Saturday, March 3, 2012

02.Pertemuan

Kegelapan menyimpan pelbagai rahsia...
  Kami berenam menempuh hari demi hari dengan penuh rasa cemas.Namun,tidak kelihatan kelibat Pn Farahana ataupun kuasa yang menghantui penduduk Kampung Pantai Serasih.Semua penduduk telah diberi amaran akan tujuan Pn Farahana yakni menghancurkan seluruh ahli sihir di Pantai Serasih.Nampaknya mereka sudah kelihatan bersedia dan bersemangat semenjak pertempuran akhir tahun lepas.
................................................................
 Setiap hari,aku akan merenung ke arah kalender di dalam bilikku sambil menghitung hari aku akan berhijrah ke ibu kota Kuala Lumpur.Nampaknya aku hanya mempunyai dua hari sahaja lagi di Melaka sebelum berhijrah ke sana.Keghairahan dan semangatku sudah tidak seperti pada mulanya aku menerima surat tawaran.Meninggalkan Kampung Pantai Serasih di dalam keadaan yang sedang bergolak bagaikan menarik diri di medan perang.Rasa bersalah menyelubungi diriku.Adakah aku patut menolak tawaran sambung belajar ini dan menyelesaikan masalah di sini terlebih dahulu?
   Namun,itu sudah pastinya bukan apa yang opah inginkan.Aku sering terfikir apakah pendapat opah apabila aku berada di dalam situasi yang sukar.Dan nampaknya aku sudah menjumpai jawapanku untuk masalah ini.Aku akan tetap ke Kuala Lumpur
 Sebelum aku sempat turun ke dapur untuk bersarapan,kedengaran bunyi telefon di atas meja solek.Aku segera ke arah telefon dan melihat siapa yang menelefonku.Rupanya ianya adalah Amylea.
 "Hello." Aku cuba membuatkan suaraku seceria yang mungkin.
Fiqa,bila engkau hendak ke Shah Alam?
  "Lusa"
Beli lagi tiket bas?
 Soalan Amylea membuatkanku tersedar bahawasanya aku masih belum membeli tiket bas.
Aku terlalu sibuk memikirkan perihal Pn Farahana dan kehidupanku di ibu kota kelak sehingga lupa akan kenderaan yang akan membawaku ke sana.
 Bersiaplah.Nanti tengah hari aku datang jemput kau.
Amylea sepertinya mempunyai kebolehan membaca fikiran orang.Dia boleh membaca fikiranku dengan jelas sekali.Atau mungkin aku memang senang untuk difahami.
   Aku membakar dua keping roti sebagai sarapan sebelum mengemas rumah.Aku juga turut menyapu bilik opah yang sudah kelihatan berhabuk.Kain putih yang menutupi perabot sudah mula untuk berubah warnanya daripada putih ke kuningan.Beberapa buah sesawang juga turut terbina di penjuru bilik.
 Aku sejujurnya tidak sedar bahawa masa berlalu dengan amat pantas.Bunyi ketukan pintu rumah dan suara Amylea dari luar membuatkanku melihat ke arah jam di dinding.Ianya sudah 1325 dan aku masih belum bersiap.Aku membuka pintu dan berdirinya Amylea memandangku dengan senyuman.
 "Ada sesawang di atas rambut kau tu."
Dengan segera aku membuang sesawang tersebut dari rambutku.Aku hanya tersenyum malu
 "Sudah habis kemas ke?"
"Baru sahaja habis.Masuk la dulu.Aku pergi bersiap kejap"
     Amylea masuk ke dalam rumah dan hanya duduk di ruang tamu sambil menonton television.Aku segera naik ke dalam bilik dan bersiap.
.......................................................................................
 "Kau akan tinggal mana nanti?"
"Mungkin aku akan tempah memana hotel sehingga hari pendaftaran"
    Amylea kelihatan seperti ingin berkatakan sesuatu kepadaku.Wajahnya amat jelas kelihatan sedang berfikir akan sesuatu.
 "Kau Ok?"
Amylea menarik nafas lalu menghembusnya "Kalau tidak keberatan,aku hendak ikut kau sama ke Kuala Lumpur.Lagipun aku ada sedara yang tinggal di sana.Jadi,boleh la engkau jimatkan kos penginapan dan kos pengangkutan"Amylea cuba menarik perhatianku dengan kemudahan yang tersedia olehnya di Kuala Lumpur.
