihatan.Aku pergi ke dapur dimana opah sedang mencuci cawan yang telah dihidangkan tadi.
 "Siapa datang tadi opah?"Aku mengambil biskut di atas meja yang telah dihidangkan tadi.
"Kawan opah.Beliau juga merupakan salah seorang pihak atasan"Opah dengan tenangnya berkata.Aku hampir tersedak apabila mendengar siapakah identiti pak cik tersebut yang sebenar."Nampaknya pihak atasan sudah mula mengesyaki kita.Fiqa tahu tidak semalam pulau yang muncul lambang ilmu hitam tempoh hari ditenggelami ombak yang besar."
 Aku hanya tergamam.Opah kemudiannya duduk dan menceritakan dengan lebih lanjut padaku.
"Pihak atasan sudah mula menyesyaki terdapat kuasa yang telah menarik kuasa kegelapan untuk datang ke sana.Mereka juga risau jikalau kampung kita mungkin menjadi sasaran kuasa kegelapan yang seterusnya.Oleh itu,mereka menghantar salah seorang wakil untuk berjumpa dengan opah."
 "Abis itu,apa yang telah opah katakan?"Aku menunggu jawapan opah dengan penuh debaran.
"Opah memberitahunya perkara yang sebenar.Namun,opah juga telah memberitahunya bahawa masyarakat kampung telah bersetuju untuk bersatu tenaga mempertahankan kampung kita jikalau diserang."
 "Tapi kita tidak pasti lagi kan,opah?"
"Opah terpaksa berbohong.Jikalau pihak atasan campur tangan,Fiqa dan kawan fiqa mungkin akan berada di dalam bahaya"
 Nampaknya keadaan amat merunsingkan sekarang.Adakah aku patut memberitahu opah?
"Fiqa?Kenapa ni?"Opah memandangku dengan kekeliruan.Aku memandang ke arah opah dengan senyuman.Mungkin sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk memberitahunya."Bagaimana bermalam di rumah Amylea semalam?"Sebelum aku sempat menjawab soalan opah,telefon bimbitku berbunyi.Terdapat pesanan daripada Syazwani.
 Farid tlh mnjmpai bku byngan!Dtg ke rumah Amylea !
Pintu harapanku bagaikan terbuka setelah membaca pesanan tersebut.Nampaknya kami masih mempunyai harapan untuk menewaskan kuasa kegelapan.Aku memandang opah dengan senyuman dan harapan.
 "Farid sudah menjumpai buku bayangan opah!"Opah juga kelihatan gembira dengan berita yang aku sampaikan.Aku mengambil kunci kereta lalu keluar ke rumah Amylea.
 Aku melihat kereta Auni,Adam serta motor Farid sudah berada di hadapan rumah Amylea.Aku meletakkan keretaku di belakang kereta Adam.Aku mematikan enjin kereta lalu turun dan mengetuk pintu rumah Amylea.Adam membuka pintu dan menjemputku masuk.Kami semua berkumpul di ruang tamu.
 "Ayahku berkata beliau menjumpainya semalam di kampung dan terdapat satu muka surat yang menarik perhatianku semalam."Farid membuka muka surat yang dimaksudkannya lalu memberikan kepada Amylea.
 "Demi menewaskan kuasa kegelapan,kuasa buku dan gelang yang terdapat pada kuasa enam harus disatukan.Maka,akan terlahirlah satu kuasa yang akan menewaskan kuasa kegelapan."Muka Amylea kelihatan pucat.Begitu juga dengan aku dan yang lain.Buku bayangan harus disatukan?Tapi ianya telah musnah menjadi abu.
 "Apa yang patut kita lakukan sekarang?"Auni kelihatan panik.
"Aku juga tidak tahu apa yang kita harus lakukan sekarang.Demi mengalahkan kuasa kegelapan,buku bayangan harus disatukan."Farid juga kelihatan panik seperti Auni.Amylea hanya menyelak helaian demi helaian muka surat.Namun,satu helaian membuatkannya tersentak.
 "Nampaknya kita masih ada harapan."Semua mata memandang ke arahnya."Lihat,terdapat satu upacara yang membolehkan kita terbalikkan masa."Amylea meletakkan muka surat tersebut ke atas meja untuk kami melihatnya.Tertulis di situ kesan upacara tidak boleh diagak.Tersilap langkah dan ia bakal mengubah masa hadapan.
 "Risikonya terlalu tinggi"Adam menyuarakan pendapatnya tanda tidak bersetuju.
"Ini sahajalah caranya kita untuk kita mendapatkan semula buku bayangan"
  "Upacara ini hanya boleh dilakukan pada malam gerhana dan kita masih tidak tahu bilakah gerhana bulan yang seterusnya."Farid menerangkan kepada Amylea.Amylea mendiamkan diri.
Kelihatan Amylea sudah mati akal.
  Aku melihat rantaiku lantas teringat akan kata kata opah.Rantai kami jika disatukan boleh membentuk satu kuasa yang amat luar biasa.
 "Mungkin kita boleh membuatkan bulan gerhana pada malam ini"
"Apa yang kau merepek ini?"Syazwani kelihatan keliru.Begitu juga dengan yang lain.
 "Opah pernah memberitahu kita bukan?Kuasa kita jika disatukan boleh melahirkan satu kuasa yang amat kuat.Mungkin cukup kuat untuk kita mencipta gerhana."Mereka melihat pada rantai memasing seketika dan bersetuju untuk mencubanya.
 "Kita akan melakukan upacara pada tengah malam ini.Kami akan menyediakan bahan untuk upacara pada malam ini manakala engkau akan cuba mendapatkan sihir gerhana daripada opah."
 Aku hanya mengangguk.Kami semua beredar ke destinasi yang telah ditetapkan.Nampaknya masa yang ditungguku sudah tiba.Aku masuk ke dalam rumah dan kelihatan opah sedang sibuk memasak untuk makan malam.Aku ke arahnya dan menolongnya memotong bawang.
 "Opah tahu tidak bagaimana ingin menjelmakan gerhana?"Tangan opah yang sedang mengacau gulai berhenti seketika.
 "Mengapa Fiqa bertanya soalan sebegitu?"Opah memandangku dengan raut wajah yang keliru.Nampaknya inilah waktunya.
 "Buku bayangan telah terbakar sewaktu kami menyerang kubu pemburu sihir."Opah kelihatan terkejut mendengar ceritaku dan jantungnya bagaikan terkeluar.Beliau mematikan api gulai dan duduk untuk mendengar sambungan ceritaku.
 "Buku bayangan kami musnah sewaktu diserang oleh pemburu sihir.
 "Sewaktu mereka hendak membunuh Adam,sepertinya terdapat satu kuasa telah merasuk ke dalam tubuh badan Fiqa.Suatu kuasa yang amat kuat.Fiqa juga telah melafazkan sihir yang tidak pernah fiqa dengari dan pelajari.
 "Kemudian,Fiqa melihat ayah.Ayah berkata kepada Fiqa bahawasanya kuasa kegelapan di dalam diri Fiqa sudah terlahir.Apa yang dimaksudkan ayah,opah?"
 Opah kelihatan terkejut mendengar ceritaku."Nampaknya Fiqa telah mewarisi kuasa ayah."
"Kuasa ayah?"
  "Fiqa,terdapat sesuatu yang Fiqa patut tahu mengenai ayah Fiqa.Sebenarnya,ayah Fiqa merupakan seorang pengamal ilmu hitam dan sepertinya kuasanya telah diturunkan kepada Fiqa."Aku tergamam selepas mendengar cerita opah.Ayahku merupakan seorang pengamal ilmu hitam?
 "Kita ketepikan dahulu cerita itu,mengapa Fiqa hendak mengetahui sihir bulan gerhana?"
Soalan opah membuatkanku tersedar semula akan tujuanku "Di dalam buku Farid terdapat satu cara bagaimana hendak mengembalikan masa."
 "Upacara Gerhana masa"Kedengaran opah membisik seorang diri.Tanpa menghiraukan opah,aku sambung dengan ceritaku.
 "Demi untuk melaksanakan upacara tersebut,kami harus melakukannya dibawah gerhana bulan."
Opah kemudian berjalan ke biliknya dan mengeluarkan sebuah buku.Beliau kemudiannya membuka buku tersebut dan menyelak helaian demi helaian.
  "Inilah dia.Apa yang Fiqa perlu lakukan ialah meletakkan sebesen air dan meletakkan lilin sebanyak mungkin mengelilinginya.Pastikan bulan menyinari air tersebut.Kemudian,Fiqa harus membaca mantra ini berulang kali sehingga gerhana terbentuk.
 Bulan yang indah bersinar
Gerhanalah engkau di malam segar
Tuhan semesta alam
Izinkanlahku melanggar hukum alam
 "Sihir ini amat kuat!Fiqa seorang mungkin tidak mampu untuk melakukannya kerana kita telah melanggar hukum alam dan kuasa tuhan."Opah menerangkan padaku akibat sihir ini.
 "Jikalau tidak keberatan,opah rasa elok opah ikut bersama fiqa ke tempat yang Fiqa ingin melakukan upacara tersebut."Aku hanya bersetuju dengan permintaan opah.Bagus juga jikalau opah turut serta dalam upacara ini.
 Selepas makan malam,Aku dan opah bertolak ke tepi pantai dimana lokasi upacara bakal berlangsung.Jam sudah menunjukkan 2345 dan segala persiapan sudahpun dibuat.Hanya yang tinggal adalah untuk menjelmakan gerhana bulan.Opah menyalakan lilin mengelilingi besen yang disinari cahaya bulan.
 "Sekarang,peganglah tangan masing masing dan membuat satu bulatan mengelilingi besen dan lilin ini"Kami mengikuti setiap arahan opah.Kami mengulangi mantera yang opah telah berikan padaku siang hari tadi.
 Angin dengan tetiba mula bertiup kencang namun api lilin tidak terpadam.Kelihatan air di dalam besen berkocak dengan kuat.Kami mendongakkan kepala ke atas dan kelihatan bulan mula gerhana.

