Saturday, January 28, 2012

00.Persoalan


Perpisahan memang sesuatu yang amat sukar untuk diterima namun ianya adalah sebahagian daripada kehidupan...
 Aku duduk di kerusiku sambil mendengar puan pengetua memberikan ucapan.Mataku hanya memerhati keadaan sekililing.Memerhati rakanku yang lain sedang menunggu masa untuk dilepaskan ke dunia sebenar.Masa menunggu keputusan Spm dikeluarkan adalah masa yang amat menakutkan bagi kami semua.Ada yang sudah mengalirkan air mata sebelum ianya bermula lagi.Namun,aku tidak akan lupa kenanganku di sini.Aku sudah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaranku dalam bidang akauntan di UITM Shah Alam dan aku akan ke sana pada minggu hadapan.Aku akan  menipu diri sendiri jikalau aku berkata aku tidak akan merindui Kampung Pantai Serasih.Banyak yang aku pelajari di sini namun yang paling penting,aku belajar erti persahabatan serta erti ketabahan.
  Selepas upacara penutupan,kami bersurai ke destinasi masing masing untuk menerima slip keputusan Spm.Kelihatan ramai orang sedang beratur di hadapan meja 5A1.Jadi,aku meluangkan masa terakhirku di sini dengan meninjau kawasan sekolah untuk kali terakhir.
 Pelbagai kenangan muncul kembali dan ianya hampir membuatkanku menangis.Mujurlah Amylea menerpaku dari belakang.Jikalau tidak,aku sudah pastinya akan terus melayan emosi yang bermain dimindaku ini.
 "Sorang je?"
Aku hanya menganggukkan kepala.Sekilas pandanganku melihat slip keputusan yang digenggam Amylea.Amylea menyedari arah mataku dan tersenyum riang.Dia kemudiannya menyerahkan slipnya kepadaku.
 "Tidaklah bagus sangat tapi ianya lebih dari apa yang aku jangkakan."
Amylea mendapat 4a3b1c dimana bagiku cukup memberangsangkan.Melihat keputusan Amylea membuatkanku kecut perut.Agaknya bagaimana dengan keputusanku.
  "Kau tidak ambil lagi?"
"Ramai orang.Aku ingat hendak ronda dulu kawasan sekolah buat kali terakhir"
  Amylea menemaniku dalam meninjau kawasan sekolah.
"Kau sudah dapat tawaran untuk pergi mana mana?"Aku merupakan orang pertama untuk memulakan perbualan.
 "Aku dapat ke UM Subang Jaya.Kau?"Kegembiraan Amylea dapat dirasaiku.
"UITM Shah Alam"
  "Well,at least kita tidak la jauh mana"
Aku hanya angguk.Kami kemudiannya terserempak dengan Auni dan Syazwani.Auni kelihatan amat cantik dengan rambut yang dilurusnya.
 Sepertinya keputusan mereka juga agak memberangsangkan.Mereka berdua telahpun mendapat tawaran untuk ke KLMU atas pertolongan rakan ayah Syazwani.
  Well,at least diorang masih juga berpeluang untuk meneruskan pelajaran.Kelihatan Adam dan Farid juga tidak lama kemudian dari meja kelas mereka.Raut wajah mereka berdua kelihatan gembira.Mungkin mereka juga telah mendapat keputusan yang agak cemerlang.
 "Berapa A?"Amylea bertanya kepada Adam
"Tak ada A dan dua gagal"Raut wajah Adam masih dalam keadaan gembira.Nampaknya Adam berpuas hati dengan keputusannya.
 "Dapat tawaran ke mana mana?"
Adam hanya menggelengkan kepalanya dengan soalan aku.
 "Well,its ok!Lagipun aku ada bussiness kat sini yang aku perlu uruskan.Restoran tu bukannya ayah aku sorang boleh uruskan"Adam ketawa seorang diri.
Kami begitu asyik berbual dengan Adam sehingga terlupa akan Farid.Dia hilang dari pandangan mata.
 Beberapa minit telah berlalu dan aku dapat melihat keriangan,tangisan dan juga kekecewaan di setiap wajah pelajar.Ianya membuatkanku berasa lagi gemuruh untuk mengambil slip keputusan.Amylea dan Adam menemaniku ke meja kelas 5A1.Jantungku bagaikan ingin meletup keluar setiap langkah yang aku ambil untuk ke destinasi.
 "oo Syafiqa,ini dia keputusan kamu."
Aku dapat melihat helaian kertas yang digenggam oleh Pn Krishnaveni namun tanganku bagaikan tidak mahu menerimanya.Aku menguatkan diriku dan akhirnya tanganku dapat menggenggami slip tersebut.Aku melihat slipku dengan penuh rasa gementar.
 Alangkah leganya rasa apabila aku mendapati bahawa aku telah mendapat 5a4b.Aku menarik nafas lega.Dengan apa yang telah berlaku sepanjang tahun lepas,aku jangkakan ianya akan menjejaskan pelajaranku namun ternyata ianya silap.Alangkah bagusnya jikalau Opah,ibu dan abah berada di sini untuk melihatnya.
.....................................................................................................................
  Di malam harinya,aku hanya makan makanan yang dibeli dari restoran En Hasshim.Nampaknya rumah memang amat sunyi dan bosan.Tiada apa yang boleh aku lakukan.Buku bayangan juga telah ku khatamkan.Rancangan di television juga tiada yang menarik perhatian.
 Aku menutup television serta lampu ruang tamu dan naik ke bilik.Mungkin ini merupakan masa yang sesuai untukku berkemas.Aku mengeluarkan beg daripada almari.Sepertinya beg ini telah lama tidak digunakan.Berhabuk.Aku  menepuk beg dan membuka zipnya.Debu bertebangan di seluruh bilik.
 Baju baju yang hendak dibawaku sudah lama dilipat.Hanya untuk masuk ke dalam beg sahaja.Aku memasukkan baju ke dalam beg serta peralatan lain seperti sabun,syampoo serta barang keperluan yang lain yang telah aku beli dua tiga hari yang lepas.Sebelum terlupa,aku harus membawa album gambarku bersama.Kenangan bersama opah,ayah dan ibu semuanya berada di dalam album gambar tersebut.
 Aku membuka laci meja solek dan mengambil album gambar.Sehelai kertas yang terselit di dalam album terjatuh ke atas lantai.Aku mengambil kertas tersebut dan membuka lipatannya.
 Ianya merupakan kertas yang aku terima selepas percutianku di Ulu Legong tempoh hari.Ianya daripada Pn Farahana,isteri kepada En Ariffin.Namun,menurut penduduk sini,Pn Farahana telah terbunuh dalam satu kemalangan.Apakah maksud di sebalik surat ini?Aku tidak memberitahu rakanku yang lain kerana bagiku ianya mungkin hanya gurauan.Jikalau isi surat ini benar,sudah lama kami berenam serta seluruh ahli sihir di Pantai Serasih ditimpa bencana.
  Aku melipat semula kertas tersebut dan menyimpannya di dalam laci.Aku memasukkan album gambar ke dalam beg dan zipkannya.Nampaknya segala persiapanku telahpun selesai.Aku menutup lampu bilik dan menghempaskan badan ke atas katil.Hari ini merupakan hari yang sungguh bersejarah dan penuh dengan drama.
    
