Tuesday, February 14, 2012

01.Amaran

  Sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mata asyik memikirkan akan kejadian semalam.Nampaknya rakanku yang lain perlu tahu akan surat yang diterimaku berbulan yang lepas.Aku menghantar pesanan ringkas kepada Amylea untuk menjemput yang lain ke rumah pada hari ini untuk membincangkan sesuatu.Amylea bertegas ingin mengetahui apakah perkara tersebut namun aku hanya mendiamkan diri.
   Aku tidak melelapkan mata selepas kejadian semalam.Masa yang terluang aku hanya bazirkan dengan memikirkan akan dugaan yang bakal kami tempuhi seterusnya.Sesuatu yang dianggap sudah berakhir rupanya masih belum berakhir.Tanpa disedari,matahari sudah terbit menyinari dari celah tirai bilikku.Aku turun dari katil dan membuka tirai.Hari yang baru sudah tiba.
 Aku membersihkan diri dan kemudiannya turun bersarapan.Aku mengemas rumah selepas itu.Mengemas apa yang patut.Sudah lama aku tidak masuk ke dalam bilik opah.Katil serta peralatan opah semuanya berbalut dengan kain putih.Aku melihat ke lantai dan kelihatan bekas kebakaran masih jelas berada di situ.Aku menggelengkan kepalaku apabila mindaku teringatkan akan kejadian hujung tahun lepas.Kedengaran ketukan pintu rumah tidak lama kemudian.
 Aku segera ke pintu.Sudah pastinya itu adalah mereka berlima.Nampaknya saat kebenaran hampir tiba.Aku menarik nafas sedalam yang mungkin dan cuba menunjukkan raut wajah yang ceria dan cergas lalu membuka pintu.Senyumanku bertukar kepada raut wajah yang serius apabila terdapat seorang wanita bertopi yang sedang menggalas sebuah kotak.Sepertinya beliau merupakan agen penghantaran pos.
 "Ye?"Aku masih dalam keadaan keliru.Siapa yang hendak menghantar bungkusan ini kepadaku?Adalah alamatnya sudah tersilap?
 "Syafiqa Azman?"Suaranya sungguh lembut dan perlahan manakala mukanya dilindungi topi sambil melihat pada papan kertas penghantaran barang.
 "Ya saya..."Aku sepertinya mengenali suara tersebut namun aku tidak dapat memperingatinya kembali.
Wanita tersebut mendongakkan kepalanya ke atas dan kelihatan matanya merah menyala serta bibirnya putih pucat.Sebelum aku sempat membuat sesuatu,tangannya menggenggam leherku dan menolakku ke hujung dinding ruang tamu.Aku cuba meloloskan diri namun gagal.
  Badan dipenuhi kepanasan
Badanku mula berasa panas dan aku dapat lihat haba yang keluar dari tubuh badanku.Kepanasan badanku membuatkan tangan wanita tersebut melecur dan beliau melepaskanku.Aku dapat mendengar suara wanita tersebut meronta ronta akibat kepanasan.Aku batuk dan mengusap leherku yang baru sahaja dicekik hampir mati.
 Wanita tersebut memandang semula ke arahku tidak lama kemudian dengan penuh kemarahan.Aku dapat melihat di matanya yang merah menyala penuh dengan rasa dendam.Siapakah beliau sebenarnya?
 Beliau berlari ke arahku dengan ketidakwarasan.Meja ruang tamu dipijaknya dan pasu di atas meja tersebut jatuh pecah.Aku terlalu cemas untuk membuat sesuatu.Sepertinya badan dan mindaku telah dikunci.Aku menutup mataku dengan rapat.
 Angin!
Kedengaran suara Adam dari arah pintu masuk.Aku membuka mataku dan kelihatan wanita tersebut hampir sahaja ingin membunuhku.Beliau terapung dengan membeku.Terdapat sebilah pisau di genggamannya.Jikalau lambat sesaat,aku mungkin sudah tiada di muka bumi ini.Amylea berlari ke arahku dan menarik aku lalu memelukku dengan sungguh erat.Setelah aku ditarik keluar,kedengaran bunyi dentuman kuat dari arah kananku.Aku menoleh kepalaku dan kelihatan tersebut sedang berbaring.