  Sejujurnya,aku lebih suka untuk mengembara seorang diri.Mungkin kerana selama ini aku tidak mempunyai ramai kawan menyebabkan aku sudah lali berseorangan.Namun,melihat wajah Amylea yang amat berharap aku berkata ya membuatkanku menjadi lemah dan akhirnya aku telah tertewas.Senyuman Amylea terpapar dengan jelasnya di raut wajahnya.
  Sebelum kami tiba di perhentian bas,aku meminta Amylea berhenti di ATM berdekatan untuk mengeluarkan wang persaraan ayah yang kini hanya menjadi punca aku menyara hidup.Sungguhpun begitu,ianya sudah lebih daripada cukup.
 Setiap kali aku mengeluarkan wang persaraan ayah,aku hanya akan mengeluarkan separuh untuk perbelanjaanku dan selebihnya aku akan simpan di dalam bank untuk terus berbunga.Aku berjalan keluar daripada pejabat ATM sambil melihat resit baki wang yang tinggal.Nampaknya pelaburanku berhasil.
  Tanpa disedari,tanganku seperti ditarik dan beg tangan yang digalasku turut terselit keluar daripada tanganku.Aku melihat ke tepi dan kelihatan lelaki yang berhelmet sedang menarik beg tanganku.Aku cuba menarik semula begku namun perompak tersebut lebih kuat berbandingku.
 Perompak tersebut kemudiannya lari bersama beg tanganku.Fikiranku menjadi kosong.Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan sekarang.Segala identiti mengenaiku berada di dalam beg duit tersebut.Aku terduduk sambil memikirkan akan nasibku selepas ini kerana aku sudah kehilangan benda yang amat penting dalam hidupku.
Kelihatan Amylea berlari ke arahku tidak lama kemudian.
  "Syafiqa?Apa sudah jadi?"
"Aku sudah dirompak.Segala identitiku berada di dalam tu"Suaraku sungguh sayu dan sepertinya sudah patah semangat.
  Amylea membisu seketika sambil cuba menenangkanku.
"Tak kan tak ada orang lain lalu lalang dekat sini?"
  Aku hanya menggelengkan kepalaku dengan perlahan.
"Jangan risau!Perompak tu masih belum kenal siapa kita!"Aku melihat wajah Amylea yang penuh dengan kemarahan dan kedengaran bunyi tangannya digenggam dengan erat.Amylea kemudiannya berdiri dan menghadap ke arah perompak tersebut melarikan diri.
  Sebelum Amylea sempat membuat sesuatu yang aku juga tidak pasti akan apakah ia,seorang lelaki datang menghampiri kami sambil menjinjing beg tanganku.Tanpa berfikir panjang,aku terus berlari ke arahnya lalu meragut kembali beg tanganku lalu memeriksa jikalau terdapat barang yang hilang.
 "Siapa kau?"Suara Amylea yang cuba bertindak tegas.
"Terima kasih pun sudah cukup"Suaranya kelihatan tenang.Aku melihat tepat ke arah matanya dan mengucapkan terima kasih.Matanya berwarna biru laut yang kelihatan amat tenang.Namun,ia lantas mengingatkanku akan Ahmad Faris.
 "Ariff!Ariff Husaini"Lelaki tersebut menghulurkan tangannya untuk dijabat.Amylea menghulurkan tangannya.
"Amylea!Dan ini Syafiqa."
   "Well,lain kali hati hati la ye..."Jasa lelaki tersebut memang tidak akan ku lupakan.Aku memandangnya sehingga hilang dari pandangan mata.
 "Syafiqa?Syafiqa?"Panggilan Amylea membuatkanku kembali sedar.Aku memandang ke arahnya dengan kebingungan.
 "Kau ok tidak?Kalau tidak ok,aku boleh hantar kau pulang."
"Tiket bas?"
   "Tak pe la.Aku tolong belikan."
Adakah ianya tidak menyusahkan Amylea untuk membuat dua kali kerja yakni menghantarku pulang dan kembali semula ke stesen bas yang sudah tidak jauh dari sini?
 "Tak pe la.Aku duduk dalam kereta aje la."Aku cuba berlakon seolah olah aku sudah kembali bersemangat namun ianya tidak begitu mudah untuk menipu Amylea.Namun,Amylea hanya menurut permintaanku.