"Kita tidak mempunyai banyak masa.Korang harus pulang sebelum gerhana hilang"Opah meminta kami duduk bersila mengelilingi bulatan yang di dalamnya mempunyai pelbagai bahan bahan sihir.Kami memejamkan mata dan mengulangi sihir yang dibacakan opah.
 Keadaan menjadi gelap.Tiada apa yang dapat dilihat.Hanya kedengaran suara opah bergema dari arah yang jauh.Kemudian muncul suatu cahaya dan aku dapat melihat Adam,Farid,Amylea,Auni dan Syazwani bersamaku sejurus selepas cahaya tersebut hilang.Kami sepertinya berada di dalam sebuah hutan.
 "Adakah ia berjaya?"Adam kelihatan keliru.
Kemudian,kedengaran suara Syazwani menjerit dari hujung hutan.Kami berlari mengejari suara tersebut.Nampaknya upacara kami berjaya.Kelihatan kami semua terikat pada sebatang kayu sambil dikelilingi oleh pemburu sihir.
Kami bersembunyi di sebalik pokok.Kemudian,kedengaran suara tidak jauh dari dalam hutan.
 jasad dibayangi malam
Sihir yang terkandung di dalam buku bayangan Farid membuatkan kami menjadi halimunan.Kami menanti dengan cemas siapakah geranan jembalang yang berjalan menghampiri kami.
  Rupanya ia adalah Ahmad Faris yang berjalan sambil memegang buku bayangan kami.Dia sepertinya berjalan menuju ke pemburu sihir yang lain.Tanpa berfikir panjang,Farid mengambil sebuah batu besar dan menghentak kepala Ahmad Faris.
 "Farid?!"Ahmad Faris jatuh pengsan bersama buku bayangan.Amylea dan Auni segera mengambil buku bayangan.
 "Good job,Farid!Sekarang apa yang patut kita lakukan?"Syazwani sepertinya menyindir Farid."Takkan kita hendak biarkan b*** ni pengsan di sini.Kita mungkin akan mengubah keadaan pada hari esok."
 Adam sepertinya mempunyai idea yang bernas."Tidak jikalau kita menyerahkannya buku bayangan yang palsu.Kau fikir bagaimana aku dapat meniru dengan sebijik buku bayanganku?!.Cepat!ambil buku masing masing dan ulangi sihir yang aku bakal sebut"
 Kami mengambil buku sihir masing masing dan meletakkan di atas sebelah tangan yang berdepa.
Barang yang berharga
Jadikanlah dirimu salinan yang berharga

    Kemudian,muncul sebuah lagi buku bayangan di sebelah kiri tangan.Rupanya mirip seperti buku bayangan yang sebenar.Isinya juga turut sama seperti yang sebenar.Tanpa berfikir panjang,kami meletakkan buku bayangan palsu di atas tanah dan Syazwani melakukan sihir ke atas Faris.Kami bersembunyi semula kemudiannya.
 Ahmad Faris kembali sedar tidak lama kemudian.Nampaknya dia sepertinya tidak mengingati apa apa.Dia mengambil buku bayangan palsu yang berada di atas tanah dan berjalan ke arah pemburu sihir.
   Kami melihat semula keadaan kami semalam.Kami melihat buku bayangan palsu yang disangkanya asli dibakar sehingga menjadi abu.Aku juga melihat diriku berubah menjadi seperti Syazwani sewaktu dia telah dirasuk tempoh hari.Angin bertiup kencang dan aku melihat pemburu sihir dijilati api yang dilakukan olehku.Aku juga melihat kelibat ayah.Kami melihat dari mula sehingga kami yang semalamnya pulang ke rumah.Setelah keadaan menyepi,kami berjalan ke arah unggul api.
 "Nampaknya tugas kita telah selesai"Amylea menarik nafas lega.Kami menyala semula unggul api dan mengelilinginya.Kami membaca mantera yang diajari opah untuk kembali ke masa asal.
 Sekali lagi,keadaan menjadi gelap dan cahaya putih datang menyinariku dengan amat terang.
Kami kembali semula ke pantai sejurus cahaya putih tersebut hilang.Kelihatan lilin terpadam dan tiada apa yang dapat dilihat.
 udara yang diberi
 api yang dikasi
Aku membaca sihir tersebut dan sebatang lilin mula menyala.Besen dan lilin yang digunakan kami untuk melakukan sihir bulan gerhana habis berselerak.Adam mengambil sebatang kayu di tepi pantai dan menyalakannya menggunakan sihir.Dimanakah opah telah pergi?Kelibat Opah tidak kelihatan.Panggilannya juga tidak dimenyut.Kami berpecah untuk mencari opah.

Guys!!!

    Kedengaran suara Syazwani dan Auni menjerit dari hujung pantai.Kami semua berlari ke arah mereka berdua.Kelihatan Opah telah jatuh pengsan.Terdapat juga kesan luka pada tubuh badannya.Kelihatan sepertinya opah telah diterbangkan oleh sesuatu ke hujung pantai.Aku hanya memeluk Amylea sambil menahan sebak.Apa yang telah berlaku kepada Opah pada waktu kami kembalikan masa?Adakah opah telah mati?Andaian tersebut membuatkanku tidak berhenti mengalirkan air mata.Aku akan membalas dendam kepada sesiapa yang telah melakukan ini kepada opah.Aku berjanji!!

11.Kegelapan


Kami membawa opah ke hospital dengan segera.Doktor memberitahuku bahawa opah sedang berada di dalam keadaan kritikal dan bakal menjalani pembedahan awal pagi esok.Apakah yang telah berlaku pada opah?Sepanjang malam tersebut aku hanya menemani opah di dalam bilik wad.Opah sepertinya berada di dalam keadaan koma.Beliau tidak menyedarkan diri.Mukanya amat tenang.Sepertinya beliau sedang asyik dibuai mimpi.Siapakah yang telah melakukan ini kepada opah?Persoalan yang bermain di mindaku tersebut membuatkanku terlelap.
 Fiqa...
Kedengaran suara memanggil namaku.Keadaan sekeliling adalah begitu gelap.Sudah pastinya aku sedang bermimpi.Kemudian,kelihatan opah muncul dihadapanku.
 "Opah?"

Fiqa,kuasa kegelapan sudah mula bertindak.Opah sudah melihat bagaimana kuatnya ikatan kuasa enam sehingga ianya menewaskan kuasa kegelapan.