 Adam dan Farid segera mengheret wanita tersebut dan mendudukkannya ke atas kerusi serta mengikatnya dengan menggunakan ilmu sihir.
Sepertinya wanita tersebut sudah jatuh pengsan.
 "Would you mind tell me what happened?"Syazwani kelihatan agak panik apatah lagi setelah melihat kemalangan yang terjadi padaku sebentar tadi.
 "Aku rasa ini adalah angkara Pn Farahana"
"Pn Farahana?Isteri En Ariffin?"Amylea mahukan kepastian.Aku hanya mengangguk."_Tapi orang bandar kata Pn Farahana telah terbunuh dalam suatu kemalangan."
  Tanpa bersuara,aku menyerahkan surat yang diterimaku kepada Amylea.Mereka mengkerumi sambil membaca isi surat itu.
 "Great!Nampaknya kita masih dalam bahaya!"Auni turut menyertai Syazwani.Raut wajah semua orang bertukar dengan mendadak.
 "Kenapa engkau tidak memberitahu kami akan surat ini?"Nada Farid kedengaran agak berang.Aku faham akan perasaannya kerana benda ini tidak boleh dirahsiakan kerana nyawa menjadi taruhan.
 Aku tidak boleh memikirkan sebarang alasan.Lidahku bagaikan terkedu.
"Guys.."Semua mata memandang ke arah yang ditunjukkan jari petunjuk Auni.Suaranya sepertinya bergetar ketakutan.Aku memandang ke arah wanita tersebut dan tersentak seketika.Matanya yang merah menyala memandang tepat ke arah kami dengan memberi senyuman yang sinis.
 "Siapa kau?"Adam menuju ke arahnya dan memegang lehernya.
Wanita tersebut tidak mengeluarkan sebarang suara dan hanya tidak henti memandang Adam tepat pada matanya dengan pandangan yang menakutkan.Adam menarik tangan beliau dan menarik lengan bajunya.
 "Apa yang engkau cari?"Amylea memerhati tindakan Adam dengan sedikit ketidakselesaan.
"Jikalau benar minah ni pemburu sihir,sudah pastinya ada lambang pemburu sihir."Jawapan Adam membuatkan Amylea tersedar.
  Wanita tersebut hanya kelihatan pucat.Kemudiannya,kelihatan darah mengalir keluar daripada mulut wanita tersebut dan membasahi seluruh kepala dan baju Adam dengan .Adam yang tersentak melangkah kebelakang dengan segera.
  "Argh!Baju aku!"Kedengaran kata kata kesat keluar dari mulut Adam sepanjang perjalanannya ke tandas untuk membersihkan diri.
Tolong akak diiikk...
Kedengaran suara sayu datang daripada arah wanita tersebut.Pandangan kami tertumpu semula ke arah wanita tersebut dengan penuh perasaan cuak kerana keadaannya seperti berada di dalam keadaan yang nazak.
 "Apa yang telah berlaku,kak?"Amylea yang turut berasa takut cuba memberanikan dirinya.
B...bbu..r.ung h....it..a..m
 Wanita tersebut menundukkan kepalanya sejurus selesai menghembus ayat tersebut.Sepertinya ia kembali jatuh pengsan.
 "Hidup lagi ke dia ni?"Suara Syazwani yang agak bergetar akibat ketakutan.
Farid memberanikan dirinya dan bergerak setapak demi setapak lalu mendongakkan kepala wanita tersebut.Alangkah terkejutnya apabila melihat ulat sampah keluar daripada mulutnya.Farid menarik tangannya dengan penuh terkejut lalu kembali melangkah ke belakang.
 Ulat tersebut jatuh seekor demi seekor ke atas lantai.
Syazwani dan Auni hanya menjerit kerana tidak tahan akan ulat sampah yang makin bertambah bilangannya dalam masa sesaat.
 "Apa yang perlu kita lakukan sekarang?"Farid bertanya kepada Amylea.Kelihatannya Farid juga tidak begitu tahan akan ulat sampah tersebut serta bau busuk yang datang dari arah wanita tersebut.