  Aku tidak begitu pasti adakah ini realiti ataupun hanyalah mainan tidur.Ianya kelihatan kabur.Aku mengusap mataku dan pandangan mula kelihatan jelas.Sepertinya aku berada di dalam mimpi.Suasananya amat berlainan.Sepertinya aku sedang berada di dalam sebuah hospital.Aku melihat ke arah kiriku di mana aku dapat merasakan sesuatu sedang memanggilku.Kelihatan sebuah pintu.Aku melihat ke atas dan kelihatan tanda Wad Bersalin.Aku berjalan memasuki ke dalam bilik wad tersebut.Sepertinya tiada orang sedar akan kehadiranku.Terdapat tiga orang wanita sedang dibedah namun seorang wanita telah menarik perhatianku.Suara jeritannya seperti pernah didengari.Aku berjalan dengan penuh rasa gementar.
  Aku hampir menjerit apabila melihat ibu yang sedang baring di atas katil sedang melahirkanku.Kedengaran suaranya sedang meraung kesakitan apabila ingin mengeluarkanku daripada tubuhnya.Aku sebak melihat betapa peritnya ibu pada ketika itu.
 "Nampaknya bayi ini sudah meninggal dunia"
Aku melihat ke arah doktor dengan tidak percaya.Keadaan menjadi kucar kacir apabila meter berbunyi secara statik.Aku melangkah ke belakang meninggalkan ibu dikerumi doktor serta jururawat.Aku melangkah ke belakang setapak demi setapak sehinggalah aku dapat merasakan terdapat seseorang sedang berdiri di belakangku.
 Aku menoleh kepalaku ke belakang dengan penuh rasa gementar.Tiada apa yang dapat aku fikirkan pada waktu ketika ini.Fikiranku menjadi kucar kacir.
   Kelihatan wajah wanita yang bermuka pucat sedang memandang tepat ke arahku.Aku melangkah ke hadapan dan menoleh badanku.Mukanya kelihatan pucat dan beliau memakai blouse yang berwarna putih.Rupanya seperti pernah ku lihat sebelum ini.
 Kau patut lihat ini,Syafiqa
Suaranya sungguh sayu. "Siapa kau?"
 Namaku Sofia dan aku merupakan kakak kandung engkau
Aku sepertinya berada di dalam kekeliruan.Mulutku bagaikan dikunci dan badanku berdiri kaku.Manakala otakku bagaikan ingin meletup.Adakah beliau sedang bercakap benar ataupun ianya hanyalah muslihat ilmu sihir.
  Cuba engkau lihat apa yang berlaku. 
Aku menoleh badanku dan terkejut melihat doktor serta jururawat sedang memandang tepat ke arahku dengan raut wajah yang mengerikan.Mata mereka memandang tepat ke arahku dan hanya berdiri kaku di situ.Bagaikan sebuah patung boneka.Aku hampir menjerit ketakutan.
 Aku melihat terdapat seorang bayi yang sedang didukung oleh doktor yang membedah ibuku.Sepertinya ia sudah tidak bernyawa dan masih bertali pusat.
  "Apakah maksud sebalik semua ini?"Aku memandang semula ke wanita tersebut untuk mengetahui makna yang tersirat disebalik peristiwa misteri ini.
 Aku terkejut apabila Sofia sudah tiada di belakangku.Aku menoleh semula ke arah doktor serta jururawat tersebut dan mereka juga turut hilang dari pandangan mata.Hanya yang tinggal adalah peralatan bersalin.Sepertinya aku seorang sahaja yang tinggal di dalam bilik wad tersebut.Aku berjalan keluar bilik wad dan tiada orang kelihatan.Sepertinya hospital tersebut dibiarkan kosong.
 "Seronok berada di alam fantasi?"
Kedengaran suara bergema di dalam hospital.Suaranya amat nyaring dan menakutkan.Aku melihat  sekeliling untuk mencari punca suara tersebut.Namun sepertinya suara tersebut tidak mempunyai punca.Ia bergema dari pelbagai sudut.
 "Siapa kau?"
"Kau sudah lupa?"
  Soalan tersebut membuatkanku terfikir seketika.Siapakah orang yang disebalik suara tersebut?
Tanpa disedari,terdapat satu jembalang yang memakai jubah berwarna hitam sedang berdiri di hujung hall hospital.Tanpa berfikir panjang,aku berlari ke arah jembalang tersebut.Menyedari bunyi tapak kakiku,jembalang tersebut berpaling muka dan kelihatan seorang wajah wanita yang kelihatan seusia dengan ibuku berdiri sambil memerhatiku dengan pandangan tajam.Matanya yang berwarna biru cerah serta paras rupanya yang seiras dengan seseorang yang aku pernah kenali.Namun fikiranku begitu kusut dengan apa yang berlaku sekarang.
 Aku berhenti secara mengejut.
 "Anak Hayati.Muka tidak ubah seperti ibunya_"Beliau memberi senyuman yang sinis kepadaku "_dan juga perangainya"
 "Siapa kau?"Aku sepertinya sudah bersedia untuk menempuh akan kejadian yang bakal berlaku.
"Aku la wanita yang akan menghancurkan seluruh ahli sihir yang telah membunuh suami serta anak ku!"
 Angin bertiup kencang dan aku sepertinya dapat merasai kemarahan wanita tersebut.Mungkinkah beliau merupakan Pn Farahana?Beliau ditiup angin dan terbang ke arahku.
  Angin!
Cubaan sihirku untuk memantulkan angin ke arahnya gagal.Kedengaran suara kegembiraan wanita tersebut yang amat mengerikan.Aku berserah dengan apa yang berlaku.Aku hanya menutup mata dan menunggu akan nasib yang menimpaku seterusnya.Secara jujurnya aku tidak begitu risau kerana aku sedar bahawa ini hanyalah mimpi.
 Beberapa saat telah berlalu dan sepertinya tiada apa yang berlaku.Aku membuka mataku dan kelihatan wanita yang berada di dalam bilik wad sebentar tadi,Sofia berada di hadapanku sedang menjadi perisaiku.
 "Cepat!!!Keluar daripada mimpi ni..."
Tanpa berfikir panjang,aku terus berlari ke arah cahaya yang berada di lorong hospital di sebelah kananku.