Aku tidak faham apa yang diterangkan oleh opah.Keadaan sekeliling dengan tetiba berubah dengan sekelip mata.Sepertinya aku berada di tepi pantai dan kelihatan opah dan kami berenam berada di sana.Aku dan yang lain sepertinya sedang duduk dibuai mimpi manakala Opah sedang menunggu kami menghabiskan upacara sambil mengemas peralatan upacara memanggil gerhana.
 Dengan tetiba,aku melihat satu bayangan sepertinya menghampiri kami berenam.Bayangan tersebut mempunyai suara yang amat menyayukan serta menakutkan pada masa yang sama.Aku melihat opah menyedari kehadiran bayangan tersebut yang datang bagaikan sekumpulan yang muncul dari langit.Aku mendongak kepalaku keatas dan kelihatan banyak bayangan serta beberapa jembalang yang menyerangku di dalam bilik pada tempoh hari beterbangan mengelilingi kami berenam.Aku melihat opah cuba mempertahankan kami berenam namun beliau diterbangkan oleh salah satu bayangan yang menyerangnya.Aku melihat opah diterbangkan dengan kejamnya.Opah jatuh pengsan sejurus menjejak bumi.Pandanganku kemudian tertumpu pada bayangan tersebut yang mengelilingi kami berenam.Kelihatan beberapa bayangan cuba menyentuh tubuh badan kami berenam namun hilang ditelani cahaya.Mereka kemudiannya menyerang dengan serentak ke arah kami berenam.Cahaya yang terang muncul melalui rantai kami berenam menyebabkan bayangan tersebut musnah ditelani cahaya.Cahaya yang terang menyilau mataku dan keadaan bertukar gelap sejurus selepas itu.
 Dengan kuasa yang ada pada kuasa 6 ,Fiqa dan kawan kawan boleh menghapuskan kuasa kegelapan walaupun tanpa bantuan masyarakat kampung
Opah dengan tenangnya berkata.Aku tanpa henti mengeluarkan air mata dan menangis teresak esak.
Nampaknya sudah tiba masa opah untuk pergi.Jumpalah dengan encik Arshad.Beliau akan menolong Fiqa menghapuskan kuasa kegelapan.
 TIDAK!!!!

    Jeritanku membuatkanku tersedar dan kelihatan opah sedang berada di dalam keadaan nazak.Aku menekan butang kecemasan dan doktor datang tidak lama kemudian.Aku melangkah kebelakang.Doktor serta jururawat mengerumuni opah.Aku melihatnya dengan penuh sebak.Akhirnya,doktor memberitahuku bahawa opah telah meninggal dunia.Jantungku bagaikan jatuh berkecai.Opah sudah meninggalkanku seorang diri di bumi yang fana ini.Aku menemani jasad opah sehingga ke pagi.
 Menjelang subuh,rakanku serta ahli keluarga mereka datang melawatku di hospital.Mereka juga turut simpati akan apa yang telah berlaku pada opah.Aku melihat jasad opah dibawa ke dalam van jenazah dan ditanamkan di tanah perkuburan.Hatiku luntuh apabila melihat opah dikebumikan.Amylea dan yang lain hanya cuba menenangkan diriku.Nampaknya aku bersendirian sekarang dan untuk selamanya.
  Pada malam tersebut,Amylea datang ke rumah untuk menemaniku.Keadaan amat sunyi dengan ketiadaan opah.Aku hanya mendiamkan diri sepanjang malam.Amylea membeli nasi bungkus daripada restoran En Hasshim untuk makan malam.
 "Kau ok,fiqa?"Amylea kelihatan risau akan diriku.Aku hanya mengangguk.Selepas makan malam,aku ke bilik opah.Keadaan bilik opah amat kemas dan rapi.Aku baring di atas katil opah.Nampaknya bau opah terlekat pada tilam dan bantalnya.Aku sebak dan air mataku tidak henti mengalir.Jikalau opah tidak datang bersamaku semalam,perkara ini tidak akan berlaku.Amylea datang tidak lama kemudian dan memelukku.Sepanjang malam,aku dan Amylea tidur di dalam bilik opah.

 Untuk pertama kalinya,pagiku bagaikan tiada makna.Aku bangun pagi dan berlari ke arah dapur dengan harapan opah kembali.Namun,impianku hanyalah tinggal harapan semata mata.Selalunya opah akan menyambut pagiku dengan senyuman.Sekarang,hanya kesunyian yang menyambut pagiku.Aku duduk di ruang tamu sambil memikirkan kejadian semalam.Nampaknya kuasa kegelapan telahpun tiba.Opah ada memesanku untuk menelefon En Arshad.Tanpa berfikir panjang,aku mengambil buku merah dan mencari no telefon En Arshad lalu menelefonnya.
 Hello!
"En Arshad?Saya ini Syafiqa,cucu kepada Hasnah"
 Oh ya!Ada apa menelefon saya pada pagi ini?
"Opah telah meninggal dunia."Suaraku sepertinya serak serak basah.Air mataku juga kembali mengalir"Opah ada memesan saya untuk melefon En.Katanya En boleh membantu kami mengalahkan kuasa kegelapan"
 Suara En Arshad tidak kedengaran.Selepas beberapa kali aku memanggil namanya,kedengaran suara En Arshad sepertinya sedang menjerit.Suaranya amat lantang sehingga aku terpaksa menjarakkan telefon dari telingaku.Kemudian kedengaran suara jeritan seorang wanita.Suaranya amat perlahan namun ianya kedengaran.Adakah ianya kegelapan?
 Aku berlari ke bilik dimana Amylea sedang nyenyak tidur.
"Amylea!Bangun!"Amylea bangun dalam keadaan terkejut.
  "Apa yang telah berlaku?"
"En Arshad,salah seorang pihak atasan sepertinya telah diserang oleh kegelapan"Muka Amylea juga turut pucat."Aku menelefon En Arshad sebentar tadi dan kedengaran suara kegelapan sepertinya telah menyerangnya di sana."
 "Elok kita pergi melawatnya"Amylea memberi cadangan.Aku hanya bersetuju.Aku berlari keluar untuk mencatat alamat En Arshad manakala Amylea sedang menelefon yang lain.Kami menunggu yang lain untuk tiba.Amylea menyediakan roti telur padaku untuk sarapan namun aku sepertinya tidak mempunyai selera untuk makan.Mereka tiba tidak lama kemudian.Bunyi horn sebagai petanda.Aku mengunci rumah dan kami bertolak ke rumah En Arshad yang berada di seberang Kampung Pantai serasih.Perjalanan ke rumah beliau memakan masa satu jam 45 minit.Tiada suara kedengaran di dalam kereta yang dipandu Amylea.Aku melihat cermin pandang sisi dan kelihatan kereta wira Auni mengikuti kami dari belakang bersama dengan kereta volvo Adam serta motor kawasaki RR Farid.
 Sepertinya rumah En Arshad berada jauh di dalam hutan.Kami meletakkan kenderaan masing masing dihadapan rumahnya.Kelihatan rumah En Arshad sunyi sepi serta berkunci.
 Kunci dibuka
 Syazwani mendepakan tangan kanannya ke arah mangga pintu pagar dan ianya terbuka dengan sendiri.Farid menolak pintu pagar tersebut dan kami masuk kedalam.Kelihatan pintu di dalam rumahnya juga turut dikunci.Syazwani mengulangi sihir tersebut dan pintu rumahnya terbuka.
 Keadaan rumah En Arshad amat berselerak.Keadaannya sama seperti sewaktu Amylea diserang pemburu sihir tempoh hari.Kami memasuki ke dalam rumahnya dan terkejut melihat En Arshad terbaring di atas lantai.Rupanya sudah tidak kelihatan seperti manusia.