 "Wanita tu masih hidup ke atau sudah mati?"Amylea mahukan kepastian.
Syazwani yang sudah tidak tahan melangkah ke hadapan dan mendepakan tangan kanannya.Kedengaran suaranya sedang berkumat kamit.
 Udara yang diberi
 Api ya...
Aku menolak tangan kanannya.Kelihatan bara api yang mula terbentuk terpadam dari genggamannya.
 "Kau nak bakar rumah aku ke?"
Syazwani yang kelihatan berang berpaling mukanya dan berada di dapur.Auni yang juga tidak tahan dengan keadaan tersebut mengikuti Syazwani.
 "Ada plan?"Farid membisik ke arahku sambil menutup hidung serta mulutnya dengan baju T nya.Mataku hanya tidak henti memandang ke arah ulat sampah tersebut.Sepertinya mereka berkumpul di satu tempat sahaja iaitu di bawah mulut wanita yang tidak henti memuntahkan ulat sampah.
   Freya d' externime
Kedengaran suara Adam dari arah belakang.
      Kedengaran bunyi nyaring yang dikeluarkan ulat sampah tersebut tidak lama kemudian.Suaranya amat nyaring sehinggakan kami terpaksa menutup telinga kami.Suara tersebut hilang beberapa minit kemudian.
Ulat sampah tersebut juga mula mereput dan wanita tersebut sudah berhenti memuntahkan ulat sampah.Kami berpaling ke belakang untuk bertanyakan akan sihir yang digunakan Adam.
 Alangkah terkejutnya melihat keadaan Adam.Matanya putih dan bibirnya merah menyala.Dia hanya berdiri menghadap kami.Auni dan Syazwani yang berada di dapur hanya tergamam melihat keadaan Adam.
 "Siapa engkau?"Farid memberanikan dirinya untuk bertanya.
Namaku Dayana.Jangan risau!Aku datang ke sini hanya dengan niat yang baik.
 Suara Adam bertukar menjadi sungguh ayu dan lembut.Dia kemudiannya berjalan ke arah kami.Aku dan Amylea melangkah ke tepi bagi memberinya laluan.Dia berhenti di hadapan wanita tersebut lalu mendongakkan kepalanya.Kedaan wanita tersebut tidak ubah seperti keadaan Encik Arshad sewaktu diserang bayangan tahun lepas.
 Dia menundukkan kepalanya dan kedengaran sepertinya dia sedang melakukan sihir.Sihir yang digunakan amat susah untuk difahami.Rupa wanita tersebut berubah menjadi sebuah makhluk yang amat jijik.Matanya merah menyala dan seluruh mukanya dipenuhi dengan bintik merah.
  Adam kemudiannya melangkah ke belakang dan mendepakan kedua tangannya ke arah makhluk tersebut.
de qua vos revertatur
Makhluk tersebut bertukar menjadi abu dan ditiupkan angin keluar dari rumahku melalui tingkap bersama dengan ulat sampah yang sudah menjadi reput yang turut juga menjadi abu.Kami hanya memerhati dengan penuh keterujaan.Auni dan Syazwani berlari ke arah kami dan berdiri di bersebelahanku.
  Adam kemudiannya memalingkan badannya ke arah kami.Dia mendongakkan kepalanya ke atas dan kelihatan cahaya putih muncul keluar daripada mulutnya.Cahaya putih tersebut berkeliaran di siling untuk beberapa minit dan kemudiannya hilang.Siapakah cahaya tersebut yang mengakui dirinya Dayana?
 Farid segera untuk menyambut Adam daripada jatuh ke lantai.Sepertinya Adam tidak mengingati bagaimana cahaya putih tersebut boleh memasuki ke dalam dirinya.Farid memapah Adam ke sofa dan membaringkannya.
   Aku berlari ke arah dapur dan membasahkan kain untuk diletakkan ke atas kepala Adam dan juga membawakan segelas air mineral kepadanya.
 "Guys!You should look at this."