  Badanku sepertinya terkena renjatan elektrik.Mataku terbeliak luas dan seluruh anggota badanku bermandi peluh.Adakah ianya hanya mainan tidur ataupun terdapat maksud disebaliknya?
 Aku membuka lampu bilik tidur untuk pergi ke tandas untuk mencuci muka.Alangkah terkejutnya apabila terdapat beberapa bayangan sedang berterapung mengelilingi katilku sambil memerhati tepat ke arahku.
 Cahaya menyinari ruang!
Cahaya muncul menyinari seluruh biliku membuatkan bayangan lari keluar melalui tingkap bilik.Tanpa disedari akan kewujudannya,terdapat seekor burung gagak yang turut berterbangan keluar bilik melalui tingkap.Sepertinya sesuatu telah memecah masuk ke dalam bilik tidurku.Aku segera menutup tingkap bilik dan menutup tirai.Cahaya kemudiannya kembali malap dan akhirnya hanya cahaya lampu bilik yang menyinari bilikku.
 Aku melihat ke arah katil dan terdapat sehelai bulu burung gagak berada di atas katilku.Aku mengambil bulu tersebut dan membeleknya.Nampaknya masih terlalu awal untuk katakan keadaan sudah kembali aman...



SENJAKALAMALAM MASEH :)

0 comments:

Post a Comment