  Syazwani hanya menjerit ketakutan sambil memeluk Auni.Farid dan Adam mendekati En Arshad.Sepertinya beliau juga telah meninggal dunia.Kegelapan sepertinya sudah melampaui batas.Perasaan dendam dan kemarahan menyelubungi diriku.Aku dapat merasakan terdapat suatu kuasa merasuk ke dalam tubuh badanku.Ianya sama seperti sewaktu kami diikat oleh pemburu sihir.Adakah ini kuasa kegelapan yang dimaksudkan ayah dan mendiang opah?
 "Fiqa?Kau ok ke?"Adam melihat ke arahku dengan pandangan yang penuh ketakutan.Begitu juga yang lain.Tanpa menghiraukan mereka,aku keluar dari rumah tersebut.Mereka mengejarku dari belakang.
 "Fiqa!Kau nak ke mana tu?"Amylea menjerit padaku membuatkanku berhenti.
"Aku akan menghapuskan kegelapan!"Suaraku sepertinya berubah menjadi serak.
   "Sabar fiqa!Bawa bertenang.Lagipun kita masih tidak tahu lokasi kegelapan berkumpul"Amylea cuba menenangkanku.Namun,perasaan dendam kepada opah dan perasaan marah kuat memakan diriku.
 "Kuasa kegelapan boleh berada di mana sahaja dan hanya terdapat satu masa mereka akan mula keluar dengan bebas.Dikala senjakala menjelma."
 Kedengaran sepertinya Farid dan Adam ingin menghalang laluanku.Aku berpaling ke arah mereka dan mendepakan tanganku ke arah Adam dan Farid yang sedang cuba untuk mendekati diriku.
 emoveo!
Adam dan Farid terbang jauh ke bumi.Auni dan Syazwani kemudiannya melangkah kehadapan dan sepertinya ingin menghalangku menggunakan sihir.
 Badan dikunci
 pergerakan berhenti
Auni dan Syazwani membaca sihir tersebut ke arahku.Aku mendepakan tanganku sekali lagi dan sihir mereka sepertinya dicerminkan.Kelihatan mereka hanya berdiri terkaku disitu.Kini,Hanya tinggal Amylea seorang sahaja yang boleh cuba menghalangku.Dia hanya berdiri di situ sambil melihatku dengan ketakutan.Aku berpaling badan dan berlari ke pantai serasih.Walaupun telah lama aku berlari,namun aku tidak berasa penat.Pergerakan aku semakin laju setapak demi setapak yang aku langkahkan.Aku melihat jam pada lenganku dan kelihatannya sudah jam 1845.
  Aku tiba tepat di pantai serasih pada jam 1930.Kelihatan matahari baru sahaja terbenam.Aku duduk bersila di tepi pantai dan sepertinya  mulutku bergerak dengan sendirinya.
 Iblis dan syaitan
 keluarlah engkau dikala senjakala
 jikalau kuasa yang engkau mahukan
 aku datang membawanya
 Datanglah kau menjelma berserta orang suruhan 
Angin bertiup kencang sejurus selepas itu.Awan bertukar menjadi gelap dan kelihatan kilat dan guruh sedang sambar menyambar.
  Bagabi laca bagabi
  Lam cahi achababe
  Karrelyos
 Lamac lamec bachalyas
 Cabahagy sabalyo
 Baryolas
 Samahac et famyolas
 Harrahyah
Kedengaran bunyi yang amat nyaring datang menghampiriku.Rantaiku bercahaya dengan terang membuatkanku dapat melihat keadaan sekeliling.Kelihatan pelbagai makhluk halus sedang mengelilingi cahayaku.Kelihatan juga burung gagak,ular serta kelawar turut mengelilingiku.Kemudian,terdapat sepertinya seseorang sedang berjalan dari arah laut menghampiriku.Mukanya agak menakutkan.Badannya kurus kering serta kelihatannya seperti orang tua.Aku menunggunya menghampiriku dengan tenang.
  Ianya merupakan jelmaan iblis.
"Nampaknya ahli sihir muda datang dengan relanya untuk memberi kuasanya kepada kita!"Senyumannya amat mengerikan.
   "Siapa berkata aku ingin menyerahkan kuasaku?"Aku berdiri dan memandang tepat ke arahnya dengan pandangan yang tajam serta senyuman yang sinis.Beliau melihatku dengan kebingungan.Aku mendepakan tanganku dan dan menariknya ke dalam cahaya.
 "Aku akan hancurkan kau dan segala kegelapan!Kau tidak akan boleh melepaskan Lucifer walaupun engkau telah mendapat kuasa enam!"Mulutku sepertinya berkata dengan sendirinya.Iblis tersebut meraung kesakitan akibat dicekik olehku.Tanganku menggenggam dengan lebih erat membuatkan iblis tersebut meraung kesakitan.Kedengaran bunyi bayangan serta makhluk halus yang lain sedang cuba untuk memasuki ke dalam cahaya.
 "Kau akanku hantar pulang bersama dengan rakan kau!"Kemudian terdapat api yang membara membakari jelmaan iblis tersebut.Aku melihat jelmaan tersebut terbakar sehingga bertukar menjadi abu.
 Aku kemudian mendongakkan kepalaku ke atas di mana bayangan serta makhluk halus yang lain sedang cuba untuk melepaskan diri.
 Tunggu!
Jeritanku membuatkan mereka berhenti.
 Datang sini!
Bayangan serta makhluk halus yang lain datang menghampiriku.
 "Fiqa!"Kedengaran suara Amylea menjerit ke arahku.Aku memalingkan badanku ke belakang dan kelihatan mereka semua sedang berada di belakangku.Mereka sepertinya sedang berdiri ketakutan.Tanpa menghiraukan mereka,aku kembali berpaling semula ke arah bayangan tersebut.Perasaan dendam dan kemarahan menyelubungi diriku.
 Pulanglah ke tempat asal kau dan jangan kembali! 
Inferno!
Api kemudian membara dengan maraknya membakari kegelapan.Aku melihat mereka semuanya bertukar menjadi abu.Angin serta guruh bertukar menjadi ribut yang amat kuat.
 Fiqa...Kedengaran suara memanggil namaku.
Kemudian aku melihat opah dan ibu berada di hadapanku dengan raut wajah yang sayu.
"Lawan kuasa kegelapan yang berada di dalam diri Fiqa!Jangan biarkan ianya memakan diri Fiqa!"Kata kata ibu dan opah sepertinya membawa maknanya yang tersendiri.Kemarahanku bertukar reda.Begitu juga dengan ribut yang melanda.Aku jatuh pengsan sejurus selepas itu.Apa yang telah berlaku pada diriku?Sepertinya aku tidak dapat mengawal diriku sendiri.
            Namun,aku sudah menghapuskan kuasa kegelapan.Adakah ini penghujungnya?






























12.Terpisah

Cuti sekolah akhirnya telah berakhir dan keadaan sepertinya kembali pulih.Namun,aku masih berasa hairan apakah benar kuasa kegelapan telahpun musnah?Jikalau begitu,mengapa tercatat di dalam buku bayangan Farid bahawasanya untuk mengalahkan kuasa kegelapan,kami harus bersatu tenaga dan buku bayangan?Fikiranku amat berasa rungsing.Selepas kejadian tempoh hari,aku sering mengalami pening kepala.Latih tubi yang diberikan untukku siapkan tidak juga kusiapkan.Tambahan pula aku tinggal seorang diri di rumah yang penuh dengan kesunyian ini.Duit pampasan dan persaraan ayah sahajalah yang menampung perbelanjaan harianku.Selepas bersarapan,aku bertolak ke sekolah dengan menaiki kereta.Dengar khabarnya hari ini aku akan menerima duit sumbangan daripada pihak sekolah.Namun,duit tersebut masih belum boleh mengubati hatiku.
 "Fiqa.."Amylea merupakan orang pertama yang menegur dan memelukku sejurus aku tiba di sekolah."Bagaimana?kau ok?"
 Aku hanya mengangguk.
"Engkau pasti?"Amylea sepertinya dapat membaca fikiranku.
"Sebenarnya aku tertanya tanya samada adakah aku benar benar telah menghapuskan kuasa kegelapan kerana terkandung di dalam buku bayangan Farid,untuk menghapuskan kuasa kegelapan,buku bayangan harus disatukan.Jikalau benar aku telah menghapuskan kuasa kegelapan,usaha kita kembalikan masa hanyalah sia sia.Begitu juga dengan pengorbanan opah."
 Amylea mendengar kesimpulanku.Sepertinya dia juga tertanya tanya akan perihal tersebut.

Sejurus selepas perhimpunan,kami dibenarkan untuk masuk ke dalam kelas.En Rizal,guru matametik tambahan merupakan guru masa pertamaku.Beliau meminta kami mengeluarkan kerja latihan yang telah ditinggalkannya sebelum cuti.Dengan apa yang telah berlaku,aku tidak sempat menyiapkan kerja yang diberikan.En Rizal menyemak kerja rumahku yang tidak disentuh dengan perasaan yang amat berang.
 "Ini yang kamu tinggalkan untuk saya!Cuti hari itu kau buat apa?Bela perut?"
En Rizal memang mempunyai mulut yang celupar.
 "Tahukah kamu SPM sudah dekat?Saya faham yang opah kamu baru sahaja meninggal dunia tapi takkanlah sampai nak ketepikan pelajaran begitu sahaja?!Sudah dua minggu berlalu sejak cuti semester lepas.Sedar la sikit,Syafiqa"Suaranya melenting ke arahku membuatkanku merasa marah dan agak berang.Aku bangun daripada kerusi dan melihat tepat ke matanya.
 "Macam inilah remaja zaman sekarang!Marah sikit su_"Tanganku keluar dengan sendirinya dan memegang leher En Rizal.Perasaan marah menyelebungi diriku.Amylea bangun dan cuba menenangkanku.Aku dapat merasakan kuasa kegelapan yang berada didalam diriku sepertinya beralih ke En Rizal.Aku menurunkan tanganku sejurus selepas itu.Kedengaran jeritan En Rizal di satu kawasan sekolah.Sepertinya beliau telah dirasuk.Apa yang telah aku lakukan padanya?Aku memeluk Amylea dalam ketakutan.Air mataku mengalir melihat keadaan En Rizal yang sepertinya telah dirasuk.Rakan sekelasku yang lain hanya berlari ke belakang kelas dengan penuh ketakutan.Guru dan pelajar dari kelas lain juga turut datang untuk mengintai keadaan En Rizal dari luar kelas.Seorang ustaz kemudiannya datang dan cuba untuk menenangkan beliau.Aku melihat dengan penuh ketakutan sambil dipeluk erat oleh Amylea.Keadaan En Rizal kembali pulih tidak lama selepas itu.Selepas berunding dengan ustaz serta pengetua,aku dibenarkan pulang.Namun,sepertinya ustaz tersebut mempunyai pandangan yang pelik terhadapku.