Kedengaran suara Syazwani dari arah luar rumah.Aku meletakkan segelas air dan kain yang sudah dibasah ke atas meja bersebelahan sofa lalu meninggalkan Adam yang terbaring di atas sofa.Aku berjalan menuju ke arah pintu masuk dan kelihatan van penghantaran tersebut telah bertukar menjadi sebuah van usang yang amat teruk keadaannya.Adakah ini semua angkara Pn Farahana?Farid keluar rumah dan mengeledah van tersebut.Ternyata van tersebut hanya sesuai untuk dijual di besi buruk.
  Dalam sekilas pandang,aku ternampak kotak yang dibawa wanita tersebut sebentar tadi di hadapan rumahku dilindungi pasu bunga.Aku mengambil kotak tersebut dengan penuh gementar.Tanganku kelihatan bergetar.Amylea yang sedang melihat keadaanku menerpaku dari belakang.
 "Apa tu?"
"Sebelum wanita itu menyerang aku tadi,dia ada membawa kotak ni bersama dan sepertinya ini adalah untuk aku..."Aku menerangkan kepada Amylea akan keadaan sebelum kejadian tersebut berlaku.
  Amylea memanggil Farid untuk masuk ke dalam rumah dan kami berkumpul di ruang tamu.Kami hanya memerhati kotak tersebut untuk beberapa minit.Masing masing dengan andaian mereka tersendiri.
"Kau rasa apa ada dalam tu?"Auni bertanya dengan penuh keterujaan.
Kotak tersebut hanya diletakkan di atas meja.Sebuah kotak misteri yang menimbulkan seribu satu persoalan.
  "Mari kita hentikan semua teka teki ni"Farid menarik kotak tersebut dan mula mengoyakkan bahagian atas kotak tersebut.Farid memerhatikan ke dalam kotak tersebut dan kemudiannya membuat muka mual sambil menolak ke hadapan kotak tersebut.Terdapat bau dapat dihidu yang datang dari arah kotak tersebut.Suatu baru yang amat busuk.Kami memandang ke dalam kotak tersebut dan alangkah terkejutnya apabila kelihatan bangkai seekor burung kakak tua yang mungkin sudah mati berminggu lamanya.
 Semua orang membuatkan raut wajah yang memualkan kecuali Amylea yang kelihatan amat serius.
"Nampaknya sekarang bukannya masa untuk kita berasa geli"
   Kami menahan rasa mual dan memandang ke arah Amylea.
"Menurut buku bayangan,menghantar bangkai burung gagak merupakan suatu amaran daripada seseorang ahli sihir kepada sesiapa yang dikehendakinya"
  Amaran?Kata kata Amylea membuatkan rasa mual kami ditelani dengan ayatnya.
"Mungkin ini adalah daripada Pn Farahana."
  "Pn Farahana?_"Auni cuba mempersoalkan andaian Amylea"_Kau kata ianya dihantar oleh ahli sihir.Pn Farahana tu ahli sihir ke?"
 "Itu aku tak tahu namun aku tahu siapa yang mungkin mengetahuinya..."
"Siapa?"Adam bertanya dengan ketidaksabaran.
   "Mak bapak kita..."
Kami memandang ke arah masing masing.Adakah tidak cukup kesusahan yang kami berikan kepada mereka demi menentang kegelapan?Patutkah kami meletakkan mereka semula dalam posisi tersebut?Kesunyian melanda ruang tamu tersebut.Hanya kedengaran bunyi kipas yang tidak henti memusing.
 "Nampaknya kita sudah tiada cara lain....."Amylea cuba bertindak tegas.
Nampaknya Pn Farahan memang amat berang akan kematian anak dan suami beliau dan ianya berpunca daripadaku kerana akulah yang telah membakar mereka.Namun,mereka yang mengundang ajal mereka sendiri dan aku sedikit tidak gentar akan amaran yang dihantar oleh Pn Farahana.Malah,ianya membuatkanku semakin kuat dan tabah.Dengan adanya kuasa enam di sisiku,kami tidak mungkin dapat dikalahkan....


 
SENJAKALAMALAM MASEH :)