..........................................................................................
"Kunci pintu tu"
Aku hanya angguk.Sepanjang perjalanan,aku tidak melepaskan beg tangan daripada pelukanku.Nampaknya aku masih trauma akan kejadian sebentar tadi.
 Aku mengunci pintu kereta dan menutup penghawa dingin kerana seluruh badanku sudah menggigil kesejukan akibat trauma.Aku mengambil masa ini dengan menyemak semula barang yang berada di dalam beg tanganku.Aku memunggahkannya di atas kerusi pemandu dan memasukkan semula barang sambil cuba menyemak dengan teliti samada adakah terdapat barang yang telah hilang.
  Di dalam timbunan tersebut,sesuatu telah menarik perhatianku.Ianya merupakan sebatang kayu kecil.Saiznya seperti pengcukil gigi namun ianya amat tebal.Di sekelilingnya terukir tulisan yang aku pernah jumpainya di buku bayangan.Aku tidak pernah sedar bahawa benda ini berada di dalam beg tanganku.Aku cuba membaca tulisan yang terukir di atas kayu tersebut.
 dendam membara
 api menyala
 kayu selidi
 menjadi punca


Api kemudiannya membara dari kayu tersebut membuatkanku melepaskan tangan.kayu yang membara itu terjatuh di atas lantai dan cuba membakar karpet keretaku.Penghawa dingin sepertinya dihidupkan sendiri.Aku cuba memadamkan api namun usahaku gagal.Dengan perasaan cemas menyelebungi diriku,aku cuba keluar daripada kereta namun sepertinya terdapat sesuatu yang menghalangku daripada keluar.
 Setelah beberapa kali mencuba dan hampir seluruh karpet diseleputi api,aku cuba memadamkannya dengan menggunakan sihir.


Udara disekat
Api di halang


Hasilnya berbeza dengan apa yang dijangkakan.Api kelihatan makin marak membara.Adakah aku akan mati rentung di dalam kereta ini?Badanku sudah tidak dapat menerima haba yang terlalu panas ini serta aku sedar bahawasanya aku hanya menunggu masa untuk api merebak ke dalam tangki minyak.
  Aku menutup mataku dengan pasrah.Nampaknya Pn Farahana sudah mendapat dendamnya iaitu kematian yang sama yang telah dialami oleh suami serta anak tunggalnya iaitu dibakar sehingga mati.
 Kedengaran bunyi pecahan kaca lalu aku dapat merasakan seseorang menarikku keluar daripada kereta.Syukur aku masih boleh merasai keindahan bumi.Mataku amat sakit untuk melihat siapakah yang menarikku keluar.Namun,apa yang aku sedar,terdapat bunyi letupan yang amat kuat kedengaran dari arah belakang yang membuatkanku turut terpelanting ke hadapan.
.......................................................................
 Aku dapat mendengar terdapat suara bergema di dalam mindaku.Aku cuba membuka mataku dengan perlahan dan kelihatan Amylea serta lelaki yang membantuku sebentar tadi memandang ke arahku dengan perasaan risau.Terdapat juga orang sekeliling yang mengelilingi kami bertiga.
 Sejurus aku membuka mataku,Amylea menarikku dan memelukku dengan erat.Kedengaran bunyi tangisan yang datang daripadanya.
 Pihak bomba tiba tidak lama kemudian dan memadamkan api kebakaran.Aku hanya memandang dari tepi sambil duduk sambil diselimuti.Amylea datang dan duduk bersebelahanku selepas memberi keterangan kepada pihak bomba dan polis.
 "Maaf sebab kereta kau"Aku berasa amat bersalah kerana kereta bukanlah sesuatu barang yang murah.
"Janji kau selamat dan kuasa enam kita masih bersatu"Amylea cuba menceriakan diriku namun aku masih tidak dapat berhenti rasa bersalah.Agaknya apakah yang Amylea akan beritahu kepada ibunya, Pn Azila?
  "Ini tiket bas.Kita bertolak jam 2200 lusa"Amylea menghulurkan sekeping tiket bas kepadaku.Aku membeleknya buat seketika dan kemudian meletakkannya di dalam beg tanganku.
 "Kau rasa adakah perkara ini ada kena mengena dengan Pn Farahana?"Amylea bertanyaku dengan penuh rasa bersalah.Aku dapat tahu melalui nada suaranya.
 "Aku tidak tahu Amylea tapi mengikut firasatku, Ya..."

  


  
SENJAKALAMALAM MASEH :)

0 comments:

Post a Comment