 Selepas waktu persekolahan,Amylea,Syazwani,Auni,Adam dan Farid datang ke rumah untuk melawatku.Mereka sepertinya datang terus daripada sekolah kerana kelihatan mereka masih memakai pakaian sekolah.Aku menjemput mereka masuk dan aku menghidangkan mereka air oren.Mereka juga telah membeli nasi bungkus untukku.
 "Apa yang telah berlaku tadi?"Adam bertanya padaku.Semua orang sepertinya ingin mendengar penjelasan daripadaku.
 "Entahlah.Sepertinya terdapat kuasa kegelapan telah merasuk ke dalam diriku dan membuatkanku menyerang En Rizal"Aku juga berasa keliru akan apa yang telah terjadi.
 "Well,whatever it is,i'm glad you did it!Aku dan Auni sikit sahaja lagi hendak dirotan Miss Cheng."Syazwani menarik nafas lega.Amylea,Adam dan Farid memandang kearahnya dengan ketidakpercayaan.
 "Kuasa kegelapan?"Farid merupakan orang pertama menanyaku akan kuasa kegelapan yang berada di dalam diriku.
 Aku menarik nafas sedalamnya sebelum menceritakan kepada mereka.
"Opah pernah menceritakan padaku akan identiti sebenar bapaku.Bapaku sebenarnya merupakan seorang pengamal ilmu hitam.Kuasanya amat kuat dan menurut opah,kuasa beliau telah diturunkan kepada aku,pewarisnya"Setelah mendengar ceritaku,Farid kelihatan tersentak.Dia segera mengeluarkan buku bayangan daripada begnya.
 "Seriously,kau bawa bersama benda tu ke sekolah?"Syazwani memandang Farid dengan pandangan yang sinis.Tanpa menghiraukan Syazwani,Farid menyelak helaian demi helaian buku bayangan sehingga pada satu halaman muka surat.
 "Inilah dia!"
"Apanya yang dia?"Adam memandang Farid dengan wajah yang keliru.Tulisan pada buku tersebut amat sukar untuk difahami.Sepertinya ia berselerak ke serata tempat.
 "Oh lupa."Farid kemudiannya berkumat kamit seorang diri dan kelihatan tulisan tersebut sepertinya tersusun dengan sendirinya untuk dijadikan ayat.
"Tertulis di sini bahawasanya kegelapan yang sebenar akan dilahirkan melalui warisan dan beliaulah yang akan menakluki alam."
 Semua mata kemudiannya memandang ke arahku membuatkan aku berasa kurang selesa."Mengapa korang pandang aku sebegitu?"
 "Mungkin warisan yang dimaksudkan buku bayangan merupakan warisan yang lain.Tidak mungkin hanya bapa Syafiqa sahaja yang mengamalkan ilmu hitam.Masih ramai lagi di luar sana,kan?"Amylea sepertinya cuba mempertahankanku.Aku hanya senyum.Aku juga tidak begitu pasti samada benar akan kata kata Farid ataupun tidak.Mereka semua beredar tidak lama selepas itu.Sepanjang hari,aku  hanya menghabiskan masaku dengan berada di rumah.
  Keadaan memang berlainan dengan ketiadaan opah.Setiap malam,aku akan tidur di katil opah dan bukannya di katilku.Bau opah membuatkanku dapat tidur dengan lena.

 Sinaran cahaya matahari yang silau menyambut hari baru .Aku membuka mataku dengan sayu.
  Aku terbangun sejurus membuka mata.
 Keadaan rumahku telah bertukar.Sepertinya rumahku telah ditinggalkan untuk berabad lamanya.Usang dan habuk di merata tempat.Aku membuka pintu bilik opah dan melihat keadaan sekeliling.Memang sepertinya rumahku telah ditinggalkan.Aku kemudiannya menaiki ke  bilikku.Alangkah terkejutnya apabila melihat diriku berada di atas katil sambil duduk bersila.Matanya ditutup dan sepertinya sedang membaca mantera.Mulutnya bagaikan bergerak dengan sendirinya.
 Matanya dibuka tidak lama kemudian dan dia melihat tepat ke arahku dengan senyuman yang menakutkan.
"Siapa kau?!"Aku bertindak tegas.Dia sepertinya tidak berhenti senyum kepadaku.
   "Aku adalah kau.As simple as that"Dia kemudiannya turun dari atas katil dan berdiri sambil matanya tidak henti memerhatiku dengan memberi senyuman yang amat mengerikan.
"Tidak mungkin!Sudah pasti ianya hanyalah mimpi"Aku memejamkan mataku dengan ketakutan.
 "Face it,Fiqa!Inilah penamatnya."Aku membuka mataku dengan perlahan dan kelihatan suatu jembalang berada di belakangku yang satu lagi.Jembalang tersebut kemudiannya terbang tepat ke arahku dan membuatkanku menjerit.

 Aku terbangun dari atas katil.Rupanya ia hanyalah mimpi.
"Think again!"Kedengaran suara sepertinya berkata kepadaku.
 Aku mendongakkan kepalaku ke atas.Kelihatan jembalang tersebut berada di atas siling sambil memerhatikanku.Matanya merah menyala dan badannya diselebungi kegelapan.Tanpa berfikir panjang,aku melakukan sihir api yang dibuatku bersama opah sewaktu ghoul menyerang di bilikku sebelum ini.
 udara diberi
 api dikasi
Aku mengulanginya dengan penuh ketakutan.Jembalang tersebut meraung kesakitan sambil dijilati api.Aku segera bangun dan berdiri jauh dari katil.Jembalang tersebut terjatuh dan katil opah juga turut dijilati api.Tanpa berfikir panjang,aku berlari ke ruang tamu dan menelefon bomba kerana seluruh bilik opah telah turut disambar api.Aku kemudian berlari semula ke luar bilik opah.
  Segala kenanganku bersama opah telahpun hilang.Semua barang barang opah telah dijilati api.Aku melutut sambil menitiskan air mata.
  Badanku kemudiannya terasa bagaikan ditarik keluar tidak lama kemudian.Rupanya ianya adalah salah seorang ahli bomba.Aku dibawa keluar dan diletakkan di dalam trak bomba.Pihak bomba tersebut kemudiannya memberikanku selimut.Aku membaluti diriku yang menggigil ketakutan.Kelihatan Amylea dan lain tiba tidak lama kemudian.Nampaknya kata kata Farid adalah benar.Aku dapat merasakan kuasa kegelapan berada di dalam diriku dan ianya meronta dengan kuatnya untuk dibebaskan.
 "Syafiqa,kau ok?Apa telah terjadi?"Amylea berlari ke arahku sejurus melihatku dan memelukku dengan erat.Badanku hanya menggigil.
 Setelah semuanya selesai,Amylea,Auni dan Syazwani menemaniku seluruh malam.Aku melihat bilik opah dengan penuh sayu.Kebanyakan barangnya telah bertukar menjadi abu.

 Keesokannya aku mengambil cuti sekolah.Begitu juga dengan yang lain.Sebangunnya aku,kelihatan Amylea sedang sibuk berada di dapur sedang menyediakan sarapan.Aku  berjalan dengan keletihan ke arahnya.
 "Well,good morning Fiqa."Amylea melemparkan senyuman manisnya kepadaku.Syazwani dan Auni bangun tidak lama kemudian dan kami bersarapan bersama.
 "Apa yang telah terjadi semalam Fiqa?"
"Nampaknya aku yang dimaksudkan di dalam buku Farid.Kuasa kegelapan di dalam diriku muncul dan sepertinya dia ingin dibebaskan."Semua orang berhenti makan seketika.
   "Di dalam buku ku ada terkandung bagaimana untuk menghapuskan kegelapan warisan.Namun,ianya memerlukan pengorbanan kerana ianya adalah sebahagian daripada diri kau."Auni menerangkan kepadaku.
 Aku sepertinya tidak kisah akan akibatnya.Selagi kuasa kegelapan yang telah membunuh opah dihapuskan,aku akan berasa lega.Aku juga telah berjanji untuk menghapuskan kegelapan walaupun nyawaku sebagai taruhan dan nampaknya memang nyawaku telah menjadi taruhan sekarang.
 "Adakah tiada cara lain?"Amylea memujukku untuk tidak mengikuti cadangan Auni.
"Well,apa kata kita tunggu cadangan Farid dan Adam.!"giliran Syazwani pula untuk memberi cadangan.Kami bersetuju dengan cadangan Syazwani.Selepas sarapan,mereka menolongku mengemaskan bilik opah yang telah terbakar semalam.
 Selesainya waktu sekolah,Adam dan Farid datang kerumahku untuk berbincang.
"I know this will be the truth."Farid berkata dengan bangganya.
   "Apa yang perlu kita lakukan sekarang?"Adam bertanya kepada Farid dengan kerisauan
Farid kemudiannya mengeluarkan buku bayangannya."Menurut di sini,terdapat satu cara bagaimana untuk menghapuskan kegelapan warisan tanpa memerlukan pengorbanan.Kita hanya perlu menyatukan buku bayangan serta rantai untuk melepaskan kuasanya bagi memisahkan kegelapan di dalam Syafiqa.Sejurus ianya terpisah,kita boleh menghapuskannya dengan amat mudah."
 Semua orang bersetuju dengan cadangan Farid.Nampaknya mereka ingin membuat upacara tersebut pada malam ini.Menurut upacara tersebut,aku akan diikat di dalam sebuah bulatan sambil ditutupi mata.Kemudiannya,buku bayangan dan rantai akan diletakkan dihadapanku dan disusun dengan selari.Suatu cahaya bakal terbentuk di dalam bulatan tersebut dan ianya akan memisahkan kegelapan di dalam diriku.
……………………………………………………………………………..

 Di malam harinya,kami semua ke pantai serasih untuk melakukan upacara tersebut.Semua persiapan telah disiapkan.Amylea mengikat aku dan menutup mataku lalu aku duduk di dalam bulatan tersebut.Mereka yang mengelilingiku membaca sihir yang terkandung di dalam buku Farid dan aku dapat merasakan cahaya berada di sekelilingku.Angin dengan tetibanya bertiup kencang dan kedengaran suaraku sedang menjerit dari dalam hatiku.
 "Kau bodoh!Kau melepaskan aku hanya akan membuatkanku bebas!"Di dalam kegelapan tersebut aku dapat melihat diriku sedang ketawa.Ketawanya amat mengerikan.
 "Kau silap!Kau akan dimusnahkan pada hari ini."
"Kita lihat saja..."
Aku dapat merasakan sepertinya rohku bagaikan dikeluarkan daripada jasad.Aku meraung kesakitan dan aku jatuh pengsan sejurus selepas itu.Adakah ianya telah berjaya?Adakah kuasa kegelapan di dalam diriku dapat dihapuskaN?!Aku berharap sangat yang ianya berjaya…





13.Penamat

  Aku membuka mataku dan kelihatan Farid,Auni,Adam,Amylea dan Syazwani berada di sampingku.Sepertinya aku telah pulang ke rumah.
 "Apa yang telah berlaku?"Mereka memandang ke arah masing masing dengan perasaan kecewa.
"Kuasa kegelapan kau terlepas."Adam dengan kecewanya berkata.
"Apa yang telah berlaku?"Aku berasa amat terkejut.
   "Kuasa kita memang sudah kuat untuk menghapuskannya.Namun,kemudiannya muncul bayangan dari tidak tentu arah dan menyerang kami.Cahaya di dalam bulatan menjadi lemah dan kuasa kegelapan engkau telah terlepas."Farid menceritakan akan perkara yang telah berlaku semalam.Adakah kuasa kegelapan memang akan menakluki alam?Nampaknya mereka sudah di dalam perjalanan dan sudah menang.
 "Aku sudah menelefon ayahku dan melaporkan perkara ini kepadanya.Nampaknya penduduk kampung sudah bersedia untuk menghadapi apa yang mungkin akan berlaku."Auni memberitahu ku dan yang lain.
 Telefon Syazwani kemudiannya berbunyi.Dia mengeluarkan blackberrynya dan mukanya bertukar pucat tidak lama kemudian.
 "Apa yang sudah berlaku?"
"Guys,buka television sekarang!"
Kami semua turun kebawah dan membuka television.Sepertinya terdapat satu kemalangan yang telah berlaku berhampiran kampung Pantai Serasih semalam.Motor mat rempit dibiarkan bertempiaran namun jasad mereka tidak diketemui.
   "My father said that kuasa kegelapan yang mendalangi perkara ini."Syazwani berkata dengan panik.Aku menutup mataku dengan penuh perasaan marah dan dendam.Ini semua adalah salahku.
 Kemudian,kegelapan tersebut bertukar menjadi kawasan Pantai Serasih di waktu malam.Aku melihat diriku berjalan di atas jalan raya menuju ke satu destinasi.Terdapat beberapa cahaya dari arah hadapan.Cahaya tersebut kemudiannya datang dan mengelilingiku.Rupanya ianya adalah mat rempit yang dilaporkan di dalam berita.Mereka sepertinya ingin mempermainkanku.Aku dapat merasakan bunyi bising enjin serta asap motor memasuki ke dalam organ dalamanku.
 Aku melihat tanganku didepakan ke sisi dan kemudiannya mat rempit tersebut diterbangkan seorang demi seorang ke atas jalan raya bersama motor mereka.
Aku melihat dengan penuh ketakutan.
  Mereka diterbangkan dengan penuh ngeri dan kejam.Aku cuba untuk membuka semula mataku namun usahaku gagal.Mataku sepertinya ingin meneruskan mimpi ini.Aku melihat diriku berjalan mendekati salah seorang mat rempit tersebut dan mendekatkan bibirku ke bibirnya.Aku dapat merasakan terdapat suatu kuasa  mengalir keluar daripada tubuhku dan disumbangkan kepada mat rempit tersebut.
 Mata mat rempit tersebut terbuka dengan sekelip mata sejurus selepas itu.Mataku juga turut terbuka .Sepertinya aku kembali semula berada di ruang tamu.
 "Fiqa,kau ok?"Amylea melihatku yang sedang terpinga pinga.
"Aku tahu apa yang telah terjadi kepada mat rempit tersebut!"Semua mata memandang ke arahku.
 "Bayangan telah masuk ke dalam jasad mereka.Nampaknya kegelapanku mempunyai agendanya tersendiri"Kami melihat berita tersebut sehingga ia beralih ke berita seterusnya.
 "Jadi,apa yang perlu kita lakukan sekarang?"Auni kelihatan panik.
"Aku rasa aku tahu kegelapan kau hendak ke mana"Syazwani berkata dengan tenangnya.Semua mata kemudian beralih ke arahnya. "Jikalau kuasa kegelapan kau ingin menyerang,sudah semestinya ia memerlukan pengikut dan pengikut mana yang lebih sesuai jikalau bukan si mati"
 "Tanah perkuburan!"Farid sepertinya berbisik seorang diri.
"Mungkinkah ianya ingin menghidupkan si mati?"Amylea kelihatan keliru.
   "Hanya ada satu cara sahaja untuk mengetahuinya!Kita harus pergi ke tanah perkuburan"Adam meleraikan persoalan Amylea.
 "Tapi kita tidak tahu bilakah ianya akan bertindak?!"
"Hanya terdapat satu masa sahaja kuasa kegelapan akan mula berkeliaran.Di kala senjakala"Kami bersetuju dengan cadangan Adam.Aku melihat jam di dinding dan ianya sudah jam 1715.Kami harus bertindak segera kerana tanah perkuburan yang berhampiran mengambil masa satu jam perjalanan.Aku mengambil kunci kereta dan mengunci pintu rumah lalu beredar ke tanah perkuburan yang berhampiran.

 Kami tiba di lokasi pada jam 1850 dan kelihatan awan sudah bertukar gelap.Kami meletakkan kenderaan di depan pintu masuk tanah perkuburan dan seperti yang dijangka Adam,kelihatan aku sedang berdiri di sana menghadap ke tanah perkuburan.Kami berlari ke arahnya namun sejurus masuk ke dalam pintu tanah perkuburan,Aku sepertinya dipeluk erat oleh seseorang.Aku memandang ke atas dan kelihatan wajah pucat seorang lelaki.Badannya dipenuhi darah kering.Mungkinkah beliau adalah mat rempit yang dimaksudkan berita tersebut?Kawanku yang lain juga turut dipeluk dengan erat.Aku cuba untuk meloloskan diri namun gagal.
 Badan dipenuhi kepanasan
Syazwani membaca sihir dan aku dapat merasakan haba yang terdapat pada badannya.
    Namun,sepertinya mat rempit tersebut tidak mempunyai deria langsung.Tiada tindak balas yang ditunjuknya.Aku melihat tangan mat rempit tersebut melecur namun pelukannya kepada Syazwani masih kuat.Kemudian kedengaran bunyi tumbukan.Rupanya ianya adalah Farid yang sedang berlawan dengan mat rempit tersebut.Adam turut serta meloloskan diri dan melawan mereka.
 Adam kemudiannya mendepakan kedua tangannya ke arah kami
Terbang melayang
Angin bertiup kencang
Badanku sepertinya ditiupkan angin bersama mat rempit yang memelukku.Begitu juga dengan Syazwani,Auni serta Amylea.Aku kemudiannya dilemparkan di sebatang pokok dan badanku sepertinya menghimpit mat rempit tersebut membuatkan beliau melepaskanku.Begitu juga apa yang telah terjadi kepada Amylea,Syazwani dan Auni.Mereka kemudiannya bangun dan sepertinya bersedia untuk menyerang.Wajah mereka sepertinya telah menjadi mayat hidup.
 Aku dan Amylea membantu Auni dan Syazwani untuk berdiri lalu kami berdiri dan memandang tepat ke arah mat rempit tersebut yang sedang berlari menuju ke arah kami.
 Udara diberi
 Api dikasi
Kami membaca sihir tersebut pada masa yang sama.Mat rempit tersebut terbakar sehingga menjadi abu.
    Kami kemudiannya berlari ke arah Adam dan Farid.Kelihatan mereka juga telah menggunakan sihir yang sama untuk membakar jasad mat rempit tersebut.
 Kami berlari ke arah diriku dan kelihatannya dia sudah memaling mukanya dan memandang tepat ke arah kami berenam.Rupanya memang serupa denganku.Memang amat sukar untuk mencari perbezaannya.
 "Kamu semua sudah terlambat"Dia ketawa dengan penuh kebanggaan.Ketawanya amat mengerikan.
Kuasa enam menjelma
Memusnahkan kuasa kegelapan
Hantarkanlah mereka semula ke neraka
Dan berikanlah keamanan
Rantai kami bercahaya dengan amat terang sehingga menyilau mataku.Hari yang gelap sepertinya telah bertukar menjadi cerah.Kemudian aku dapat merasakan sepertinya sesuatu telah menghentakku dari belakang.Kedengaran suara Adam menjerit namaku.Aku terjatuh pengsan sejurus selepas itu.

Aku dapat melihat diriku sedang terbaring di atas tanah.Begitu juga dengan rakanku yang lain.Terdapat beberapa orang mat rempit berdiri di belakangku.Rupanya merekalah yang telah mengetuk kepalaku dan yang lain.Aku melihat kemudiannya diriku mengambil rantai kami berenam dan memegangnya.
   Aku kemudiannya berpaling badan dan melihat semula ke arah tanah perkuburan.Bayangan menjelma daripada langit dan mengelilingi diriku.Kelihatan tanah perkuburan sepertinya telah dikorek dan kelihatan bayangan memasuki ke dalam keranda di setiap tanah perkuburan.
   

 Muncul jembalang  di dalam lubang dan mereka  memanjatnya.Ada yang mempunyai isi dan ada yang hanya tinggal tengkorak sahaja.Aku dapat merasakan kepuasan di dalam diriku.Aku kemudiannya beredar dari tanah perkuburan bersama dengan seluruh tentera kegelapan.

 Mataku kemudiannya terbuka dan aku menyedarkan diri.Aku kemudiannya menyedarkan yang lain.
"Apa yang telah berlaku?"Adam bertanya sambil mengusap kepalanya yang baru lepas diketuk.
   "Kuasa kegelapan sudah mempunyai tentera yang ia mahukan!"Aku berkata dengan sayu.
"Apa yang kita harus lakukan sekarang?"Auni kelihatan panik.
 "Bukan itu saja,mereka juga telah merampas rantai sakti kita!!!."Syazwani menjerit dengan panik.Nampaknya kegelapan telahpun menang.
 "Aku rasa aku tahu dimana diorang akan berada.Diorang akan berada di pantai serasih untuk menerima kuasa dan membebaskan Lucifer."Aku sepertinya telah tahu apakah rancanganku yang seterusnya.Mungkin ianya kerana dia adalah sebahagian daripada diriku.
 "Hanya dengan kuasa enam,kita tidak boleh menewaskan mereka.Lagipun kita sudah tiada rantai sakti."Auni mengingatkanku dan yang lain.
 "Mungkin sudah tiba masanya untuk orang kampung kembali menjadi ahli sihir.Aku,Auni dan Syazwani akan memanggil orang kampung manakala engkau,Fiqa dan Amylea akan mengawasi keadaan"Kami setuju dengan cadangan Farid dan kemudiannya berpecah kepada dua kumpulan.Kami meninggalkan tanah perkuburan yang penuh dengan kegelapan dengan keadaan tergesa gesa.
 Aku dapat melihat kereta Adam dan Amylea sedang mengikutiku dari belakang.
Kau sudah kalah Fiqa!Kegelapan telah menang!
 Sepertinya suaraku sedang bergema di dalam kereta.
"Kau salah!Di dalam kehidupan,kebenaran akhirnya akan menang!"
 Suara tersebut kemudiannya hilang.Aku membawa kereta dengan semakin laju.Suasana menjadi sejuk dengan sekelip mata.Angin bertiup kencang dan kelihatan bulan purnama menjelma.Sepertinya diriku ingin melakukan upacara memanggil gerhana.Angin yang bertiup kencang hampir sahaja ingin menolak keretaku ke hujung jalan.Aku memberhentikannya dengan mengejut.Amylea dan Farid juga berhenti di belakangku dengan mengejut.Aku dapat lihat melalui cermin hadapan keadaan Pantai Serasih.Ianya penuh dengan kegelapan dan cahaya bulan menyinari mereka dengan terangnya.Ombak memukul dengan sungguh kuat.Kami kemudian menuruni bukit dan ke Pantai Serasih yang sudah tidak jauh di kaki bukit.Di dalam perjalanan,kami disekat oleh beberapa kumpulan bayangan dan beberapa mayat hidup.Mereka hanya berdiri di hadapan jalan sambil melihat tepat ke arahku.Kedengaran telefon bimbitku.Aku mengangkat telefon tanpa melihat akan siapakah pemanggilnya.
 REMPUH SAJA!!!! Kedengaran jeritan Amylea melalui telefon.Tanpa berfikir panjang,aku menekan minyak dan melanggar mayat tersebut.Tidak pernah ku sangka aku akan melanggar lari seseorang.Terdapat beberapa cebisan isi dan kulit mayat hidup yang ku rempuhi di cermin kereta.Aku membuka wiper dan isi tersebut ditiup angin.Kemudian,muncul bayangan dihadapan keretaku yang membuatkanku tidak nampak jalan.Aku berhenti mengejut dan sepertinya keretaku telah memasuki ke dalam longkang jalan.Aku segera keluar daripada kereta dan kelihatan bayangan mengelilingiku.
 Cahaya!!!
Cahaya yang terang kemudiannya muncul dan mengelilingi ku.Aku segera berlari memasuki ke dalam kereta Amylea.
 "Kau ok?"Amylea kelihatan panik.
Aku hanya mengangguk.Bayangan tersebut hilang ditelan cahayaku sebentar tadi.Kami meneruskan perjalanan ke pantai serasih.Amylea dan Adam meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta.Ribut bertiup semakin kencang dan kelihatan bulan sudah mula bertukar merah.Jangkaanku benar!Kegelapan ingin melakukan upacara bulan gerhana.Terdapat tarikan yang amat kuat di sini.Kemudian,tanpa disedari kami diserang oleh beberapa mayat hidup dari arah belakang.Amylea menjerit terperanjat dan ketakutan pada waktu yang sama.
 Jeritan Amylea menyedarkan mayat hidup yang lain yang berada di pantai serasih bersama bayangan.
Api!!!!
 Adam mendepakan tangannya ke arah mayat hidup tersebut dan mereka meraung dijilati api.Cahaya api menarik lagi perhatian yang lain.Kelihatan bayangan sudah mula terbang ke arah kami dan mengililingi kami bertiga.Sebelum bayangan tersebut dapat menyerang kami,mereka sepertinya meraung kesakitan dan bertukar menjadi abu.Kedengaran banyak suara dari arah belakang.Kami menoleh kebelakang dan kelihatan orang kampung datang bersama Auni,Farid dan Syazwani datang sambil membawa obor.Ada yang berpakaian lengkap dan ada yang hanya berkain pelekat serta batik.
 "Nampaknya tragedi 16 tahun lalu berulang lagi"Ayah Auni memandang ke arah pantai dengan rasa cuak.Mayat tersebut berlari ke arah kami untuk menyerang bersama dengan bayangan yang lain.
 "Korang pergi mencari kuasa kegelapan!Biar kami yang menguruskan yang lain."Ayah Farid mengarahkan kami.Kelihatan ramai penduduk berlari ke arah mayat hidup tersebut.Suasananya seperti sebuah medan peperangan.Ayah Farid juga turut serta dalam peperangan.Farid menolak kami ke belakang.
 "Syafiqa,kau tahu dimana kegelapan kau berada?"Farid bertanyaku sambil tercungap cungap.
"Ya.Ianya berada di atas bukit dimana rumah usang kita terletak!"

    Kami berlari menaiki bukit melalui arah belakang.Sewaktu mendaki,kedengaran pelbagai bunyi nyaring yang kedengaran dari bawah yakni kawasan pantai.Kelihatan juga beberapa cahaya terang mahupun malap.Kami berlari sehingga di hadapan kawasan bekasnya rumah usang.Kelihatan aku sedang berada di sana sepertinya sedang menyembah sesuatu.
 "Hey bedebah!Pulangkan rantai kami!"Adam menjerit tercungap cungap.Dia kemudiannya berpaling arahnya kepada kami berenam."Tugasku sudah selesai.Aku tidak memerlukan lagi kuasa kamu berenam!"Dia mendepakan tangan kanannya dan kelihatan rantai kami berenam digantung di jari petunjuknya.Syazwani tampil ke hadapan dan tangannya kelihatan menarik sesuatu.Rantai tersebut sepertinya terbang dengan sendirinya ke arah Syazwani.
 "Ini adalah rantai palsu!"Syazwani membelek rantai tersebut.Dia kelihatan ketawa dengan keriangan.Adam dan Farid kemudiannya melangkah kehadapan dan mendepakan tangan kanan mereka ke arah kuasa kegelapanku.Dia  hanya tersenyum.Kuasa Farid dan Adam sepertinya telah dipantulkan dan kelihatan Adam dan Farid bertebangan jauh ke dalam hutan lalu jatuh pengsan. Amylea menjerit dengan penuh perasaan marah.Aku dapat merasakan dendam di dalam dirinya.Kelihatan pokok serta hutan sepertinya bergerak dengan sendirinya dan menyerang kuasa kegelapan.Sekali lagi,kuasa Amylea dipantulkan semula dan dia juga turut jatuh pengsan.
  Seterusnya giliran Auni dan Syazwani pula.Mereka mendepakan tangan kanan dan  muncul sebuah puting beliung bertiup ke arah kuasa kegelapanku.
 "Tidak!!"Aku menjerit kepada Auni dan Syazwani.Aku sudah tahu apa yang akan dilakukannya.
   Auni dan Syazwani ditiupkan puting beliung dan tebangkan jauh ke dalam hutan.Kini hanya tinggalku seorang diri.
 "Nampaknya hanya tinggal seorang sahaja!"
Aku berdiri dengan perasaan tiada harapan.
 "Aku sudah kata,keadilan akan menang hanyalah mitos semata mata sedangkan kita sudah tahu akan hakikatnya.Kuasa kegelapan akan terus berkuasa!"Dia berteriak dan ketawa dengan penuh bangga.Sepertinya aku sudah kalah.
 Kemudian,kelihatan cahaya dari dalam poket seluarnya bercahaya dengan terang.Ianya merupakan rantai sakti.Kelihatan sepertinya kegelapanku meronta kepedihan.Dia segera mengeluarkan rantai dan melemparkannya ke tanah.Sepertinya rantai tersebut mengeluarkan haba yang amat panas.Kelihatan tangannya juga turut melecur.Aku mendepakan tangan kananku kehadapan dan rantai tersebut terbang ke genggamanku.
 "Cilaka kau!"Kegelapanku kelihatan berang.Dia kemudiannya melihat ke arah langit.Bulan sepertinya sudah gerhana.Dia memandang ke arahku dengan senyuman."Kau sudah tewas,budak!Di dalam gerhana,pintu neraka dibuka dan engkau tiada harapan menentang segala kegelapan"
 "Tengok sekali lagi!"Aku turut memberi senyuman sinis kepadanya.Kelihatan cahaya muncul daripada langit dan mengelilingi kegelapanku.Kedengaran suara kegelapanku meraung kesakitan.
 “Ada sesuatu yang kau terlupa untuk tambah wahai kegelapanku!Bahawasanya sewaktu gerhana,bukan sahaja pintu neraka dibuka malah pintu syurga juga turut dibuka dan kita semua sudah pasti tahu apa yang berlaku apabila air bermain dengan api”
      Cahaya datang tanpa henti mengelilingi kegelapanku sehingga ianya menyilaukan mataku.

     Cahaya tersebut kemudiannya pudar dan hilang.Aku melihat kegelapanku juga turut hilang bersama cahaya tersebut.Keadaan sepertinya kembali tenang.Aku juga melihat gerhana bulan sehingga ianya bertukar semula menjadi bulan purnama.Nampaknya semuanya telah berakhir..Aku menarik nafas lega.Aku kemudian berlari ke arah yang lain dan cuba menyedarkan mereka.
 Selepas mereka menyedarkan diri,kami turun ke kaki bukit dan ke pantai serasih.Kelihatan mayat mayat tersebut bertukar menjadi abu dan ditiupkan angin.En Hasshim melihat ke arah kami dan melemparkan senyuman tanda kemenangan.Nampaknya kuasa kegelapan telah pun musnah...

14.Interlude


 Beberapa bulan telah berlalu dan sepertinya kuasa kegelapan sudah tidak kembali menghantui penduduk Pantai Serasih.Peperiksaan percubaan Spm juga dapat dijawabku dengan tenang.Begitu juga dengan peperiksaan Spm yang baru sahaja lepas.Nampaknya kisah kegelapan sudah berakhir disini.
 "Fiqa,cepatlah!"Kedengaran suara Amylea memanggilku.Aku melihat ke arahnya.Kelihatan Amylea serta yang lain sedang berseronok berendam kolam air panas di Ulu Legong,Perak.Nampaknya percutianku memang membawa ketenangan.Aku berjalan ke arah mereka dan turut serta berendam.
 Sepertinya semuanya telahpun berakhir.Aku juga sudah mula membiasakan diri untuk tinggal berseorangan di dalam rumah.Sepertinya banyak yang telah berlaku dalam masa setahun ini.Aku sudah pastinya tidak akan melupakan tahun yang penuh bermakna ini.
………………………………………………………………………………………….

  Percutian kami di Ulu Legong memang menyeronokkan.Namun,aku lebih suka berada di rumah di mana semua kenanganku berada di sana.Aku membuka pintu rumahku dan menaiki ke bilik untuk tidur kerana penat akibat perjalanan pulang dari percutian di Perak.Aku membuka lampu bilikku dan terkejut melihat sepucuk surat berada di atas katil.Aku melihat ke arah tingkap dan kelihatannya terbuka.Adakah pencuri telah memecah masuk?
  Aku turun semula ke bawah untuk mencari jikalau terdapat barangan yang hilang.Sepertinya tiada barangan yang telah hilang.Aku kembali semula ke bilikku dan menutup tingkap.
 Hatiku amat berdebar untuk mengetahui isi kandungan surat tersebut.Tanganku berasa menggigil sewaktu ingin membuka sampulnya.
   Terdapat sepucuk surat di dalamnya.Aku mengeluarkan kertas tersebut,membuka lipatannya dan membaca isi kandungan surat tersebut.

 Nampaknya kau fikir kau sudah selamat Syafiqa?Namun kau masih terlupa akan sesuatu.Aku akan datang dalam hidup kau dan rakan kau tidak lama lagi dan aku akan menuntut dendam atas kematian suami serta anak lelakiku.Aku akan menghancurkan seluruh ahli sihir di Kampung Serasih!!!!

Isi kandungan surat tersebut membuatkanku tersentak.Kematian suami dan anak lelakinya?Adakah yang dimaksudkannya kematian Ahmad Faris serta En Ariffin?Tapi menurut khabar angin,isteri En Ariffin telah meninggal dunia akibat kemalangan.Apakah yang telah berlaku sebenarnya?!Nampaknya bab baru dalam kehidupanku baru sahaja bermula....(SenjaKalaMalam)

SENJAKALAMALAM MASEH :)

0 comments:

Post a Comment